Jangan Tak Tahu, Bola Di Wayar Pencawang Elektrik Tu Ada Fungsinya Tau

Share

Pernah tak korang terfikir bila lihat bola yang bergantungan di wayar pencawang elektrik itu, apa fungsinya, kenapa ia kena ada di situ? Kalau tiada apa implikasinya?

Haa… sebenarnya, bola tersebut mempunyai fungsi yang penting ya. Jangan ingat ia sengaja diletakkan di situ ataupun sekadar penghiasan sahaja.

Menerusi satu perkongsian di laman Twitter oleh Isskndar Ariffin, dia menerangkan bahawa fungsi bola tersebut adalah sebagai penanda buat pesawat yang terbang rendah, belon udara panas dan juga penerjun udara.

“Sejak anda kecil lagi, pernah tak tertanya-tanya apakah fungsi ‘bola’ berwarna-warni yang tergantung di sepanjang wayar pencawang elektrik setiap kali melintasinya? Hakikatnya, setiap alatan atau bahan yang diciptakan oleh manusia ada tujuan dan fungsinya yang tersendiri.

“Walaupun hakikatnya bola itu nampak remeh kerana duduk tergantung atau kadang-kadang menjadi tempat burung untuk bertenggek, namun tujuan ia dibina memberikan impak yang sangat besar!

“Bola itu nama sebenarnya adalah ‘Aerial Marker Ball‘ dan mereka dipasang untuk bertindak sebagai penanda yang sangat penting buat semua pesawat yang terbang rendah (low-flying aircraft) termasuklah belon udara panas dan juga penerjun udara.

“Menurut bekas jurutera elektrik iaitu Paul Montgomery, mereka dibentuk dan diletakkan sedemikian kerana memaparkan paras selamat wayar agar mereka semua tidak masuk ke dalamnya.

“Seperti yang diketahui ramai, pesawat atau helikopter akan terbang pada ketinggian tertentu dan bergantung kepada keperluan operasi mereka atau semasa mencari lokasi untuk mendarat di atas tanah.

“Oleh sebab itu, marker tersebut sangat membantu untuk memberikan navigasi kepada para juruterbang agar tidak terIanggar wayar atau kabel yang kadang-kadang ‘halimuan’ jika dilihat dari jarak jauh atau waktu gelap.

“Mengenai perbezaan warna yang terdapat pada setiap bola itu pula, setiap daripadanya bergantung kepada lokasi setiap pencawang ditempatkan. Menurut sumber, warna standard bagi penanda bulat ini ialah kuning, oren, dan putih.

“Tapi untuk di kawasan yang lebih terbuka seperti kawasan lembah atau sungai, setiap pencawang akan dipasang dengan bola yang bercampur antara ketiga-tiga warna tersebut. Selain itu, setiap bola tersebut akan ditukar baru jika warnanya semakin pudar untuk menyerlahkan lagi kewujudannya,” tulisnya.

See, setiap sesuatu yang dihasilkan itu pasti ada tujuannya yang tersendiri. Moga-moga korang dapat take note ya.

Published by
Khaleeda