Tinggi tinggi Gunung Kinabalu, tinggi lagi sayang sama kamu
Umum mengetahui bahawa kemegahan Gunung Kinabalu tidak dapat disangkal lagi. Dari lirik lagu hinggalah ke wang kertas, semua memaparkan kecantikan gunung tertinggi di Malaysia tersebut.
Nobutaka Sada yang masih kekal ceria setelah menakluk Gunung Kinabalu.
Bagi sesetengah daripada anda yang mencari pengembaraan, cabaran mendaki gunung sememangnya sesuatu yang patut anda sahut. Namun, mendaki Gunung Kinabalu bukan sesuatu perkara yang boleh dianggap mudah. Suhu yang amat sejuk dan kondisi cuaca yang tidak menentu memerlukan ketahanan diri yang kuat bagi sesiapa yang ingin menaklukinya.
Maka, alangkah terkejutnya warganet apabila muncul video seorang lelaki Jepun mendaki gunung tersebut sambil memakai sut perniagaan lengkap dan kasut kulit.
Lelaki yang kemudiannya didedahkan sebagai Nobutaka Sada, seorang tukang jahit sebenarnya bertujuan untuk mempromosikan perniagaan sut keluarganya. Warganegara Jepun itu mengambil keputusan untuk menguji tahan kelasakan produknya dengan cara mendaki gunung tertinggi di Malaysia tersebut.
Ads
Tangkap layar video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok memperlihatkan lelaki warga Jepun berpakaian sut.
Dia kemudiannya tampil di laman Facebook untuk berkongsi pengalamannya mendaki Gunung Kinabalu sambil berpakaian sut.
“Sut SADA ternyata sesuai untuk mendaki Gunung Kinabalu. Kami mendaki hampir 2,300m ketinggian dari paras laut dalam kelembapan tropika, dan dihujani, tetapi sut SADA kekal tahan untuk menghadiri mesyuarat perniagaan,” ujar beliau.
Menjenguk ke ruangan komen, rata-rata warganet terpaku dan terhibur akan situasi tersebut.
Ads
“Company salah pin location interview,” komen seorang pengguna.
“Abang ni khabarnya sampai hari ini belum jumpa ofis dia,” seloroh seorang pengguna.
Sehingga kini, video klip itu telah meraih lebih daripada 296,000 tontonan dan 34,700 tanda suka, dengan ramai yang memuji kecekalan tukang jahit tersebut dalam mempromosikan perniagaannya.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: KOSMO
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setelah tempoh 61 tahun, Malaysia hari ini menyaksikan satu detik bersejarah berlaku apabila Barisan Nasional tewas kepada parti Pakatan Harapan.
Berada di bawah kepimpinan mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed, kerajaan baru diumumkan secara rasmi setelah mereka memenangi majoriti mudah 112 kerusi daripada sejumlah 222 buah kerusi Parlimen.
Esok, Tun Dr. Mahathir dijangka akan menghadap Yang Dipertuan Agong, Sultan Muhammad V bagi perlantikan dan angkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia.
Tan Sri Muhyiddin Yassin pula dijangka akan bertemu Sultan Johor serta kerabat Istana Johor bagi sebuah perbincangan tertutup.
Sementara itu, menarik untuk kita nantikan kenyataan Tun Dr Mahathir sebentar tadi apabila beliau menyatakan tentang usaha permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dijadualkan keluar dari penjara pada Jun kelak. Adakah beliau pula calon Perdana Menteri selepas ini?
Tun Dr. Mahathir juga dilihat bersifat positif dan mengelak daripada melihat kemenangan malam (ke pagi?) ini sebagai tindakan balas dendam terhadap parti lama beliau, Barisan Nasional. Namun, beliau memandang Pilihan Raya Umum ke-14 sebagai satu simbol sistem demokrasi.
Apa-apapun, REMAJA doakan agar tempoh beberapa hari selepas ini dapat berjalan dengan tenang dan profesional tanpa sebarang rusuhan mahupun kekecohan.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Varian Delta yang sebelum ini menganas di India kini dilaporkan telah melarat ke Indonesia. Negara seberang itu sedang berdepan lonjakan kes ketara akibat penularan pesat varian tersebut dan yang paling teruk terjejas di rantau Asia Tenggara.
Lebih membimbangkan adalah apabila sistem kesihatan Indonesia dikhuatiri boleh lumpuh pada bila-bila masa apabila semakin banyak hospital tidak dapat menampung keperluan pesakit COVID-19 yang kian kekurangan katil dan bekalan oksigen.
Atas dasar kemanusiaan, bintang YouTube dan media sosial popular Indonesia, Atta Halilintar telah menggerakkan tabung sumbangan untuk membeli tangki oksigen bagi merawat pesakit Covid-19.
Menurut laporan media Indonesia, selepas dua hari ia dilancarkan, dana yang terkumpul setakat ini telah mencapai Rp227 juta atau lebih kurang RM65,000. Ia menghampiri setengah daripada sasaran sumbangan mereka iaitu Rp500 juta.
Suami kepada Aurel Hermansyah ini berterima kasih atas keprihatinan masyarakat dan sedang terus mengumpulkan dana untuk membelikan silinder oksigen. Walaupun jumlah terkumpul adalah memberangsangkan, sumbangan tetap akan dibuka bermula Isnin lalu (5/7/2021) hingga ke bulan berikutnya.
Menurut kerajaan Indonesia, kadar pengebumian harian mangsa Covid-19 telah meningkat 10 kali ganda sejak Mei lalu. Direkodkan, hampir 1000 kakitangan perubatan Indonesia maut akibat COVID-19 termasuk 12 orang yang sudah menerima suntikan dos vaksin.
Moga yang baik-baik sahaja untuk negara jiran kita ini.
Laman media sosial ketika ini, hangat menjadi bualan warganet apabila satu video tular yang memaparkan paras air laut di Jakarta dikatakan semakin meningkat.
Menerusi satu hantaran klip video yang dimuat naik di laman TikTok @akuajaibbb, dilihat paras air laut tersebut telah melepasi separuh daripada ketinggian tembok di sebelah kawasan pejalan kaki yang menjadi laluan penduduk setempat.
Dek kerana itu juga, di tambah pula dengan cuaca yang tidak menentu pada waktu ini, penduduk di sekitar Jakarta turut berkongsikan beberapa klip video menunjukkan kawasan tersebut mengalami air takungan yang deras.
Menjengah ke ruangan, rata-rata warganet meluahkan rasa bimbang apabila melihat keadaan paras air laut di ibu kota Indonesia semakin meningkat. Selain ada juga yang menitipkan doa agar tidak berlaku perkara yang diingini, yang dapat membahayakan keselamatan penduduk di bandar itu.
Terdahulu, Presiden Indonesia, Joko Widodo telah mengumumkan pemindahan ibu kota Indonesia dari Jakarta ke Kalimantan Timur berikutan faktor bencana seperti banjir dan gempa bumi serta populasi penduduk melebihi 10 juta. Ia bagaimanapun akan dilakukan secara berperingkat.
Selain itu, Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden juga pernah mengeluarkan satu kenyataan bahawa ibu kota Indonesia itu berpotensi untuk tenggelam dalam tempoh 10 tahun akan datang akibat kesan daripada pemanasan global.
Menerusi laporan Harian Metro sebelum ini, tembok konkrit yang dibina sepanjang 24 kilometer (KM) semakin merekah dek kerana arus air yang deras, menyebabkan air mula memasuki kawasan yang berisiko tinggi untuk banjir.
Darurat iklim itu merisaukan ramai pihak kerana kebarangkalian untuk bandar pesat itu tenggelam sepenuhnya sebelum tahun 2030 selepas melihat peningkataan paras air yang semakin membimbangkan.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Nama Kasih Iris Leona mungkin sudah tidak asing lagi dalam dunia media sosial tempatan.
Dalam satu hantaran di Instagram Story baru-baru ini, anak kepada pelakon...