Jauhi 10 Perkara Ini Ketika Petir! Malaysia Negara Ke-3 Di Dunia Paling Banyak Ribut Petir

Share

Kejadian pemain bola warganegara Myammar maut dan tiga cedera disambar kilat ketika bermain bola bukan perkara pertama terjadi di negara ini. Sudah banyak kejadian individu disambar petir ketika berada di atas padang. Tahun lalu, tiga orang peserta futsal LiSUS peringkat kebangsaan  dipanah petir di Padang MSN Bukit Jalil ketika bertanding dalam kejohanan sukan itu November tahun lalu.

Memandangkan sekarang musim hujan dan ribut petir, ada perkara yang harus diberi perhatian dan amat penting untuk kita pelajari dan harus ketahui demi menjadi mangsa.

 

Fakta dikeluarkan oleh MET Malaysia yang perlu kita ambil tahu

Baca perkongsian  Jabatan Meteorologi Malaysia, MET Malaysia mengenai petir yang perlu kita tahu.

Ribut Petir yang ekstrem boleh terjadi dari awan komulunimbus (menurut Wikipedia ialah sejenis awan yang tinggi, padat dan terlibat dalam ribut petir dan cuaca sejuk dan lembap lain. Cumulonimbus {kumulonimbus) berasal daripada Bahasa Latin. Comulus “mengumpulkan” dan nimbus “hujan”. Ia disebabkan ketidakstabilan atmosfera. Awan kumulonimbus terbentuk daripada awan cumulus (dari cumulus congestus) dan seterusnya berkembang menjadi supersel, ribut petir kuat dengan ciri istimewa.

Lebih ketara sebenarnya, Malaysia berada di kedudukan tangga ke 3 negara paling banyak mengalami ribut petir ( pertama adalah  Rwanda diikuti Congo. Malaysia menerima ribut petir dengan purata 190 hari kejadian dalam setahun)

Rekod Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) juga menunjukkan kawasan Subang di Selangor pernah mencatat kejadian petir tertinggi iaitu 362 hari sepanjang tahun 1987.

Petir yang terjadi semalam menjadi tragedi kepada individu yang berada di padang bola dan dikatakan memegang telefon bimbit
Kejadian semalam mengorbankan seorang remaja berusia 19 tahun, seorang lagi koma manakala dua lagi cedera dan kini dirawat di hospital

INFO

Ketika hujan lebat dan petir, perkara penting perlu diketahui bagi melindungi diri daripada disambar kilat.

# Tiada satu tempat di luar yang selamat jika ribut petir berlaku di kawasan berkenaan.

# Jika mendengar guruh di langit, ketahuilah kilat atau petir adalah cukup dekat untuk menyambar anda.

# Apabila mendengar guruh, segera beralih ke tempat perlindungan lebih selamat.

# Contoh tempat berlindung yang selamat adalah bangunan besar atau di dalam kenderaan bertutup dan berbumbung besi.

# Tunggu di tempat perlindungan selamat itu sekurang-kurangnya 30 minit selepas anda mendengar guruh terakhir.

Tip keselamatan ketika berada di dalam bangunan

# Jauhi kabel telefon, komputer dan peralatan elektrik lain yang akan meletakkan anda dalam hubungan secara langsung dengan elektrik.
# Jauhi paip tembaga atau besi, termasuk sinki, tab mandi dan kepala paip.
# Jauhi tingkap dan pintu atau berehat di luar anjung.
# Jangan berbaring di atas lantai konkrit atau bersandar pada dinding konkrit.

Jika terperangkap di luar, langkah ini boleh mengurangkan risiko dipanah petir.

# Segera turun dari kawasan tinggi seperti bukit, rabung atau puncak gunung
# Jangan berbaring di atas tanah
# Jangan menggunakan pokok sebagai tempat berlindung
# Jangan menggunakan tebing atau kawasan berbatu untuk berlindung
# Segera keluar dan jauhi kolam, tasik dan takungan air
# Jauhi objek yang boleh mengalirkan elektrik (pagar kawat berduri, talian elektrik atau telefon dan lain-lain.)

Jika seseorang dipanah petir:

# Jangan bimbang, mangsa tidak membawa sebarang cas elektrik, malahan mangsa mungkin memerlukan perubatan dan perhatian segera.

# Awasi keadaan mangsa dan mulakan bantuan pernafasan kecemasan (CPR), jika perlu.

# Hubungi talian 999 untuk bantuan

Sumber info : Berita Harian

 

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros