Berita

Jasad Guru Muda Ditemui Peluk Murid Runtun Hati. Antara Korban Kebakaran Bas Sekolah Di Thailand

Share

Tragedi bas kemalangan dan terbakar yang meragut nyawa 23 hingga 25 pelajar tadika bersama tiga guru di Pathum Thani dekat Bangkok, Thailand pada 1 Oktober masih meninggalkan kesedihan dalam kalangan keluarga dan masyarakat.

ARTIKEL BERKAITAN : Guru Pedalaman Guna Elaun Sendiri Hias Kelas, Cipta Suasana Belajar Seperti Kafe!

GURU MUDA BERKORBAN HINGGA KE HUJUNG NYAWA

Malah, salah seorang daripada tiga guru yang maut ialah Cikgu Kanokwan Sripong menjadi tular kerana pengorbanannya sehingga ke akhir nyawa.

Cikgu Kanokwan Sripong

Difahamkan, ibu guru berkenaan tersebut cuba menghubunginya namun tidak mendapat jawapan. Lebih memilukan, guru muda itu baru sahaja menghadiri majlis graduasinya pada 26 September lalu.

Pasukan penyelamat yang menemui mayatnya dan melaporkan bahawa dia ditemui sedang memeluk seorang muridnya.

“Dia adalah salah seorang guru kehilangan nyawa mereka dalam kebakaran bas di Thailand yang turut membawa pelajar tadika pulang dari lawatan. Bersamanya, dua lagi guru dan 22 kanak-kanak maut dalam kemalangan itu.

“Sehingga nafas terakhirnya, dia melindungi murid. Menggunakan badannya sebagai perisai. Jasad Cikgu Kanokwan ditemukan didapati memegang seorang kanak-kanak dalam pelukannya.

“Jika anak-anak anda dikurniakan seorang guru yang benar-benar mengambil berat terhadap mereka seperti anak mereka sendiri, anda bertuah.

“Tenanglah, Cikgu Kanokwan, guru-guru dan anak-anak kecil yang terkorban,” titip sebuah page di Facebook.

Menurut pesuruhjaya sains forensik Trairong Phiwpan, seramai 25 mangsa yang maut telah telah dikenal pasti dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Punca Dari Tayar Meletup

Memetik laporan KhaoSod, bas yang membawa 44 ahli rombongan sekolah temasuk pelajar usia tiga hingga sembilan tahun dan guru Sekolah Wat Khao Phra Ya Sangkharam, wilayah Uthai Thani dikatakan dalam perjalanan dari Ayutthaya Historical Park dan menuju ke pusat pembelajaran Pejabat Penjanaan Elektrik Phra Ram 6 di daerah Bang Kruay Nonthaburi.

bas terbakar

Namun apabila tiba di pinggir bandar Nonthaburi di utara Bangkok, tayar bas berkenaan pecah menyebabkan kenderaan itu terbabas dan hilang kawalan lalu merempuh penghadang jalan.

Kemalangan yang berlaku mencetuskan api pada tangki bahan bakar kenderaan yang menggunakan gas mampat itu.

Rakaman video kebakaran yang menunjukkan api menyambar bas ketika ia terbakar di bawah jejantas dan asap hitam pekat berkepul-kepul beredar di laman sosial meruntun hati warganet.

PEMANDU SERAH DIRI

Memetik laporan Thaiger, tindakan pemandu berkenaan, Saman Chanphut, 48, yang sempat menyelamatkan lapan murid sebelum melarikan diri selepas cuba memadamkan kebakaran menerima pelbagai reaksi daripada orang ramai.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagramTikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

BACA LAGI : Tidak Mahu Pelajar Tercicir Dalam PdPR, Guru Jadikan Perahu Sebagai ‘Bilik Darjah’ Di Sabah

 

 

Published by
Nana