‘Jangan Ubah Diri Sebab Orang Lain Tak Suka’ – Neeta Manisha Pertahankan Warna Kulitnya

Share

 

Guys, just stop.

 

Satu per satu kes siber buli slash body shaming berlaku ke atas mereka yang mempunyai jumlah followers ramai di Malaysia, dan tentunya golongan selebriti menjadi sasaran mudah.

Pertama, kes yang dihadapi bayi Nora Danish, Ney Ney. Kemudian mereka nak bantai gaya rambut Scha Alyahya pula.

Umpama tak berpuas hati dengan penampilan selebriti, netizen tak tahu dah nak berselindung di sebalik layah rasa segan dan rasa hormat.Apa yang terlintas di fikiran terus ditaip buat tontonan umum, tak ada lagi ‘filter dalam otak’ sebelum mereka memuat naik komen.

Antara kes body shaming melanda vokalis iamneeta, Neeta Manisha

di mana warna kulitnya dipersoalkan oleh netizen. Satu posting-nya di Instagram menerima pelbagai komen berbaur cercaan oleh netizen tentang warna kulitnya, lalu menjurus kepada vibe negatif.

 

Foto: Shahir Osman

 

Neeta sedar akan situasi tersebut lalu memadam posting bagi mengelak isu ini berlarutan. Namun, anak kelahiran Sungai Petani ini kemudiannya ‘mengajar’ golongan pembuli siber dalam posting seterusnya.

“Saya telah berhadapan dengan ‘masalah’ ini sejak sekolah rendah lagi. Most of my life, saya dimasukkan ke sekolah jenis Cina. Dan warna kulit saya sering menjadi sasaran para pembuli kerana ia adalah perkara pertama yang mereka lihat.

“Tetapi, selama saya berhadapan dengan ‘masalah’ ini, ia telah membuatkan saya sedar bahawa warna kulit saya juga cantik! Ia mewakili siapa diri saya yang sebenar,” terang Neeta.

 

* * * * *

 

Dalam temuramah REMAJA bersama Neeta baru-baru ini untuk paparan cover Majalah REMAJA isu April – Jun 2018, Neeta mengakui ramai peminatnya yang kelira dengan rupa paras yakni kulitnya yang mirip gadis berbangsa Melayu. “Tapi saya anggap itulah yang membuatkan saya lebih istimewa, iaitu darah campuran Cina, India dan Thai yang saya miliki.”

Dua orang ahli kumpulan iamneeta turut menjadikan kumpulan tersebut lebih ‘berwarna’ dengan background masing-masing. Anas berbangsa Melayu manakala Patrick mempunyai campuran darah Filipina.

 

Foto: Shahir Osman

 

Kamu Juga Cantik!

“Saya selalu katakan kepada remaja berkulit sawo matang seperti saya untuk tidak sesekali mengalah kepada komen negatif yang mempersoalkan warna kulit kamu dan siapa diri kamu yang sebenar.

People can be mean but do not let it go to your head. Kamu tak perlu mengubah diri semata-mata untuk menyedapkan pandangan orang lain. Kamu juga cantik! Dan setiap kali kamu berhadapan dengan hater selepas ini, just ingat yang mereka tidak boleh memiliki apa yang kamu ada dan sebab itulah mereka membuli secara tersorok di media sosial.”

 

Neeta Manisha bersama 8 orang lagi penghias cover Majalah REMAJA isu April – Jun 2018.

 

Neeta juga berpesan kepada si pembuli untuk cuba memahami perasan orang lain. “Understand the discrimination felt by me and many others. Saya harap isteri, anak perempuan, saudara, kakak dan abang kamu tidak perlu berdepan dengan isu body shaming seperti yang telah kami hadapi,” kata Neeta yang boleh berbahasa Malaysia, Inggeris, Hokkien dan Mandarin.

 

Just be pretty lah people, cantik pada luaran, adab dan bahasa yang kita tuturkan. Okay?

Published by
FZ