Cantik dalam busana Rızman Ruzaini. Foto: Blackpepper Production

Kemenangan gadis asal Sarawak berketurunan Kayan-Kenyah-Iban ternyata menggembirakan ramai penggemar dunia ratu cantik tanah air. Setelah lama kemenangan pertandingan Miss Universe Malaysia berpihak kepada gadis-gadis berketurunan Pan-Asia, India, Punjabi dan Cina, akhirnya Francisca Berjaya memecahkan monopoli tersebut.

Sejak awal pertandingan lagi, dia sudah dijangka bakal memberikan saingan sengit dan menerima dukungan hebat pageant lovers tempatan. Apabila dia mendaftarkan diri untuk menyertai pertandingan ini sebagai salah seorang finalis Miss Universe Malaysia 2020 usaha yang dilakukan untuk menyerlahkan dirinya cukup kuat, biarpun terpaksa kuarantin dek Covid-19.

Jatuh Dua Kali, Bangkit Berkali-Kali. Francisca Luhong Lambang Erti Tak Mudah Mengalah.
Francisca bersama Top 4 Miss Universe Malaysia 2020. Serene Chai, Charissa & Neha Verma.

Cantik menggayakan rekaan Rizman Ruzaini berwarna merah jambu terang di pentas akhir Miss Universe Malaysia malam semalam, gadis berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa dalam bidang Perhubungan Awam dari Universiti Teknologi MARA ini sebenarnya bukanlah wajah baru dalam dunia ratu cantik.

Ads
Jatuh Dua Kali, Bangkit Berkali-Kali. Francisca Luhong Lambang Erti Tak Mudah Mengalah.
Ketika Menghadiri Majlis Konvokesyen di UiTM

Sebelum berjaya memenangi mahkota Miss Universe Malaysia, dia sudah dua kali menyertai pertandingan Miss World Malaysia sebelum ini. Kali pertama pada tahun 2016 dan kali kedua pada tahun 2018. Menariknya pada edisi 2016, Shweta Sekhon yang merupakan Miss Universe Malaysia 2019 juga merupakan peserta pertandingan tersebut.

Jatuh Dua Kali, Bangkit Berkali-Kali. Francisca Luhong Lambang Erti Tak Mudah Mengalah.
Francisca dan Shweta ketika menyertai Miss World Malaysia 2016. Akhirnya bertemu kembali di pentas Miss Universe Malaysia sebagai Juara.

Mereka berdua sama-sama berada dalam senarai lima terbaik menyaksikan Francisca berada di tempat kelima manakala Shweta pula berpuas hati di tempat ketiga. Setelah tidak berjaya pada tahun 2016, sekali lagi gadis berkulit sawo matang ini mencuba nasib bagi edisi 2018 dan dia perlu berpuas hati apabila sekadar diumumkan sebagai finalis top 5 biarpun dipilih sebagai People Choice Award.

Ads
Jatuh Dua Kali, Bangkit Berkali-Kali. Francisca Luhong Lambang Erti Tak Mudah Mengalah.
Francisca (kanan sekali) di pentas akhir Miss World 2018.

Dua kali gagal bukan bermakna perjuangan harus terhenti, dia tidak berputus asa dan berkat usahanya yang tidak kenal erti lelah akhirnya dia akan mewakili Malaysia di pentas pertandingan ratu cantik nombor satu dunia ini. Sikap positif yang ditonjolkan harus dicontohi dalam apa jua keadaan dalam hidup kita. Gagal bukan bererti kalah, sebaliknya mendidik untuk menjadi yang terbaik.

Tahniah Remaja ucapkan kepada Francisca Luhong James. You are truly a warrior! Selain memenangi anugerah utama sebagai Miss Universe Malaysia, Fran turut memenangi dua gelaran sampingan iaitu Best in Evening Gown dan Miss Auto Bavaria Elegance.

Ads

***P/S – Tak sabar nak tengok Evening Gown & National Costume Francisca nanti!

KREDIT FOTO: Instagram Francisca, Blackpepper Production, Miss Universe Malaysia & Miss World Malaysia

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI