Pasangan pelakon sensasi, Janna Nick dan Dini Schatzmann kembali menjadi tumpuan malam tadi apabila memilih untuk menyambut ulang tahun pertama perkahwinan mereka yang jatuh pada 10 Jun, hari ini.
Janna dan Dini memilih untuk meraikan tarikh istimewa itu di sebuah hotel terkemuka di ibu negara dalam suasana seperti majlis resepsi sebenar dengan menyertakan perarakan masuk ‘pengantin’ dan menjamu tetamu hidangan makan malam.
Malah, Janna dan Dini turut menyarungkan busana perkahwinan persis pengantin baharu dengan black tie. Janna sendiri kali ini memilih busana ballgown dempak dengan perincian sarat pada bahagian bodice dan lengkap dengan layah putih di kepala manakala Dini pula tampak segak dalam persalinan tux hitam.
Yang penting, kali ini Janna menggayakan gaun berpotongan lain berbanding yang pernah disarungkan olehnya ketika majlis terdahulu.
Dalam pada itu, Janna juga kembali mendapatkan khidmat jurusolek dari Thailand, Babara Beer. Beliau pernah merias Janna sewaktu majlis pernikahan mereka dilangsungkan di Langkawi pada tahun lalu dan ia mendapat liputan menyeluruh gara-gara nilai solekan Babara yang boleh mencecah RM10,000.
Iyalah, kahwin sekali sahaja seumur hidup. Tentulah Janna ingin mendapatkan efek ‘glass skin’ terbaik bagi hari bahagianya itu. Nampaknya kini, Janna sudahpun mendapatkan khidmat Babara sebanyak dua kali! Untung empunya badan dapat merasa sentuhan jurusolek terkenal itu.
Terdahulu, majlis perkahwinan Janna dan Dini yang berkonsepkan outdoor pernah menerima kritikan setelah ia dianggap menyerupai majlis pasangan Barat. Pelajar internet juga merasakan busana perkahwinan Janna pada waktu itu tidak sensitif dengan upacara tersebut memandangkan ia dihadiri oleh seorang ustaz ternama bagi memimpin bacaan doa.
View this post on Instagram
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.