Malaysia sering dianggap sebagai syurga makanan, dari utara ke selatan, bahkan melintasi lautan hingga ke Borneo. Sudah menjadi hakikat bahawa negara ini kaya dengan berbagai jenis hidangan.
Namun, tahukah anda bahawa di antara ratusan juadah yang cukup melazatkan ini, salah satu darinya telah termasuk dalam senarai makanan paling teruk atau tidak enak oleh penilai antarabangsa?
Baru-baru ini, TasteAtlas, sebuah organisasi konten makanan telah meletakkan nasi goreng kambing Malaysia dalam kalangan makanan paling teruk di dunia.
Nasi goreng kambing berada di tangga 48 dalam senarai 100 makanan terburuk bagi tahun 2023 di peringkat dunia.
Ads
Di peringkat Asia Tenggara pula, nasi goreng kambing berada di tangga kedua terburuk.
Tidak pasti bagaimana carta ini dikeluarkan, tetapi ada kemungkinan bahawa panel yang menilai tidak merasakan nasi goreng kambing yang benar-benar sedap.
Iyalah, ada kemungkinan salah resipi kot yang diorang rasa tu….hiks!
Atau boleh jadi mereka beranggapan bahawa kombinasi di antara nasi goreng dan daging kambing adalah tidak sesuai sama sekali. Hmmmm….
Untuk rekod, seorang lelaki dari Jepun sebelum ini juga menyuarakan ketidakpuasannya terhadap makanan Malaysia.
Dalam temubual dengan pencipta kandungan di negaranya, dia dengan jujur menyatakan bahawa makanan Malaysia tidak enak dan dia tidak berminat untuk mengunjungi negara ini.
Mungkin ini kot yang dimaksudkan; tekak orang lain-lain….
Ads
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
KREDIT ARTIKEL/GAMBAR: BH, Sinar Harian
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
“Kalau dulu saya bersedia kaki saya dipotong, hari ini saya juga telah bersedia kalau Allah hendak mengambil semula apa yang dipinjamkan kepada tubuh saya selama 17 tahun ini iaitu nyawa saya..” luah Muhammad Afik bin Muhammad Shukri, pelajar tingkatan lima di SMK Bukit Gambir, Pulau Pinang.
Cukup sebak membaca luahan hati Afik seperti dikongsi oleh Natipah Abu yang bergiat aktif dalam kerja-kerja kebajikan. Menurut Natipah Abu, adik Afik disahkan mengidap kanser tulang pada usianya 13 tahun dan ketika itu sudah di tahap dua.
Biar terkesan dengan jawapan doktor namun seperti kata Afik dia tidak punya pilihan kecuali bermulalah perjuangan hidupnya. Bukan mudah untuknya menerima dan menempuh semua ini tetapi apa pilihan yang dia ada ketika itu?
Apa kat jom #BANTU AFIQ dengan memberikan bantuan kewangan buat dirinya yang amat memerlukan sumber kewangan demi mengubati penyakitnya.
Salurkan bantuan ke Maybank milik kedua ibu bapanya.
Maybank Puan Zulwarni Bt Lailee 157139794275.
Maybank Muhammad Shukri bin Haniffa 157139794102
Baca luahan hati yang dikongsinya selepas doktor mengesahkan bahawa kuman yang menjangkiti tubuhnya terlalu kuat dan tiada apa yang boleh dilakukan lagi.
“ Tidak tahu mcm mana hendak saya kisahkan tantang nasib saya hari ini. Terasa seluruh impian saya sudah hancur berderai.
Satu demi satu keputusan yang saya buat tentang kaki saya nampaknya hampa belaka. Sebelum ini, saya membuat keputusan membuang tulang kaki yang kena kanser dan digantikan dengan besi. Saya sangka selepas diganti dengan besi, saya tak akan sakit lagi. Tapi saya silap.
