Siapa tak kena dengan pelakon dan penyanyi Que Haidar, kehandalan beliau membawakan sesuatu watak memang tidak boleh disangkal lagi. Que Haidar atau nama sebenarnya Tengku Iskhan Shah bin Tengku Haidar merupakan bekas pelajar Akademi Seni Warisan Kebangsaan (ASWARA) yang berkecimpung dalam dunia teater sebelum terjun ke layar perak.
Menjadi salah seorang juri di ujibakat Hero Remaja 2021, memberi peluang penulis untuk mendekati anak seni yang hebat ini.
” Platform Hero Remaja itu dah ada. Ruang dan peluang dah tersedia, tunggu tinggal macam mana kita nak grab. dan seandainya terpilih jangan selesa. Kalau betul-betul nak ada dalam industri, tunjukkan yang kita nak dalam industri.”
Menurut insan seni yang telah menerima pelbagai anugerah berprestij ini, di zaman media sosial, semua orang terutamanya selebriti sering dijadikan tumpuan untuk hentaman, kecaman, pujian dan semuanya ada dihujung jari. Jadi industri kita senang dipandang rendah disebabkan sedikit kesilapan dan lambakan pendatang baru.
Menurut Que lagi, bukan beliau tidak mengalu-alukan pendatang baru tapi dengan niat yang betul. Boleh cari rezeki dengan lakonan tapi bagaimana kita bertanggungjawab dan pikul sebagai pelakon dan selebriti.
“Punya tanggung jawab yang besar untuk kerja kita satu hal, bagaimana kita portray diri kita di public. Macam apa-apa yang kita tulis, apa-apa yang kita post semua benda itu diambil kira. Supaya masyarakat tidak memandang hina dekat industri kita.
Semenjak dua menjak ini, macam-macam dan kenyataan yang dari public figure, selebriti yang membuatkan masyarakat marah.Tanggungjawabnya, bukan kita nak suruh kita jadi hipokrit tapi kalau kita tunjukkan teladan, tunjukkan benda-benda baik kerana masyarakat agak sanjung tinggi dengan orang-orang seni. Hal ini juga kerana orang seni merupakan suara masyarakat. Tapi disebabkan kurang benda-benda ini dan hanya hiburan semata, menyebabkan industri seni ini dipandang rendah.
“Ibarat bila kita dalam sebuah kapal, bila kapal itu bocor. Ditanya khalayak, siapa yang patut dibuang dulu, orang seni lah yang patut dibuang dulu”.
Ditanya mengenai isu pelakon instant atau selebriti instant
Que Haidar berkata, dia tidak menidakkan rezeki orang yang Allah bagi tapi bagaimana kita gunakan platform itu sebaik mungkin.
“Tidak semestinya datang shooting on time itu sudah cukup. Tidak! Kena pergi kelas lakonan dan macam-macam yang perlu dijaga supaya tidak dihina. Jangan stop belajar dan sentiasa berubah untuk sesuatu yang baik!”, katanya lagi.
Saya tahu dorang muda, saya pun pernah melalui masa muda saya tapi muda is muda tapi bila kau decide
untuk masuk ke bidang seni kena sedia mengalas segala tanggung jawab sebagai anak seni.Rasa hormat kepada diri sendiri, rasa hormat kepada kerja seni dan kerja, pada masyarakat pada rakan-rakan seni itu semua kena diambil kira.Jadi nasihat saya yang terakhir, jadi contoh baik jadi orang yang baik.”, akhiri beliau.
Untuk pengetahun semua, ujibakat Hero Remaja 2021 masih lagi dibuka dan berlangsung sampai 4 petang ini. So jom jom la try nasib. Mana tahu korang Hero Remaja yang kami cari.