Berita

Jangan Terkejut! Juadah Malaysia Ini Termasuk Dalam Senarai Makanan Paling ‘Teruk’ Di Dunia.

Share

Malaysia sering dianggap sebagai syurga makanan, dari utara ke selatan, bahkan melintasi lautan hingga ke Borneo. Sudah menjadi hakikat bahawa negara ini kaya dengan berbagai jenis hidangan.

Namun, tahukah anda bahawa di antara ratusan juadah yang cukup melazatkan ini, salah satu darinya telah termasuk dalam senarai makanan paling teruk atau tidak enak oleh penilai antarabangsa?

ARTIKEL BERKAITAN: Resepi Baru? Wanita Terkejut Jumpa ‘Telur Katak’ Masa Tengah Makan Nasi Lemak

Baru-baru ini, TasteAtlas, sebuah organisasi konten makanan telah meletakkan nasi goreng kambing Malaysia dalam kalangan makanan paling teruk di dunia.

Nasi goreng kambing berada di tangga 48 dalam senarai 100 makanan terburuk bagi tahun 2023 di peringkat dunia.

Di peringkat Asia Tenggara pula, nasi goreng kambing berada di tangga kedua terburuk.

Tidak pasti bagaimana carta ini dikeluarkan, tetapi ada kemungkinan bahawa panel yang menilai tidak merasakan nasi goreng kambing yang benar-benar sedap.

Iyalah, ada kemungkinan salah resipi kot yang diorang rasa tu….hiks!

Atau boleh jadi mereka beranggapan bahawa kombinasi di antara nasi goreng dan daging kambing adalah tidak sesuai sama sekali. Hmmmm….

Untuk rekod, seorang lelaki dari Jepun sebelum ini juga menyuarakan ketidakpuasannya terhadap makanan Malaysia.

Dalam temubual dengan pencipta kandungan di negaranya, dia dengan jujur menyatakan bahawa makanan Malaysia tidak enak dan dia tidak berminat untuk mengunjungi negara ini.

Mungkin ini kot yang dimaksudkan; tekak orang lain-lain….

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja

 untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

KREDIT ARTIKEL/GAMBAR: BH, Sinar Harian

 

 

 

Published by
Adriana Syaurah