Bagi peminat pelakon dan pengacara, Mira Filzah, selain daripada kecantikan dan kesopanan yang ditunjukkan oleh selebriti itu, pastinya korang juga tertarik dengan kebijaksanaannya.
Pelajar jurusan Perniagaan Antarabangsa dari Universiti Teknologi MARA ini pernah memperolehi pencapaian memberansangkan semasa zaman persekolahannya.
Sewaktu Mira melakukan kemunculan istimewa dalam sebuah seminar online bersama calon SPM tahun lalu, dia sempat kongsikan 6 tip kepada para calon agar sentiasa ‘study smart’.
Jangan Paksa Diri
“Jika tertekan, jangan paksa diri. Berehatlah seketika. Nak belajar dan buat ulang kaji kena tenang. Nak serap ilmu kena dalam keadaan selesa.”
Jangan Tonton K-Drama
“Ketika otak tepu, seimbangkan dengan perkara lain. Saya ada baca komen pelajar, kalau stres, tengok drama K-pop. Bagaimanapun, saya nasihatkan jangan. Nanti tengok sampai berjangkit banyak episod pula.”
Lelapkan Mata
“Kalau penat sangat, pejam mata sebelum masuk waktu Zohor. Elak tidur selepas waktu Asar, nanti otak dan badan lagi penat.”
Elakkan Telefon Bimbit
“Memang kita terbiasa memegang telefon bimbit dan menggunakan pelbagai aplikasi berjam-jam. Tapi buat masa ini, belajar jarakkan diri dengan dunia digital.”
Jangan Tinggal Solat
“Bagi calon SPM yang beragama Islam, jangan tinggal solat. Begitu juga dengan bangsa lain, berdoalah kepada Tuhan.”
Peluk Ibu Bapa
“Minta restu ibu bapa, doa mereka sangat mustajab. Jangan segan memeluk meeka walaupun untuk beberapa saat saja.”
*
Bagi REMAJA, tempoh persediaan dan peperiksaan untuk beberapa bulan ini memerlukan pengorbanan. Lupakan seketika telefon pintar semasa sedang menelaah. Namun, jangan lupa untuk membuatkan diri korang gembira dengan mencuri masa melakukan hobi.
Jika korang gemar bersukan, lakukannya sebentar di luar rumah. Jika gemar memasak, masaklah bersama keluarga. Dengan melakukan hobi walaupun sekejap, otak akan lebih mudah menerima ilmu tanpa tekanan yang terlalu tinggi.
All the best korang untuk SPM bermula esok, 2 Mac 2022!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.