Baru-baru ini telah tular di TikTok satu video yang telah dimuat naik yang memaparkan seorang penyanyi muda bernama Fatimah Noryyah atau dikenali sebagai Timah; menyanyikan lagunya di pentas kecil Gegar Vaganza.
Timah difahamkan adalah penyanyi jemputan program Gegar Vaganza Live terbabit. Usai daripada persembahan tersebut, nyanyiannya telah menarik perhatian warganet.
Ramai yang terhibur apabila mendengar lirik lagunya dan ada juga yang menganggap lagu berjudul ‘Eleh He Eleh’ itu pelik dan tidak sesuai untuk dinyanyikan. Banyak kecaman yang telah diterima secara bertubi-tubi.
@abeweaa__Macam Macam Lagu Sekarang😂🤦🏻♬ bunyi asal – ᗰᝪᕼᗩᗰᗩᗞ ᖇᏆᏃᑌᗩᑎ
“Lagu apa ni…”
“Nk ikut lagu “awk kat mana” ke apa ni HAHAHA”
“Aku klu ada org buat lagu untuk aku mcm ni biarlah aku tk jadi penyanyi pon tk pelah..”
“*uninstall telinga*”
“Malu siot kalau org aku kenal buat lagu cam nie.. Tak mengaku member..”
Akui terkejut dan terkilan
Menurut temu bual yang dilakukan bersama satu portal hiburan, Timah akui sedikit terkejut dan terkilan disebabkan komen-komen kecaman yang telah diterimanya. Maklumlah, ini merupakan pertama kali dia dikecam.
“Inilah pertama kali saya menerima kecaman. Memang terkejut dan pada awalnya agak sedikit kecewa. Bagaimanapun sekarang ini saya sudah tidak lagi ambil peduli.
“Netizen kecam sebab tajuk lagu itu pelik dan liriknya seperti kebudak-budakan. Sedangkan mereka tidak tahu saya baru berumur 14 tahun. Jadi rasanya ia sesuai untuk saya.
“Janganlah buat saya begini. Saya masih muda lagi. Takut rasanya apabila menerima kecaman,” ujarnya lagi.
Walaupun telah dikecam hebat, Timah masih berfikiran positif dan mengambil hikmah daripada apa yang berlaku. Di sebalik kata-kata negatif netizen, ada hikmah dimana namanya mula dikenali dan lagu tersebut juga banyak digunakan di media sosial.
“Apabila orang bercakap tentang lagu itu, secara tidak langsung nama saya juga menjadi sebutan. Sedikit sebanyak ia boleh bantu untuk terus promosikan kerjaya seni saya.
“Ibu juga ada berpesan supaya tidak mudah rasa kecewa kerana ini adalah sebahagian yang perlu dihadapi dalam dunia seni. Apa yang penting adalah lagu tersebut berjaya mendapat perhatian ramai,”jelasnya.
Dia juga meluahkan rasa bersyukur kerana mendapat sokongan daripada keluarga dan rakan-rakan sekelasnya apabila dikecam.
“Selepas mendapat kecaman, ada rakan-rakan sekelas yang marah dengan komen netizen. Mereka sendiri sanggup nak pertahankan saya.”
Ini baru namanya kawan sejati. Kalau korang nak tahu, lagu Eleh He Eleh ini telah dilancarkan pada September yang lalu dan merupakan ciptaan bersama Faizal Tahir, Glow Rush, Acap Salim dan Nick Ariff. Manakala liriknya pula ditulis oleh Shah Shamsiri, Glow Rush, Acap Salim dan Nick Arif.
Yang penting, sikap Timah yang tidak patah semangat walaupun dikecam ini haruslah dipuji. Kalau min, dah lama dah min ‘koyak’. Min harap penyanyi muda ini akan teruskan berkarya dalam industri seni Malaysia. Abaikan sahaja kecaman yang tidak ‘bermanfaat’ daripada netizen.
BACA LAGI : Bukan Lagi BBNU, 8 Peserta Big Stage Ini Telah Tamatkan Zaman Bujang
Sumber: (1)
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.