Kemudian saya membuat keputusan untuk memotong kaki yang dipasang besi itu setelah dua tahun menderita sakit akibat jangkitan kuman. Walaupun dulu masa saya mula disahkan kanser, saya cakap pada mama, kalau kaki saya kena potong, saya akan bunuh diri.
Tapi, akhirnya saya sendiri yang memilih untuk potong kaki kerana saya sudah tak sanggup lagi menanggung kesakitan dan tekanan perasaan melihat susah payah mama dan abah mengusung saya ke hospital untuk merawat kaki.
Saya sangka, bila saya potong kaki yang ada kuman dan besi yang telah dijangkiti tu tiada lagi dalam kaki saya, saya akan dapat balik kehidupan saya yang telah hilang sejak umur saya 13 tahun.
Saya sangka, lepas potong kaki saya akan dapat kembali semula ke sekolah saya iaitu SMK Bukit Gambir, Pulau Pinang walaupun terpaksa berkaki palsu nanti.
Pada saya, tak mengapa saya tak dapat berlari di padang seperti dulu asalkan saya dapat memegang anak panah kerana saya juga minat sukan memanah.
Saya sanggup jadi orang cacat asal mama dan abah saya tak perlu lagi susah payah mencari duit untuk ubatkan kaki saya sebab saya ada tiga lagi adik yang masih kecil.
Sejak saya sakit, saya lihat satu demi satu gelang mama hilang dari lengan mama. Saya tak pernah tanya tapi saya rasa saya tahu ke mana perginya semua tu. Saat kawan-kawan mama bersenang dan berehat di rumah dgn anak-anak, mama terpaksa berdiri di tengah panas dan hujan menjual apam balik.
Saya pun sedar, tak sepatutnya mama buat itu semua lagi-lagi adik bongsu saya masih menyusu badan. Tapi saya pun tahu, kenapa mama kena buat semua itu.
Dua minggu selepas menjalani pembedahan, kaki saya mula berdenyut-denyut. Nanah, air bisa dan darah mula kelihatan.
25 Julai , saya bertemu dengan doktor. Bila balutan kaki saya dibuka, lagi banyak air bisa, nanah dan darah yang keluar. Doktor mengambil sampel isi kaki saya.
Hari ini ….
Saya tanya doktor tentang keputusan ujian sampel kaki saya. Doktor memaklumkan, kaki saya masih ada kuman yang kuat iaitu MRSA. Kuman yang susah untuk baik dan makan masa yang lama untuk sembuh. Kuman yang sama yang ada di besi kaki saya sebelum ini rupanya ada dalam kaki saya.
Mendengar berita ini, hancur luluh hati saya. Hebatnya Allah uji saya. Ibaratnya kini seolah ada bom dalam tubuh saya yang bakal meletup pada bila-bila masa.
Buat kali pertama dalam hidup saya rasa sangat kecewa. Kenapa saya ini semua harus terjadi pada saya? . Saya dah kuat untuk nak hadap semua ini lagi.
Kuman yang sama itu telah membuatkan saya sakit sejak dulu sampailah hari ini. Saya sudah nekad, saya tak akan menjalani apa- apa rawatan lagi.
Saya tak sanggup mama dan abah susah sebab saya lagi. Kalau ini takdir saya, saya redha untuk menanggung segala kasakitan saya.
Kalau dulu saya bersedia kaki saya dipotong, hari ini saya juga telah bersedia kalau Allah hendak mengambil semula apa yang dipinjamkan kepada tubuh saya selama 17 tahun ini iaitu nyawa saya .
Tiada apa yg hendak kesalkan lagi kerana selama 17 tahun menjadi anak mama dan abah .. saya diberi sepenuh kasih sayang oleh keduanya.
Sakit itu penghapus dosa .. saya juga berharap Allah akan ampun semua dosa saya selama ini.
Saya sudah nekad tidak akan meneruskan rawatan lagi. Saya tak ingin jejak lagi ke hospital atau makan apa- apa ubat lagi. Kerana saya cukup sedar .. andainya saya memilih untuk meyambung rawatan .. mama dan abah akan menanggung beban kewangan yang bukan sikit.
