Hiburan

Janna Nick Beri ‘Hint’ Bakal Sambung Belajar Di Luar Negara, Pernah Lupakan Hasrat Demi Cari Duit

Share

Hantaran ringkas pelakon dan pengacara, Janna Nick menerusi akaun Instagram seakan memberikan petunjuk bahawa beliau sedang dalam perjalanan untuk melanjutkan pelajaran di luar negara.

Hantaran yang menampakkan Janna, 29 di dalam kabin pesawat Malaysia Airlines (MAS) bersama suaminya, Dini Schatzmann itu diiringi dengan kapsyen seakan mengiyakan spekulasi peminatnya.

“Mengejar impian pada ketinggian 30,000 kaki. Setiap batu membawa saya lebih dekat dengan fasa seterusnya dalam perjalanan untuk membina diri dan terus belajar,” catatnya sambil disusuli dengan tanda pagar #NextAdventure, #StudyAbroad dan #WingsToDreams.

Janna yang merupakan pelajar cemerlang Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pendang, Kedah dengan keputusan 6A dan 2B sewaktu menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2013 sebelum ini pernah meluahkan hasratnya untuk menyambung pengajian seterusnya menggenggam sekeping ijazah.

Namun, dia terpaksa melupakan sebentar impian itu kerana fokusnya pada waktu itu adalah untuk mengejar wang ringgit sebagai anak seni.

“Saya bukan datang dari keluarga yang senang. Saya memang dah belajar separuh jalan tetapi drop sebab saya pentingkan duit.

“Bagi saya, duit adalah segalanya. Jadi saya kena selesaikan banyak benda dari segi kewangan, my goals dan impian.

“Sambung belajar adalah salah satu impian saya juga. Dan saya rasa tak pernah lewat untuk seseorang itu sambung belajar. Nanti saya relaks, saya buat,” katanya tidak lama dahulu menerusi sesi soal jawab di ruangan Instagram Stories.

Apapun, REMAJA ucapkan selamat maju jaya kepada Janna yang teguh pendiriannya untuk mendalami lebih banyak ilmu biarpun realitinya, sudah selesa dengan kehidupan sedia ada sebagai seorang selebriti di Malaysia.

FOTO: Instagram Janna Nick

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?

Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
FZ