
Wah, semakin hampir…
Pasangan pelakon sama cantik sama padan, Janna Nick dilaporkan bakal mengakhiri zaman bujang bersama cinta hati pilihannya yang juga seorang aktor, Dini Schatzmann pada 10 Jun ini.
ARTIKEL BERKAITAN : “Doakan saya…” Syafiq Kyle, Mimi Lana Bakal Disatukan Selepas Raya Aidilfitri
Menurut laporan daripada Kosmo! Online, dikatakan mereka memilih sebuah resort mewah di Pantai Cenang, Langkawi sebagai lokasi bersejarah dalam hidup mereka pada 10 Jun depan.
Malah, pemilik nama Nurul Jannah Muner dikatakan telah hadir ke Pejabat Agama Daerah Langkawi bagi menghantar borang pernikahan mereka. Pasangan ini juga bakal mengadakan majlis pernikahan secara tertutup di resort berkenaan serta hanya dihadiri oleh keluarga terdekat sahaja.
Bagaimanapun, usaha media untuk mendapatkan sebarang kenyataan daripada kedua-dua pelakon itu masih belum berjaya.
Sebelum ini, pasangan ini pernah mencetuskan tanda tanya ramai dengan memberi bayangan kisah percintaan mereka sudah berakhir apabila Janna nick memuat naik satu bayangan bahawa hubungannya bersama aktor kacukan Melayu-Switzerland sudah berakhir. Menguatkan lagi spekulasi apabila Janna membawa diri bercuti di Eropah seorang diri.
Apa-apapun, kalau betul berita ini apa salahnya…benda baik. Kami pun mendoakan hubungan pasangan ini berakhir dijinjang pelamin.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Lagi Individu Tampil Pernah Jadi Mangsa Buli Nam Joo-hyuk, Ini Respon Agensinya

Ingatkan sudah reda namun satu lagi dakwaan mengenai isu pelakon popular dan kacak Korea Selatan, Nam Joo-hyuk yang terpalit isu membuli sewaktu di sekolah.
Rupanya belum habis lagi ye guys, jika minggu lalu, seorang individu ‘B’ mendakwa pernah dibuli pelakon itu semasa di sekolah dan menceritakan insiden itu pada sebuah saluran media.
ARTIKEL BERKAITAN : Sudah Biasa Jadi ‘Nerd’, Nam Joo-hyuk Tiada Masalah Berlakon Drama Start-Up

Dengan bertindak pantas, agensi pelakon k-drama twenty five twenty one ini iaitu Management SOOP menegaskan bahawa ianya palsu dan bertindak menfailkan saman terhadap wartawan, individu ‘B’ dan saluran media berkenaan.
Terkini, pada 28 Jun, satu lagi saluran media melaporkan sebuah temubual bersama individu lain ‘A’ yang pernah bersekolah bersama Nam Joo-hyuk dan turut mengatakan bahawa dia merupakan mangsa buli pelakon tersebut dan rakan-rakannya. Penuduh terbaru ini yang tidak pernah menceritakan hal berkenaan kepada mana-mana saluran media atau memuat naik mengenai insiden itu secara atas talian menyatakan bahawa dia memilih untuk tampil ke hadapan selepas melihat rakan sekelas ‘B’ dituduh menipu dan disaman agensi lelaki berkenaan.

