Malaysia berada di fasa pemulihan Covid19 apabila Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini mengumumkan Perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang telah ditukar ke Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) telah mengumumkan beberapa berita gembira buat rakyat Malaysia yang sudah tiga bulan mematuhi PKPB.
Ini bermakna kita boleh melakukan aktiviti harian seperti biasa dengan masih mengamalkan norma baru.
Namun, lain pula yang didedahkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) apabila persatuan ini memberi amaran pandemik COVID-19 masih menjadi satu ancaman di seluruh dunia.
Menurut Ketua Pengarah Dr. Tedros Adhanom Gebreyesus, beliau memberi amaran itu selepas 136,000 kes dilaporkan di seluruh dunia pada Ahad lalu.
Itu merupakan kes rekod harian peningkatan kes baharu yang tertinggi. Tambah beliau, ketika ini terdapat trend penurunan jangkitan dan korban dari kebanyakan negara, khususnya di Eropah.
Ads
Namun sebaliknya terjadi di bahagian lain di dunia, berlaku lonjakan kes jangkitan dan korban.
Contohnya seperti di Brazil, yang kini menyaksikan peningkatan kes yang ketara dan mempunyai lebih 34,000 jumlah angka korban. Ini meletakkan negara itu di kedudukan ketiga tertinggi di dunia di belakang Amerika Syarikat dan Britain.
Ads
“Hampir 7 juta kes COVID-19 kini dilaporkan kepada WHO dan hampir 400,000 maut, walaupun keadaan di Eropah bertambah baik, secara global ia semakin buruk.
Lebih 100,000 kes telah dilaporkan pada sembilan daripada 10 hari terakhir. Semalam, lebih 136,000 kes dilaporkan, yang paling banyak dalam satu hari setakat ini.
Ads
Hampir 75 peratus kes semalam berasal dari 10 negara, kebanyakannya di Amerika Syarikat dan Asia Selatan. Sebilangan besar negara di rantau Afrika masih mengalami peningkatan jumlah kes COVID-19, dengan beberapa kes dilaporkan di kawasan geografi baharu,” kata Dr Tedros.
Susulan itu, beliau menasihati semua negara agar tidak alpa dan terus melaksanakan langkah-langkah pencegahan dan keselamatan yang tinggi bagi mengekang penularan virus.
So kesimpulannya, walaupun keadaan Covid-19 di Malaysia semakin baik namun kita masih mengamalkan langkah berjaga-jaga selagi vaksin virus maut ini belum dijumpai.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jika di Malaysia hilang lori Gardenia yang sepatutnya diedarkan sekitar Kuala Lumpur dan lori dijumpai kembali di Kemaman (berita baiknya semua roti ditemui dengan selamat. Mungkin pencurinya nak balik kampung, hikz) ternyata di Belanda lebih hebat lagi.
Ini kerana muzium yang menyimpan lukisan karya agung karya Vincent van Gogh dilaporkan telah hilang walaupun Belanda diumumkan lockdown bagi mengelak penularan COVID-19 (seakan sama seperti kes menimpa bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq yang melaporkan wang lebih RM200,000 hilang dari peti besi simpanan yang mana rumah itu hanya diduduki olehnya dan pembantu rumahnya sahaja. Pihak polis sedang menyiasat kes ini).
Dalam kejadian semalam, lukisan bernilai jutaan ringgit ini dilaporkan hilang dari Muzium Singer Laren di sebelah timur Amsterdam. Pihak muzium melaporkan karya yang hilang ialah “Spring Garden” yang dilukis oleh lagenda Vincent van Gogh di mana muzium ditutup berikutan perintah kerajaan untuk mengelak wabak corona virus merebak dengan cepat.
Menurut Ketua Pengarah Museum Evert van Os, ahli Lembaga pengarah yang membiayai koleksi pasangan Amerika, William dan Anna Singer berasa marah, terkejut dan sedih berikutan kecurian yang berlaku. Masa yang sama Pengarah Muzeum Singer Laren, Jan Rudolph de Lorm berkata, kecurian ini satu kes luar biasa dan berasa kesal dengan kehilangan lukisan tersebut.
“Saya kesal kejadian ini. Ia satu lukisan indah dilukis oleh pengkarya terhebat tetapi dicuri dan hilang dari tempatnya. Ia satu kejadian yang amat buruk bagi Museum Groninger dan sangat buruk untuk Singer.
“Hal ini sangat mengerikan bagi kita semua kerana masyarakat tidak lagi boleh menikmati, mendapat inspirasi kerana itu antara karya hebat tinggalan pelukis lagenda Vincent van Gogh. Lebih teruk ia hilang ketika negara dilanda musibah berikutan wabak corona virus,”katanya dalam satu kenyataan.
