Jadi selebriti ni bukan selalunya rich and famous!
Ada juga selebriti yang satu ketika dahulu berjaya namun disebabkan sesuatu yang tak dapat dielakkan, mereka jatuh muflis.
Remaja bawakan 6 selebriti yang berdepan dengan masalah kewangan dan jatuh muflis.
Michael Jackson
Dipercayai Michael berhutang sebanyak RM1.6 billion sebelum meninggal dunia. Malah rumah viral berbentuk Neverlandnya itu.
50 Cent
Rapper ini memfailkan dirinya muflis pada tahun 2015 lalu setelah terpaksa membayar pampasan kepada wanita yang dia muat naik video seksnya sebelum ini.
Nicolas Cage
Dia harus membayar RM 24.6 juta cukai kepada Internal Revenue Service (IRS) malah dia juga terpaksa menjual barang-barang peribadinya termasuklah komik berharga miliknya.
Pamela Anderson
Bintang Baywatch ini terpaksa menjual rumahnya di Malibu berjumlah RM28.7 juta untuk membayar cukai kepada IRS.
Floyd Mayweather
Bintang tinju ini dipercayai berhutang sebanyak RM82.2 juta kepada IRS.
Lindsay Lohan
Masalah kewangan yang dihadapi oleh pelakon dan penyanyi ini sememangnya diketahui media. Dipercayai, pelakon filem Freaky Friday ini berhutang sebanyak RM3.2 juta dan juga RM96.1 juta untuk cukai.
Sumber: Star Insider
Filem Pertama Selepas Insiden Tampar Di Oscar, Will Smith Kembali Beraksi Dalam Bad Boys: Ride or Die
Selepas insiden menampar pelakon Chris Rock kerana berjenaka tentang isterinya di acara Oscar pada tahun 2022 lalu. Pelakon Will Smith membuat kemunculan semula dalam filem terbaru Jun ini.
Will Smith dan Martin Lawrence, dua pelakon yang terkenal dalam dunia filem aksi-komedi, kembali beraksi dalam filem sekuel Bad Boys: Ride or Die. Bagi penggemar filem, ini merupakan sekuel keempat Bad Boys dan ia diarahkan oleh Adil El Arbi dan Bilall Fallah.
Apa yang menarik, dalam filem Bad Boys: Ride or Die kali ini menjanjikan para penonton dengan aksi lebih gempak dan penuh kelucuan. Gandingan penuh semangat Will Smith sebagai Mike Lowrey dan Martin Lawrence sebagai Marcus Burnett memang ibarat energy yang tak akan habis.
Bad Boys: Ride or Die kali ini mengisahkan tentang khabar mendiang Kapten Conrad Howard membuat korupsi dan mempunyai kerjasama dengan kartel dadah selama bertahun-tahun.
Mike dan Marcus sebagai orang yang rapat dan amat mengenali Kapten Howard langsung tidak mempercayai berita tersebut dan mereka membuat keputusan untuk menyiasat mengenai kes ini.
Satu hari, Mike dan Marcus mendapat satu petunjuk melalui video yang telah direkod oleh Kapten Howard dan dia berkata, “Bila kalian sedang tonton video ini, maknanya saya mungkin sudah mati”.
“Saya tak pasti situasi selanjutnya macam mana tetapi tolong jangan percaya sesiapa,” kata Kapten Howard.
Selepas menonton video tersebut, Mike dan Marcus semakin yakin bahawa Kapten Howard sedang berada di dalam situasi yang pelik selama ini. Mereka memutuskan untuk menyelesaikan kes berkenaan dan melalui banyak rintangan selama menangkap dalang kartel tersebut.
Filem aksi komedi Bad Boys: Ride or Die adalah salah satu filem yang wajib ditonton oleh para penggemar. Tayangannya bermula 13 Jun ini dan penonton dijamin tidak akan bosan kerana gelagat duo Will Smith dan Martin Lawrence sememangnya akan buat anda tak kering gusi. Bukan setakat itu sahaja, malah ada beberapa watak kameo lain yang turut muncul memeriahkan filem ini!
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Bolehkah Seseorang Yang Mandi Hadas Besar Mengerjakan Solat Tanpa Ambil Wuduk?
Mandi wajib atau mandi junu juga disebut sebagai mandi hadas besar adalah mandi yang perlu dilakukan oleh seseorang Muslim untuk membersihkan dirinya daripada hadas besar dan melibatkan perbuatan mandi dengan membasahi seluruh anggota badan. Hukum mandi hadas adalah wajib ke atas individu Muslim untuk membersihkan dirinya daripada hadas besar.
