Semakin lama, golongan pempengaruh media sosial ataupun influencer seakan menerima pandangan serong daripada masyarakat disebabkan beberapa kontroversi yang melanda golongan itu baru-baru ini.
Ada yang mengatakan mereka ini sekadar dikurniakan fizikal dan paras rupa yang menarik tanpa apa-apa kualiti. Orang kata, berwajah cantik tetapi isi akalnya kosong.
Namun bagi REMAJA, tidak wajar sekiranya tuduhan tersebut dilontarkan kepada SEMUA influencer. Ada saja influencer kecantikan dan fesyen yang benar-benar layak untuk dijadikan sebagai panduan korang dalam menjaga penampilan dan stail.
Oleh sebab itulah, jenama kecantikan popular dari Korea Selatan iaitu The Face Shop telah melancarkan kempen #EcoBeautySquadMY.
Ads
Ia merupakan sebuah pencarian influencer remaja di Malaysia untuk dijadikan wakil kepada jenama The Face Shop!
Haa, korang boleh jadi setaraf Kim Hyun-joong (SS501), Seohyun (SNSD) dan Bae Suzy (bekas ahli Miss A) tau!
Tidak semestinya hanya influencer yang mempunyai pengalaman saja yang boleh menyertai pencarian ini. Kempen ini ingin memberi peluang kepada korang yang berbakat dan berpotensi untuk mengetengahkan diri ke hadapan.\
Bukan sekadar membuka penyertaan untuk remaja di Malaysia tetapi juga di Singapura, REMAJA merasakan bahawa #EcoBeautySquad ini adalah pencarian yang wajar korang sertai.
Ini kerana ia bukan sahaja boleh dijadikan sebagai batu loncatan. Malah pemenangnya juga bakal mewakili sebuah jenama yang diketahui kredibiliti bahannya daripada tumbuh-tumbuhan.
Ads
Pastinya korang ingin mengetahui hadiah yang akan dibawa pulang oleh pemenang utamanya kan?!
Ia termasuklah kontrak 12 bulan dengan The Face Shop, bekalan rangkaian produk The Face Shop untuk 12 bulan dan beberapa lagi hadiah lain yang bernilai sehingga RM20,000! Lagi cantiklah korang selepas ini, hehe..
Konsep Pencarian
Pada peringkat awal, 100 orang peserta akan disenarai pendek untuk menghadiri bengkel bersiri secara online. Mereka akan berpeluang untuk berkongsi pengalaman bersama influencer popular Venice Min. Setiap kali berjumpa, akan ada pusingan penyingkiran untuk memilih peserta yang layak untuk ke pusingan seterusnya.
Ads
Akhirnya, hanya 10 orang finalis saja yang akan dipilih untuk menyertai peringkat finale dan seorang peserta akan diumumkan sebagai pemenang hadiah utama.
Cara Penyertaan
#EcoBeautySquadMY dibuka kepada remaja berusia 18 tahun ke atas. Apa yang perlu korang lakukan adalah memuat naik foto atau video tidak melebihi seminit di Instagram. Masukkan fakta menarik mengenai diri korang dan mengapa korang layak untuk dipilih sebagai peserta Eco Beauty Star.
Tarikh penyertaan adalah sehingga 10 Ogos ini. Mana tau korang adalah wajah The Face Shop Malaysia yang PERTAMA.
*
Ini bukanlah satu-satunya pencarian bakat yang sedang dilangsungkan sekarang. Haa, Majalah Hijabista juga sedang melangsungkan pencarian Ratu Hijabista tau. Jom tengok para pesertanya.
Bagi sesiapa yang pernah berkunjung ke Singapura, rata-rata sudah sedia maklum bahawa perbelanjaan di negara itu boleh tahan mahal juga.
Tapi sebenarnya kalau korang pandai, ada banyak tempat menarik yang percuma boleh dilawati ketika berada di Singapura.
Rugilah kalau tak menjengah ke negara jiran kita kan? Jangan risau, kalau tak nak keluar duit yang banyak korang boleh saja cari tempat-tempat menarik yang percuma seperti berikut:
1. Taman Botani Singapura
Ditubuhkan lebih 150 tahun yang lalu dan berkeluasan 82 hektar, Taman Botani Singapura telah pun diiktiraf menjadi Tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 2005. Di taman ni korang boleh lihat lebih daripada 10,000 spesis flora yang berbeza. Siapa yang suka kan kehijauan alam semesta tu memang wajib singgah ke sini.
