“Jangan Setakat Jadi Influencer Muka Cantik, Tapi…” Jenama Korea Ini Cari Bakat Remaja Malaysia

Share

 

Semakin lama, golongan pempengaruh media sosial ataupun influencer seakan menerima pandangan serong daripada masyarakat disebabkan beberapa kontroversi yang melanda golongan itu baru-baru ini.

 

Ada yang mengatakan mereka ini sekadar dikurniakan fizikal dan paras rupa yang menarik tanpa apa-apa kualiti. Orang kata, berwajah cantik tetapi isi akalnya kosong.

ARTIKEL BERKAITAN: Influencer Remaja Iyakan Dakwaan Hampir Jadi Isteri Kedua

Namun bagi REMAJA, tidak wajar sekiranya tuduhan tersebut dilontarkan kepada SEMUA influencer. Ada saja influencer kecantikan dan fesyen yang benar-benar layak untuk dijadikan sebagai panduan korang dalam menjaga penampilan dan stail.

Oleh sebab itulah, jenama kecantikan popular dari Korea Selatan iaitu The Face Shop telah melancarkan kempen #EcoBeautySquadMY.

Ia merupakan sebuah pencarian influencer remaja di Malaysia untuk dijadikan wakil kepada jenama The Face Shop!

Haa, korang boleh jadi setaraf Kim Hyun-joong (SS501), Seohyun (SNSD) dan Bae Suzy (bekas ahli Miss A) tau!

Tidak semestinya hanya influencer yang mempunyai pengalaman saja yang boleh menyertai pencarian ini. Kempen ini ingin memberi peluang kepada korang yang berbakat dan berpotensi untuk mengetengahkan diri ke hadapan.\

Bukan sekadar membuka penyertaan untuk remaja di Malaysia tetapi juga di Singapura, REMAJA merasakan bahawa #EcoBeautySquad ini adalah pencarian yang wajar korang sertai.

Ini kerana ia bukan sahaja boleh dijadikan sebagai batu loncatan. Malah pemenangnya juga bakal mewakili sebuah jenama yang diketahui kredibiliti bahannya daripada tumbuh-tumbuhan.

Pastinya korang ingin mengetahui hadiah yang akan dibawa pulang oleh pemenang utamanya kan?!

Ia termasuklah kontrak 12 bulan dengan The Face Shop, bekalan rangkaian produk The Face Shop untuk 12 bulan dan beberapa lagi hadiah lain yang bernilai sehingga RM20,000! Lagi cantiklah korang selepas ini, hehe..

Konsep Pencarian

Pada peringkat awal, 100 orang peserta akan disenarai pendek untuk menghadiri bengkel bersiri secara online. Mereka akan berpeluang untuk berkongsi pengalaman bersama influencer popular Venice Min. Setiap kali berjumpa, akan ada pusingan penyingkiran untuk memilih peserta yang layak untuk ke pusingan seterusnya.

Akhirnya, hanya 10 orang finalis saja yang akan dipilih untuk menyertai peringkat finale dan seorang peserta akan diumumkan sebagai pemenang hadiah utama.

Cara Penyertaan

#EcoBeautySquadMY dibuka kepada remaja berusia 18 tahun ke atas. Apa yang perlu korang lakukan adalah memuat naik foto atau video tidak melebihi seminit di Instagram. Masukkan fakta menarik mengenai diri korang dan mengapa korang layak untuk dipilih sebagai peserta Eco Beauty Star.

Sertakan hashtag #EcoBeautySquadMY dan tag @thefaceshopmalaysia. Pastikan profil korang publik ya! DAN isikan borang ini dengan butiran diri.

Tarikh penyertaan adalah sehingga 10 Ogos ini. Mana tau korang adalah wajah The Face Shop Malaysia yang PERTAMA.

*

Ini bukanlah satu-satunya pencarian bakat yang sedang dilangsungkan sekarang. Haa, Majalah Hijabista juga sedang melangsungkan pencarian Ratu Hijabista tau. Jom tengok para pesertanya.

 

Published by
FZ