Siasatan lanjut pihak polis mendapati pencuri memecahkan pintu kaca untuk masuk ke muzium. Mereka bergegas menuju ke lokasi kerana penggera berbunyi dan setibanya di muzium pihak polis mendapati lukisan itu sudah hilang dari kedudukan asalnya. Siasatan forensik dilakukan dan mereka akan meneliti rakaman video yang ada di muzium tersebut.
Musim lockdown COVID-19 ini nampaknya ramai pencuri mengambil kesempatan berikutan tidak ramai orang berkeliaran. Hati-hati ya kerana musibah boleh berlaku dalam situasi tidak kita jangkakan.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pertubuhan Kesihatan Sedunia baru-baru ini mengumumkan virus Covid-19 mencapai status pandemik. Hal ini menyebabkan banyak perkara yang terganggu dan terjejas gara-gara virus Covid-19 termasuklah industri perfileman dunia kerana risiko kepada nyawa dan keselamatan setiap orang.
Menurut Pengarah Pertubuhan Kesihatan Dunia, Tedros Adhanom Ghebreyesus dalam sidang akhbar dipetik dari CBBC.Com, Covid-19 diumum ke status pandemik kerana berlaku peningkatan berganda dalam tempoh terdekat.
Aiyooo takut kan?
Menerusi media sosial, ini antara filem-filem yang akan ditunda tarikh tayangan daripada jadual asal.
A Quiet Place 2
Mengikut jadual asal, filem A Quiet Place 2 sepatutnya ditayangkan sekitar bulan Mac tapi menurut pengarahnya John Krasinski tarikh baru akan diberitahu kelak.
Mulan
Disney Mulan pada asalnya dijadualkan pada 27 Mac 2020. Tapi ditangguhkan dan tarikh pelepasan yang baru masih belum tetap.
F9
Universal mengumumkan filem Fast & Furious yang kesembilan ini sepatutnya ditayangkan pada bulan Mei, tetapi sekarang ditunda sehingga 2 April 2021.
No Time To Die
Tayangan siri James Bond adalah pada bulan April, tetapi kini telah ditunda ke 25 November 2020.
The New Mutants
The New Mutants yang mempunyai kontroversi kerana mengetengahkan watak LGBT dijadualkan pada bulan April tapi kini ditunda ke tarikh baru yang masih belum diumum.
Tak apa lah, korang jangan la sedih. Ini kan untuk kebaikan semua orang juga. So musim-musim Covid-19 ni kita layan netflix jela dekat rumah.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sesi persekolahan secara bersemuka akan bermula pada 3 Oktober depan mengiut fasa dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) dengan menggunakan kaedah penggiliran pelajar secara mingguan.
Menteri Pendidikan, Mohd Radzi Md Jidin juga mengumumkan pelajar tidak perlu mengenakan seragam apabila kembali ke sekolah nanti.
Namun begitu, pelajar haruslah memakai pakaian yang sesuai, sopan dan kemas. Pemakaian pelitup muka juga adalah diwajibkan. Ibu bapa dinasihatkan untuk memastikan status vaksinasi pemandu bas sekolah untuk anak mereka.
Sekolah di negeri bawah Fasa 4 dan 4 PPN dijangka akan dibuka semula mulai 3 Oktober depan, manakala pelajar di negeri bawah Fasa 1 dan 2 akan meneruskan pembelajaran dalam talian, kecuali bagi mereka yang akan menghadapi peperiksaan utama.
Hanya Sarawak, Negeri Sembilan dan Labuan merupakan negeri yang berada di Fasa 4 PPN, namun dengan peningkatan kes positif COVID-19 di Sarawak, ia belum membayangkan sama ada mereka akan menuruti pelan kerajaan persekutuan atau tidak.
Negeri dan kawasan di bawah Fasa 2 pula ialah Kelantan, Melaka, Pahang, Perak, Pulau Pinang, Sabah, Selangor, Terengganu, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Hanya Kedah dan Johor masih berada di Fasa 1.
Sama-sama kita doakan agar para pelajar yang menghadiri sesi persekolahan secara bersemuka ini dilindungi daripada segala bahaya penularan wabak COVID-19. Semoga mereka dapat membiasakan diri dan mengikuti sesi pembelajaran seperti biasa dengan lebih selesa.
Baru-baru ini tular sebuah video iklan terbaru dari jenama fesyen Korea Selatan ‘Wacky Willy’ berjaya menarik perhatian pengguna media sosial kerana jalan penceritaan komedi...