2. Pantai Palawan, Sentosa
Terdapat banyak spot menarik untuk korang mengambil gambar OOTD dan salah satunya adalah jambatan gantung yang dapat menghubungkan ke pulau kecil lain yang terkenal sebagai 'Titik Hujung Benua Asia'.
3. Changi Point Coastal Walk
Terletak tidak jauh dari Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, korang boleh berjalan di laluan tepi laut sambil menyaksikan kapal terbang berlepas dan mendarat.
4. Marina Bay Sands Boardwalk
Kalau pergi bercuti di Singapura, tak lengkap jika tidak singgah di Marina Bay Sand Boardwalk. Tempat ni paling best kalau nak lepak waktu petang sambil tunggu matahari terbenam. Pada waktu malam pula, korang berpeluang untuk melihat light show secara free disini.
5. Haji Lane
Nah, sekali lagi port terbaik untuk korang yang suka berOOTD, Lorong Haji atau lebih dikenali sebagai Haji Lane mempunyai banyak dinding dan lukisan mural yang cantik untuk bergambar. Selain itu, terdapat juga banyak kafe moden dan hipster yang korang boleh lepak.
6. Treetop Walk di MacRitchie
Kalau sukakan aktiviti outdoor, jangan lepaskan peluang untuk menaiki jambatan gantung sepanjang 250 meter di Treetop Walk. Korang boleh lihat panorama hutan secara langsung waktu berjalan di atas jambatan ini.
7. Gardens By The Bay
Setiap malam akan ada pertunjukan lamu yang korang boleh lihat secara percuma. Gardens By The Bay ni masuk percuma saja tapi kalau korang nak naik ke kawasan atas baru dikenakan bayaran.
Ramadan yang bakal tiba kurang dalam tempoh dua bulan ini pasti membuatkan ramai umat Islam yang berkemampuan memilih melakukan ibadah umrah di sana.
Tidak hanya ketika Ramadan, Makkah dan Madinah, bumi yang sentiasa barakah ini sentiasa menjadi pilihan umat Islam untuk dikunjungi.
Jika korang berpeluang mengerjakan umrah dan mungkin haji dalam masa terdekat ini, ketahui makna di sebalik 6 tiang yang ada di dalam Raudhah yang selalu dikatakan sebagai tempat paling mustajab untuk berdoa.
Perkongsian ini telah dikongsikan oleh saudara Azrul Azbani di fbnya berkenaan maksud di sebalik 6 tiang ini. Ia bukan sekadar tiang tetapi punyai makna yang mendalam untuk kita merasai lebih dekat dengan baginda Rasulullah SAW.
Semoga kita menjadi insan terpilih di hari akhirat kelak.
Jom kita kenali 6 tiang-tiang penting yang ada di dalam Raudhah. Tiang-tiang ini bukan sebarang tiang kerana suatu masa dahulu tiang-tiang ini ada kisah-kisah yang hebat di sebaliknya. Antara Tiang tersebut ialah:-
Tiang Sarir- Tiang ini ialah tiang di mana suatu masa dahulu adalah tiang di mana tempat Nabi Muhammad berehat dan di sini dahulu ada pangkin di mana Saidatina Aishah R.A menyikat dan menyisir rambut Nabi (anak panah warna hijau).
Tiang Ali / Tiang Pengawal- Tiang ini dahulu adalah tiang yang digunakan pengawal sebagai port untuk mengawal rumah Nabi Muhammad S.A.W, di mana pengawalnya diketuai oleh Saidina Ali.
Tiang Wufud (Deligasi) – Suatu masa dahulu di tiang ini digunakan oleh Nabi Muhammad untuk berjumpa dengan pemimpin dari delegasi luar yang datang ke Madinah untuk berjumpa dengan Baginda.
Tiang Aishah – Tiang ni sangat istimewa, di mana di tiang inilah Nabi Muhammad selalu mengerjakan solat Tahajut dan solat Taubat setiap malam. Tiang ini juga turut disukai oleh Saidina Abu Barq dan Saidina Umar. Kalau kita masuk ke dalam Raudhah, cubalah untuk bersolat di tepi atau belakang tiang ni. Mintak doa banyak-banyak.
Tiang Abu Lubabah (Tiang Taubat) – Tiang ini adalah tiang Abu Lubabah yang telah melakukan kesilapan dengan berbohong kepada Nabi Muhammad, akibat rasa bersalah pada Nabi Muhammad dia mengikat dirinya di tiang ini selama 3 hari. Dan tiang ini digelar tiang taubat Abu Lubabah.
