JANGAN TANYA Soalan Ini Pada Orang Terutama Bomoh! Allah Tak Akan Terima Solat Kita 40 Hari Lamanya

Share

Ramai antara kita kadang kala menemankan kawan yang sakit bertemu bomoh atau pengamal perubatan untuk berubat. Semasa kawan bertemu pengamal perubatan atau bomoh, ada ketika mulut kita tergerak nak bertanya sesuatu mengenai diri kita pula walau tiada niat pada asalnya.

Kadang kita akan bertanya bila jodoh kita nak sampai, saya akan jadi apa pada masa depan, rezeki saya bagaimana atau lain-lain soalan yang selama ini menjadi rahsia Allah taala pada setiap makhluk ciptaan.

Nampak soalan itu sekadar suka-suka tapi sebaik kita membuka mulut, mendengar jawapan dilontarkan oleh bomoh atau pengamal perubatan itu, mungkin mempercayainya walau ada was-was, solat kita tak akan diterima oleh Allah selama 40 hari 40 malam lamanya.

Ini bersesuaian dengan satu hadis riwayat Muslim, sabda Nabi SAW:

مَنْ أَتَى عَرَّافًا فَسَأَلَهُ عَنْ شَيْءٍ ، لَمْ تُقْبَلْ لَهُ صَلَاةٌ أَرْبَعِينَ لَيْلَةً

Maksudnya: “Sesiapa yang datang kepada bomoh, lalu bertanya kepadanya sesuatu, maka solatnya tidak akan diterima selama 40 hari.”

Menurut Imam al-Nawawi: “Adapun maksud tidak diterima solatnya adalah orang tersebut tidak mendapatkan pahala. Namun solat yang ia lakukan tetap dianggap dapat menggugurkan kewajiban solatnya dan dia tidak perlu untuk mengulangi solatnya.” (Lihat Syarh Shahih Muslim, 14/227)

Tidak dinafikan, ada individu yang mempunyai kelebihan membaca masa depan walau dia hanyalah manusia biasa dan memiliki keterbatasan kerana apa saja adalah atas kehendak Allah jua (kun fa ya kun).

Tetapi kadangkala kita tidak sedar kita bertanyakan orang lain kerana mahu tahu apa akan berlaku pada diri kita di masa depan.
Antara contoh ramalan yang kita diharamkan bertanya pada orang adalah berkaitan :

  • Meminta ramalan jodoh.
  • Meminta ramalan rezeki.
  • Meminta ramalan kematian.
  • Meminta ramalan nasib beberapa tahun ke depan atau waktu ke depan.
  • Meminta ramalan pekerjaan yang akan didapatkan.
  • Ramalan Bintang atau Zodiak.
  • Dan lain sebagainya.

Untuk pengetahuan korang, soalan-soalan sebegini dilarang tanya pada orang lain terutama bomoh kerana IA ADALAH HAK EKSKLUSIF ALLAH TAALA.

ARTIKEL BERKAITAN, BACA SINI

Jumpa Pelesit Di Rumah, Caprice Tawar Ganjaran 30K Untuk Tangkap Bomoh
Ini Bukan Kena “Ludah Jin” Ya, Makin Garu Makin Merah Badan, Doktor Jelaskan Ini Urticaria
7 Tanda Jodoh Serasi Atau Tidak Menurut Ustazah Siti Nor Bahyah

Masa depan seseorang adalah termasuk dalam hal ghaib yang tidak diketahui oleh sesiapa pun melainkan Allah SWT.

Firman Allah SWT:

قُلْ لَا أَمْلِكُ لِنَفْسِي نَفْعًا وَلَا ضَرًّا إِلَّا مَا شَاءَ اللَّهُ وَلَوْ كُنْتُ أَعْلَمُ الْغَيْبَ لَاسْتَكْثَرْتُ مِنَ الْخَيْرِ وَمَا مَسَّنِيَ السُّوءُ إِنْ أَنَا إِلَّا نَذِيرٌ وَبَشِيرٌ لِقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ

Maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku tidak berkuasa mendatangkan manfaat bagi diriku dan tidak dapat menolak mudarat kecuali apa yang dikehendaki Allah. Dan kalau aku mengetahui perkara-perkara yang ghaib, tentulah aku akan mengumpulkan dengan banyaknya benda-benda yang mendatangkan faedah dan (tentulah) aku tidak ditimpa kesusahan. Aku ini tidak lain hanyalah (Pesuruh Allah) yang memberi amaran (bagi orang-orang yang ingkar) dan membawa berita gembira bagi orang-orang yang beriman". Surah al-A’raf: 188)

Amaran Nabi Muhammad SAW dalam sabdanya:

مَنْ أَتَى كَاهِنًا، أَوْ عَرَّافًا، فَصَدَّقَهُ بِمَا يَقُولُ، فَقَدْ كَفَرَ بِمَا أُنْزِلَ عَلَى مُحَمَّدٍ

Maksudnya: “Sesiapa yang datang menemui penilik atau peramal nasib lalu mempercayai apa yang diberitahu olehnya, maka dia telah kufur terhadap apa yang diturunkan kepada Muhammad” (Riwayat Ahmad)

Firman Allah SWT:

قُلْ لَا يَعْلَمُ مَنْ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ الْغَيْبَ إِلَّا اللَّهُ

Maksudnya: “Katakanlah: “Tidak ada seorangpun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib, kecuali Allah. ” (Surah al-Naml: 65).

Ingat ya, jangan sesekali bertanya kepada orang lain hal-hal dinyatakan di atas. Berdoalah, serah segalanya pada Allah kerana Allah sudah mengatur perjalanan umatnya berkaitan jodoh, rezeki, ajal maut sejak di luh mahfuz lagi.

Sebagai umat kita juga harus mempercayai Rukun Iman dan Rukun Islam.

Published by
Almaswa Haji Che Ros