‘A’ menuduh antara cara dia dibuli ialah dengan disuruh melakukan pelbagai benda selain dipaksa Nam Joo-hyuk untuk membuka hotspot data telefon pintar mereka dan selalu menggunakan telefon berkenaan untuk membeli permainan berbayar dan barangan dalam permainan itu.
Ketika di sekolah, Nam Joo-hyuk memegang telefon bimbit saya lebih kerap dari saya sendiri. Katanya lagi,
Disebabkan ibu bapa saya yang membayar (permainan dan barangan dalam permainan) yang dibeli menerusi telefon bimbit saya, saya meminta dia duit untuk membayarnya. Tapi jawabnya, ‘Kenapa saya perlu bayar?’. Akhirnya, dia tak pernah membayarnya langsung.
‘A’ turut mendakwa bahawa sekiranya mereka menolak permintaan Nam Joo-hyuk atau melakukan perkara yang menyebalkannya, pelakon dan kumpulan rakannya akan membuat bulatan sekeliling mereka dan memaksa orang yang dipilih mereka untuk berlawan sesama sendiri. Disebabkan ‘A’ tidak mahu bergaduh, dia memilih untuk dibelasah tanpa membalas apabila menghadapi situasi itu.
Pun begitu, agensi Nam Joo-hyuk dengan pantas memberi respon mengenai dakwaan terbaru ini. Kata mereka,
” Kami sudah mengesahkan yang ianya tidak berasas…”, kata agensi
Hmm….sabarlah Nam Joo-hyuk, gitulah bila dah popular dan dikenali ramai macam-macam la cerita keluar.
BACA LAGI : 9 K-Drama Terbaharu Sepanjang Februari Ini, Antaranya Lakonan Nam Joo Hyuk & Song Kang
Sumber : Soompi
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
UniMAP Ambil Langkah Kanan Sedia Makanan Percuma Sepanjang Exam Week

Selepas mendengar keluhan para pelajar daripada keluarga berpendapatan 40 peratus terendah (B40) dan asnaf miskin, Universiti Malaysia Perlis mengambil langkah kanan untuk memberikan bantuan dalam bentuk makanan percuma kepada pelajarnya.
Bantuan tersebut menurut Naib Chanselornya, Prod Datuk Dr Zul Azhar Zahid Jamal, adalah bagi memastikan pelajar mendapat makanan mencukupi sepanjang tempoh minggu ulang kaji dan peperiksaan. Ia juga bagi membantu pelajar kurang berkemampuan yang kadangkala terpaksa membantu keluarga di kampung dengan mengirimkan wang pinjaman dan zakat.
Kata beliau, inisiatif itu akan dimulakan pada minggu peperiksaan semester ini, bermula 27 Mei hingga 21 Jun akan datang.
Sebanyak 550 orang pelajar yang layak akan diberikan kupon makanan bernilai RM5 sehari, untuk setiap orang.
“Kebiasaannya, minggu peperiksaan pada hujung semester sedikit membebankan pelajar kerana sebahagian besar sudah kekurangan wang. Ada yang terpaksa berpuasa dan makan tidak mencukupi nutrien kerana kekangan wang,” kata beliau.
Bagi REMAJA, ia adalah satu usaha yang baik. RM5 sehari – meski kedengaran seperti sedikit – tetapi boleh sedikit sebanyak membantu mereka yang memerlukan.
Pada masa yang sama, REMAJA berharap agar pelajar di seluruh negara untuk lebih bijak mengaturkan perbelanjaan mereka sejak menerima bantuan biasiswa, zakat atau pinjaman pada awal semester.
Sebahagian daripada wang itu seharusnya diketepikan untuk kegunaan pada suku terakhir semester agar mereka tidak dibebani masalah RM0 wang belanja semasa minggu peperiksaan. Right?
Usaha UniMAP ini bagi REMAJA juga diaplikasikan juga di universiti awam (dan swasta) lain sekiranya masalah beban pembelian makanan juga dialami oleh pelajar di sana.
***
Dalam pada itu, REMAJA turut dimaklumkan bahawa UniMAP juga menyediakan peluang menjana pendapatan kepada pelajar menerusi program Foodcart dan kiosk keusahawanan. Di situ, pelajar boleh berniaga makanan dan minuman.
Skim Dedikasi Diri juga ditawarkan mirip peluang kerja separuh masa di mana, pelajar boleh berkerja di mana-mana pusat dan jabatan di UniMAP untuk tempoh kurang 5 jam sehari.
Kerja yang ditawarkan mirip kerja part time biasa bersesuaian dengan kemahiran pelajar seperti terjemahan, suntingan video, penyediaan slide dan tugasan pejabat.
Sumber: BHarian
10 Kedai Bundle Popular Wajib Dikunjung Di Sekitar Klang Valley

Baru-baru ini, menerusi sidang khas Majlis Keselamatan Negara yang dikendalikan oleh Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob beberapa sektor perniagaan peruncitan dimaklumkan boleh dibuka seperti biasa berkuat kuasa semalam 10 Februari 2021.
Antara sektor perniagaan peruncitan ini termasuklah kedai barangan pakaian terpakai ataupun bundle. Hal ini sudah tentu cukup mengembirakan terutamanya “kaki menyelam” atau orang yang suka barangan terpakai ini.
Bersempena pembukaan semula semua kedai bundle ini, kami senaraikan beberapa kedai bundle popular yang patut korang kunjungi disekitar KL dan Selangor.
Syaratnya, korang kena gigih sikit la nak pilih dan padankan ikut kesesuaian. Kalau dapat yang kena dengan taste korang, confirm orang tak sedar yang sebenarnya baju korang pakai tu hanya berharga RM5.
1. Baden Baden Bundle
Waktu operasi: Setiap hari, 10 pagi – 10 Malam
Lokasi/Cawangan: Setapak, Gombak, Seksyen U3 Subang, Taman Maju Jaya Petaling Jaya, Jalan Sungai Keranji, Port Dickson Batu 4 Dan 8, Tanjung Malim, Taman Indah Batu Gajah dan Masjid Tanah
2. JBR Bundle
Waktu operasi: Setiap Hari, 10 pagi – 10 malam
Lokasi/Cawangan: Klang, Sri Damansara, Balakong, Shah Alam, Hulu Langat, Kanchong Darat, Banting, dan Kajang
3. Brick & Bundle
Waktu operasi: Setiap hari, 10 pagi – 11 malam
Lokasi/Cawangan: Sungai Chua Kajang
4. OKGO Store
Waktu operasi: Selasa – Ahad, 12 tengah hari – 7 petang
Lokasi/Cawangan: Subang Jaya
5. Family Bundle
View this post on InstagramA post shared by Family Bundle Malaysia (@familybundlemalaysia) on
Waktu operasi: Setiap hari, 10 pagi – 10 malam
Lokasi/Cawangan: Kuala Lumpur, Selangor dan Perak
6. Bandoru Store
View this post on InstagramA post shared by Bandoru Store (@bandorumalaysia) on
Waktu operasi: Setiap hari, 10 pagi – 10 malam
Lokasi/Cawangan: Shah Alam, Cheras, Bangi, Ipoh, Johor Bahru, dan Tesco Seremban 2
7.Klumby
View this post on InstagramA post shared by Stylo : Kapitan : Klasik (@klumby.kl) on
Waktu operasi: Setiap hari
Lokasi/Cawangan: Tiada, kedai dalam talian (online)
8. Buntil Nostra Supply
View this post on InstagramA post shared by "BUNDLE SELECTED BRANDED" (@buntilnostrasupply) on
Waktu operasi: Setiap hari, 3 petang – 12.20 pagi
Lokasi/Cawangan: Batu 10 Kuala Lumpur
9. Jalan Jalan Japan
Waktu operasi: Setiap hari, 10 pagi – 10 malam
Lokasi/Cawangan: One City Sky Subang Jaya, KIP Mall Bangi, M3 Taman Melati, Shamelin Mall Cheras dan Rawang
10. 2nd Street
https://www.instagram.com/tv/CELk7TxB871/?utm_source=ig_web_copy_link
Waktu operasi: Setiap hari, 10 pagi – 10 malam
Lokasi/Cawangan: Subang Jaya, Bandar Utama dan KLTS
So, tak rugi pun beli di bundle ni tapi pastikan korang pandai menyelam. Kebanyakkan barang-barang dan baju terpakai ini masih cantik dan elok.
Apa tunggu lagi, lets la serbu kedai bundle ini pada hujung minggu nanti tapi SOP dan keselamatan diri jangan dilupa. Kita masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan, ingat tu!