Kepada semua yg mengenali saya … saya mohon ampunkan segala salah silap saya . Saya mohon halalkan makan minum saya . Doakanlah saya kuat untuk menanggung segalanya ini.
Kepada yg sihat tubuh badan di luar sana … hargailah nikmat kesihatan yang Allah bagi. Bersyukurlah !. “
******
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selepas kes laksa kebok yang mengakibatkan puluhan orang mengalami keracunan makanan akibat kuman Salmonella kini nampaknya peminat makanan pasti akan mula terasa loya apabila tersiarnya gambar di media sosial tentang Satay Tulang Jelebu di Dataran Senawang, Negeri Sembilan.
Dalam gambar yang tersebar ini dapat dilihat bagaimana bungkusan ayam dilonggokkan berhampiran pintu. Bukan itu saja, besen juga kelihatan hitam berkerak selain lantai dilihat berlumut hijau. Malah tempat pemotongan ayam juga dibiarkan bersama longgokan ayam yang siap dipotong termasuk kelihatan kucing di samping gambar tersebut.
Kes ini mula tular pada 20 Oktober 2018 menerusi fb Faizal Riza Sholainia (grup Oghang Jompul) dan Nur Shahira (grup Seremban Macam-Macam Ada) yang menunjukkan betapa kotor dan jijiknya cara penyediaan Satay Tulang Jelebu yang mana ia amat dikenali kerana keenakan resipi asli turun temurun.
Bagi peminat satay tulang Jelebu di Dataran Senawang pasti dapat menggambarkan keenakan satay tulang ini kerana perapan ramuannya yang berbeza tetapi kalau dilihat dari aspek penyediaannya, pasti terasa loya.
Ekoran gagal menyediakan tempat yang bersih untuk persediaan Satay Tulang Jelebu yang amat popular ini, pemeriksaan dari Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan semalam iaitu pada 21 Oktober 2018 telah mengarahkan premis makanan ini ditutup kerana selepas pemeriksaan dilakukan premis ini didapati melanggar Akta Makanan 1983. Secara keseluruhan, premis menyediakan makanan ini tidak bersih.
Bukan saja cara penyediaan agak menjijikkan tetapi pemeriksaan mendapati pengendali makanan tidak mempunyai suntikan tifoid, peralatan memasak yang kotor di samping pengendalian makanan yang tidak hygenic. Premis itu diarahkan tutup di bawah Seksyen 11, Akta Makanan 1983.
Carian REMAJA di laman sesawang Kursus Pengendalian Makanan Malaysia, suntikan tifoid amat penting untuk pengendali makanan bagi mengelakkan berlakunya penyebaran penyakit.
Demam tifoid/typhoid atau lebih dikenali sebagai demam kepialu di Malaysia merupakan penyakit yang disebabkan oleh bakteria yang dikenali sebagai Salmonella Enterica atau secara lebih khusus Salmonella Typhii dan sedemikian demam ini dipanggil sempena nama bakteria tersebut.
Penyakit ini boleh didapati di seluruh dunia dan cara penyebarannya adalah melalui makanan dan minuman yang telah tercemar oleh najis. Jangkitan ini boleh menjejaskan seluruh badan dan merosakkan pelbagai organ-organ. Melainkan dirawat, jangkitan ini boleh membawa kesan yang mengancam nyawa. Mengikut kajian, risiko kematian oleh penyakit ini adalah sebanyak 10-30%.
Nampaknya keghairahan masyarakat Malaysia yang gemar mencuba sesuatu yang di viralkan pasti perlu lebih berhati-hati dalam memilih makanan selepas ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Personaliti media sosial, Kim Seri baru-baru ini tampil mengakui kelemahan pengurusan kewangan perniagaan melibatkan restoran miliknya di Korea Selatan yang mengalami kerugian menjadi punca...