Janna Nick Ambil Tindakan Terhadap Individu Yang Sebarkan Fitnah & Buat Tuduhan Palsu

Share

Pelakon, pengacara dan pengarah, Janna Nick baru sahaja menyelesaikan sesi sidang media bagi menjelaskan kontroversi yang melanda dirinya berkaitan dengan video viral tentang kematian bintang K-pop pada tiga tahun lepas dan isu yang dikatakan mempersenda nama ahli kumpulan Blackpink, Lisa Manoban.

Janna Nick tampil dengan peguam bela, Encik Ben Syazmin menjelaskan bahawa video yang tular itu telah dimuat naik semula selepas tiga tahun. Pada ketika itu, Janna bersama dengan seorang rakan selebriti berada di salon untuk mewarnakan rambutnya. Ketika Janna berambut perang, Janna diajukan soalan, “Ini yang mati tu kan?”.

Dalam keadaan yang hinggar bingar dengan bunyi hair dryer dan sebagainya, pada waktu itu Janna tidak dapat mendengar dengan jelas dan beranggapan soalan itu adalah mempersendakan dirinya. Maka, dia hanya membalas dengan mentertawakan kepada jenaka itu.

Namun begitu, Janna Nick telah pun memohon maaf kerana disalahtafsirkan oleh peminat selebriti Kpop itu. Setelah video permohanan maaf itu dimuat naik, Janna masih lagi menerima kecaman kerana dikatakan tidak dilakukan secara ikhlas.

Janna juga sekali lagi turut menjelaskan bahawa dia tidak pernah terlintas untuk mempersendakan kematian individu tersebut sebagaimana yang telah diviralkan di media sosial.

Peguam bela Janna juga menegaskan bahawa diharap agar penjelasan ini dapat memberhentikan sebarang penyebaran tuduhan di masa kini mahu pun pada masa akan datang sekiranya video tersebut kembali menjadi tular.

Ekoran daripada situasi tersebut, Janna telah menerima kecaman, termasuk ugutan bunuh, ugutan jenayah, fitnah dan tuduhan palsu. Beberapa laporan polis telah pun dibuat dan kes ini disiasat dibawah Sekyen 506 Kanun Keseksaan yang boleh dijatuhkan hukuman denda serta penjara selama 7 tahun jika sabit kesalahan.

Perkara ini juga sedang dalam siasatan Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM), terutamanya dalam mendapatkan idenditi pemilik akaun yang menggunakan nama samaran. Ia juga akan disiasat di bawah Akta Fitnah 1957 terhadap pengguna-pengguna media sosial yang dikenalpasti kerana menyebarkan fitnah yang menyebabkan kerosakan, reputasi serta perniagaan Janna Nick.

Isu Lisa Blackpig

Berikutan isu mempersendakan Lisa Blackpink pula, peguam bela Janna Nick telah menjelaskan bahawa caption tersebut adalah merujuk kepada watak Lisa, iaitu satu watak antagonis. Dalam filem Delen, Lisa adalah seorang remaja perempuan yang menjengkelkan, tetapi merasakan dirinya menjadi pujaan ramai.

Oleh itu, caption “Lisa Blackpig” adalah bagi membezakan tahap pencapaian dan penerimaan yang tidak layak untuk disamakan dengan Lisa Blackpink.

Walau bagaimanapun, Janna menjawab pihaknya, Jannanick Studios akan mengambil tanggungjawab untuk memohon maaf kepada semua pihak yang terguris hati terhadap caption tersebut.

Janna juga menegaskan bahawa pihaknya telah mengambil tindakan yang serius dan masih dalam siasatan polis. Pihak mereka juga akan mengenakan tindakan undang-undang terhadap individu yang memulakan provokasi dan fitnah kepada Janna Nick.

Janna juga enggan mengulas lanjut tentang isu tersebut kerana ia masih dalam siasatan polis.

Apa-apa pun, kita harapkan agar kes ini dapat diselesaikan dengan baik.

Published by
Noor Ain Norman