Tiang Muhallaqah – Tiang ni dahulu adalah sebatang pokok kurma, batang pokok ini menangis dan bunyinya seperti seekor anak unta kerana dia tidak mahu ditukarkan dengan batang pokok yang baharu. Lalu Nabi Muhammad berkata kepada pokok tu, “hang akan kekal dengn aku di syurga dengan batang pokok macam ni” barulah pokok kurma ini diam dan ditukar dengan tiang yang baru. Tiang ini juga dikenali dengan tiang wangi.
Mehrab Nabi – Ini Mehrab Nabi (Mehrab baru) di Mehrab inilah nabi gunakan untuk solat berjemaah bersama sahabat-sahabat beliau. Kalau tuan-tuan berpeluang masuk ke dalam Raudhah cubalah untuk solat betul-betul depan mehrab ini, tuan-tuan seolah-oleh telah bersujud di telapak kaki Nabi. Di Mehrab ini juga Saidina Umar ditikam oleh Abu lulu’ah al-majusi semasa beliau mengimamkan solat subuh.
Saya sharekan maklumat ni kepada semua. Kadang-kadang jemaah masuk Raudhah depa tak tau nak tuju untuk solat dan berdoa di tempat-tempat yang mustajab untuk berdoa, asalkan masuk Raudhah solat saja kat mana yang boleh. So sekarang dah tau la port mana yang nak ditujui.
Peminat selebriti dan entrepreneur, Neelofa umumnya tahu bagaimana dia sekali lagi telah dijemput untuk menghadiri beberapa pertunjukan fesyen antarabangsa pada Februari lalu.
Di antara pertunjukan yang dihadiri Neelofa termasuklah Fendi, Prada, MaxMara, Bottega Veneta dan Versace di Milan. Sebelum dia dan kru sempat untuk ke Paris bagi pertunjukan Louis Vuitton dan Dior, berita mengenai penutupan bandar Milan akibat wabak Covid-19 telahpun mengejutkan seluruh dunia.
Selama ini, kita hanya tahu keadaan kritikal berlaku di China dan Korea Selatan. Bagaimana pula Milan di Itali boleh terlibat sama?
Neelofa merupakan antara tetamu yang sempat untuk mengelak daripada dikuarantin dan tidak dibenarkan terbang keluar dari Milan. Menerusi sesi Instagram Live bagi segmen ‘Berseorangan Bersama..’ sebentar tadi, dia telahpun berkongsi pengalamannya itu kepada penonton.
“25 haribulan Februari menandakan show pertama akan berlangsung di Paris. Jadi pada masa itu, saya masih di Milan dan sedang bersiap sedia untuk parti Michael Kors. Sepatutnya parti tersebut bermula pada jam 6.00 petang.
“Saya tiba-tiba mendapat mesej mengatakan parti tersebut telah dibatalkan. Pertunjukan fesyen Armani juga dibatalkan. Jadi berita tersebut mengejutkan semua tetamu.
“Ini kerana beberapa hari sebelum itu, semua orang menjalankan hidup seperti biasa. Lokasi pelancong sibuk seperti biasa. Tiada siapa pun yang bercakap tentang virus Corona.
“Thank god, pada malam itu saya putuskan untuk stay in di dalam hotel dan kemaskan beg untuk penerbangan keesokan hari ke Paris. Seawal jam 7 pagi, saya sudah perlu gerak ke lapangan terbang.
“Tiba saja di Paris, saya melihat berita mengatakan Milan sudah dalam status lockdown. Alhamdulillah kami sempat keluar, jika tidak kami juga tersekat di sana untuk beberapa hari.
“Di lapangan terbang Milan pada waktu itu, semua sudah bertopeng secara drastik. Sekurang-kurangnya di Malaysia kita mempunyai fasa untuk perlahan-lahan menerima berita kawalan pergerakan ini.
“Di sana segalanya berubah dalam masa semalaman saja. Mereka tidak diberikan langsung pilihan kecuali untuk ikut saja perintah berkurung.
“Jadi kita sepatutnya belajar daripada apa yang terjadi di Milan dan chill. Jangan terus buat pembelian panik, jangan teringin sangat keluar dari rumah,” jelas Lofa.
*
Takut juga bila dengar pengalamannya itu. Nasib sempat!
Pengurus Saluran Astro Ria, Idlan Zahari, menegaskan bahawa Gegar Vaganza adalah sebuah jenama yang kukuh dan berprestij, yang bertujuan untuk mengangkat semula nama penyanyi...