Seseorang Muslim perlu mengerjakan mandi wajib dalam keadaan berikut:
• Jimak
• Keluar air mani dengan sengaja atau tidak
• Keluar darah haid
• Nifas
• Wiladah
• Mati
• Masuk Islam orang dari ajaran sebelumnya (kafir)
Rukun mandi hadas ada tiga perkara iaitu:
• Niat dengan tujuan membezakan ibadat dan adat. Niat ini sekadar dilafazkan di dalam hati dan tidak perlu dilafazkan secara zahir (secara lisan)
• Menghilangkan kotoran dan najis pada badan
• Meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir termasuk segala lipatan-lipatan badan
Cara mandi wajib paling afdal sekiranya mengikut sunnah Rasulullah SAW. Berdasarkan hadis dari Aisyah RA:
“Dahulu, jika Rasulullah SAW hendak mandi janabah (junub), beliau membasuh kedua tangannya. Kemudian menuangkan air dari tangan kanan ke tangan kirinya lalu membasuh kemaluannya. Lantas berwuduk sebagaimana berwuduk untuk solat. Lalu beliau mengambil air dan memasukkan jari-jemarinya ke pangkal rambut. Hingga beliau menganggap telah cukup, beliau tuangkan ke atas kepalanya sebanyak 3 kali tuangan. Setelah itu beliau guyur seluruh badannya. Kemudian beliau basuh kedua kakinya”
(HR. Al Bukhari dan Muslim)
Mandi hadas tanpa berwuduk
Namun begitu, ada yang keliru adakah boleh seseorang yang mandi hadas besar mengerjakan solat tanpa mengambil wuduk?
Jawapan:
Apabila seorang itu ada dua hadas yaitu hadas besar dan hadas kecil kemudian dia melakukan bersuci dari hadas besar nescaya hadas kecilnya itu turut terangkat sama.
Maka sah dia kerjakan solat tanpa diwajibkan lagi mengangkat hadas yang kecil yaitu berwuduk akan tetapi disunatkan ke atasnya mengambil wuduk juga.
Berkata Imam Taqiyuddin Ad-Dimasyqi:
Ertinya: “Apabila berhimpun atas seseorang itu hadas kecil iaitu wuduk dan hadas besar yaitu mandi maka padanya berlaku khilaf. Pendapat yang sahih yang difatwakan dengannya memadai baginya oleh mandi sekelian badannya dengan niat mandi dan tidak wajib atasnya menghimpunkan antara wuduk dan mandi dan tiada perlu tertib pada yang demikian itu.” (Kitab Kifayatul Akhyar)
Dan berkata Imam Suyuthi:
Ertinya: “Apabila berhimpun dua perkara dari jenis yang sama dan tiada bersalahan oleh tujuan keduanya nescaya masuklah salah satunya pada yang satu lagi secara ghalib. Maka setengah dari furu’ yang demikian itu apabila berhimpun hadas kecil dan janabah nescaya memadai oleh mandi atas pendapat mazhab sebagaimana berhimpun oleh janabah dan haidh.” (Kitab Al-Asybah Wa Nazha_ir)
Kesimpulannya, jika korang mandi hadas besar maka tidak wajib lagi berwuduk untuk solat atau seumpamanya. Namun begitu, jika individu itu mengambil wuduk sahaja tanpa mandi hadas, nescaya dia masih berhadas besar dan tidak boleh mengerjakan solat.
Lebih afdhal, lakukan kedua-duanya iaitu mengambil wudhuk dan mandi kerana mengikut sunnah Rasulullah SAW yang mengambil wuduk terlebih dahulu kemudian mandi hadas.
Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat memberikan ilmu kepada korang semua. Wallahualam!
Sumber: Ustaz Azhar Idrus
AMARAN: Koleksi Aksesori TOUS Ini Akan Buat Korang Jerit “NAKKKK!”
Aksesori dan wanita memang tak dapat dipisahkan. Daripada barang kemas, jam tangan dan rantai leher, semuanya menjadi keutamaan buat mereka yang pentingkan gaya.
Kalau diberi pilihan untuk memilih hadiah istimewa, sudah pasti aksesori tersebut menjadi antara koleksi impian mereka.
Berita baik untuk pecinta barangan kemas dan aksesori TOUS, iaitu satu jenama aksesori dari Sepanyol, terkemuka dalam sektor mewah mampu milik telah membuka butik flagship berkonsep baharu di Suria KLCC yang di rasmikan oleh Dato’ Sri Meer Habib.
Butik ini akan membolehkan pelanggan yang datang untuk melihat lebih banyak koleksi di beberapa bahagian termasuk bahagian ‘Heritage’ yang menonjolkan barangan kemas emas 18 karat, berlian dan batu permata asli. TOUS Suria KLCC ini juga merupakan butik tunggal flagship di seluruh Asia yang menawarkan koleksi eksklusif Vita yang dipamerkan di bahagian Heritage.
Seleksi Aksesori TOUS yang memukau hati
Selain barangan kemas, korang juga boleh melihat koleksi baharu barangan kemas, beg tangan, selendang, kaca mata gelap dan wangian di butik TOUS berdekatan. Selain KLCC, TOUS juga boleh didapati di Pavilion, IOI City Mall dan Sunway Pyramid.
So, rambang mata tak?sebenarnya banyak lagi koleksi lain yang cantik- cantik. Korang boleh la cuci mata di www.tous.com