HIV Foto Via Pexels

HIV, atau Virus Imunodefisiensi Manusia, adalah virus yang merosakkan sistem imun manusia. Di Malaysia, kesedaran mengenai HIV dalam kalangan remaja semakin menjadi perhatian serius.

Remaja adalah golongan yang mudah terdedah kepada risiko jangkitan HIV disebabkan oleh beberapa faktor termasuk kurangnya pengetahuan, perilaku berisiko, dan pengaruh rakan sebaya.

Jangkitan HIV Pelajar IPT Meningkat, Saran Saringan HIV Seawal 16 Tahun
Jangkitan HIV dikalangan remaja – foto via Pexels

Makin membimbangkan, jangkitan HIV di Malaysia dalam kalangan pelajar pengajian tinggi berumur 18 hingga 25 tahun dilaporkan semakin meningkat.

Menurut Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir, berdasarkan maklumat kes yang dilaporkan kepada Kementerian Kesihatan, sebanyak 214 pelajar di institusi pengajian tinggi awam atau swasta telah dijangkiti HIV pada tahun 2020.

Jangkitan HIV Pelajar IPT Meningkat, Saran Saringan HIV Seawal 16 Tahun
Jangkitan HIV dikalangan remaja – foto via Pexels

Pada tahun 2021, angka kes sedikit menurun kepada 186 individu tetapi pada tahun 2022, kes meningkat semula melibatkan seramai 221 individu dan 224 kes pada tahun 2023.

“Peratusan pelajar institusi pengajian tinggi awam atau swasta yang dijangkiti HIV adalah antara 6.7 peratus dan 7.6 peratus daripada jumlah keseluruhan kes HIV baharu yang dikenal pasti pada tahun-tahun tersebut,” jelasnya.

Jangkitan HIV Dikalangan Pelajar IPT Meningkat, Saran Saringan HIV Seawal 16 Tahun

Beliau turut menjelaskan bahawa pihaknya akan melaksanakan pelbagai program untuk memupuk gaya hidup sihat agar pencegahan terhadap kes HIV dapat ditingkatkan.

Selain itu, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) turut mengemukakan empat kaedah untuk membendung kes HIV dalam kalangan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT).

Antara kaedah tersebut adalah dengan mengadakan pendidikan seksualiti berlandaskan nilai Islam selain program kesedaran.

PKPIM juga sangat menghargai usaha KPT dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam memantau serta menangani isu ini melalui pelbagai program advokasi, kesedaran dan pencegahan.

Kerajaan juga disaran menurunkan had usia saringan HIV dari 18 tahun kepada 16 tahun bagi memberi ruang pengesanan dan rawatan awal susulan peningkatan kes jangkitan virus itu dalam kalangan pelajar universiti.

BACA LAGI: Kenangan Manis Capai Top 24 Miss Supranational 2022, Melisha Lin Akui Bukan Semuanya Glamor – REMAJA

Sumber: NST & Sinar Harian

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI