Saban minggu, nama pelakon dan pengacara, Janna Nick pasti tidak pernah lekang daripada menduduki carta topik trending di Twitter.
Namun semuanya dilihat kerana kontroversi ‘perbalahan dengan warganet’ hingga menyeret namanya ke lubuk negativiti.
Kami sangkakan Janna sudah lali dengan cercaan yang dilontarkan kepadanya…tetapi satu lagi kontoroversi melandanya.
Kali ini, situasinya sedikit berbeza apabila Janna dikaitkan dengan seorang selebriti K-pop yang telah meninggal dunia kira-kira tiga tahun lalu iaitu Jonghyun, salah seorang ahli grup SHINee.
ARTIKEL BERKAITAN: Selepas Setahun, Selebriti Memperingati Tragedi Kematian Kim Jonghyun (SHINee) – REMAJA
BACA LAGI: Peminat Muslim Dihentam Kerana Beri Penghormatan Terakhir Kepada Kim Jonghyun – REMAJA
Biarpun sudah tiga tahun berlalu sejak video tular Janna dan pelakon, Sharifah Sakinah mengelakkan pemergian artis K-pop itu, nampakn K-Netz tidak mudah untuk melupakannya ya.
Lalu, demi memperbetulkan tanggapan orang ramai terhadap video yang kembali ditularkan itu, Janna memuat naik video baharu di akaun media sosialnya.
Sumber: Tangkap Layar Instagram @jannanick.
“Jujur demi Allah, saya tak tahu-menahu pasal video artis K-pop itu. Saya tak tahu pun Sakinah rakam video itu. Saya hanya gelak sahaja dalam video itu.
“Tapi kalau perkara ini dibesarkan sampai melibatkan emak saya, perkara ini sudah tak kelakar. Apa ini adik-adik? Jadi saya nak beritahu saya sumpah demi Allah saya tak tahu,” katanya sambil memegang Al-Quran ketika melakukan pengakuan itu.
Sumber: Tangkap Layar Instagram @jannanick.
Okay, Janna pun sudah perjelaskan semuanya, mengapakah warganet masih seakan berdendam dengannya?
Mengikut tinjauan REMAJA kepada kata-kata warganet mengenai isu ini, Janna kata mereka dilihat kembali ‘menghentam’ peminat K-pop yang disifatkannya melontarkan kata-kata yang terlalu kasar dan kesat.
“Segala kritikan kalau orang kutuk lakonan saya tak bagus, atau saya menyanyi tak sedap.. saya boleh terima. Kalau orang nak cakap arahan saya tak bagus pun saya boleh terima.
“Mungkin kadang-kadang saya terlebih cakap. Tapi apa yang awak rasa itu sama ke dengan apa yang saya rasa,” katanya yang merasakan dirinya difitnah dengan kata-kata segelintir warganet.
“Korang dah fitnah saya, korang expect saya nak minta maaf? Disebabkan saya tak suka nak layang benda-benda ini, tak apalah saya minta maaf walaupun saya tak puas hati.”
“Saya minta maaf kepada adik-adik peminat si mati, peminat fanatik K-pop. Saya minta maaf sekiranya saya tercuit dan perkara itu buatkan awak terasa. Saya minat maaf,” tuntas pelakon ‘Melastik Ke Hatimu’ itu.
Sumber: Tangkap Layar Twitter @jannanick.
Sehari selepas permohonan maaf Janna Nick itu dilakukan, hashtag #JannaNickIsGongToJailParty dilihat tiba-tiba bertebaran di radar Twitter Malaysia.
Rupa-rupanya, isu video dari tahun 2018 itu telah mendapat perhatian peminat K-pop dari Korea Selatan dan hashtag tersebut telah disokong oleh peminat di sana.
Bukan hanya isu mempersendakan mendiang Jonghyun yang membuatkan mereka tidak berpuas hati. Malah, mereka turut menyelar salah seorang karakter dalam telemovie arahan Janna ‘Delen’ yang diberikan nama Lisa Blackpig (merujuk kepada Lisa Blackpink).
Sumber: Tangkap Layar Instagram @jannanick.
Lantas mereka tidak membuang masa dengan mengutuk perbuatan Janna tersebut kerana tidak menghormati idol kegemaran mereka itu. Tinjauan REMAJA kepada akaun Instagram Janna Nick pula mendapati ia telah ‘kosong’ tanpa sebarang muat naik dan info.
Adakah Janna mengambil keputusan untuk menyahaktifkan akaunnya itu demi mendapat ketenangan buat sementara waktu atau akaunnya telah dinyahaktif kerana laporan peminat K-pop?
Mungkin benarlah telahan selebriti yang pernah terlibat dalam ‘perang’ bersama warganet sebelum ini, mereka tidak boleh menang apabila menentang mereka.
ARTIKEL BERKAITAN : Sedekad Dalam Industri, Janna Nick Kini Bergelar Pengarah Menerusi ‘Delen’ – REMAJA