Peletakan jawatan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berlaku hari ini mendatangkan satu perasaan de javu yang dirasai oleh rakyat.
Ini memandangkan Malaysia baru saja berdepan senario yang seakan sama pada awal tahun lalu.
Jika pada tahun 2020, Tun Dr Mahathir menjadi individu yang melepaskan jawatan tersebut. Kali ini, giliran pengganti posisi kerusi panas itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula melakukan perkara sama.
ARTIKEL BERKAITAN : “Saya Umur Dah 94, Mana Boleh Tahan” Tun M Tetap Akan Letak Jawatan – REMAJA
Pretty similar situations with pretty similar characters involved, if you ask us. Tun Dr Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin masing-masing dilantik sebagai Perdana Menteri sementara menunggu pelantikan Perdana Menteri baharu.
Cuma, bezanya adalah penggunaan istilah yang digunakan.
Sekiranya Tun Dr Mahathir menggunakan gelaran Perdana Menteri Interim, Tan Sri Muhyiddin pula memilih gelaran Perdana Menteri Caretaker. Adakah kedua-duanya jauh berbeza?
Seingat penulis, semasa ‘interim’ diperkenalkan pada tahun lalu, ramai mendakwa istilah itu tidak pernah wujud dalam Perlembagaan Persekutuan dan sistem perundangan Malaysia.
Malah, ada yang berkata ‘interim’ bukanlah istilah yang tepat untuk digunakan pada waktu itu kerana peletakan jawatan oleh Perdana Menteri tidak berlaku akibat situasi kekecohan atau darurat dalam negara atau kepada diri beliau. Ia berlaku di atas kehendak Perdana Menteri itu sendiri.
BACA LAGI : Tiada Istilah Ini Dalam Perlembagaan, Apa Sebenarnya Maksud PM ‘Interim’? – REMAJA
Apapun, sebagai seorang Perdana Menteri Interim, Tun Dr Mahathir memangku tugasan sebagai Timbalan Perdana Menteri (kerana Kabinet termasuk Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Sri Wan Azizah telah menyerahkan surat peletakan jawatan), tugas para menteri, timbalan menteri dan setiausaha politik.
BACA LAGI : Doa Terakhir Iringi Peletakan Jawatan Perdana Menteri Malaysia – REMAJA
Sementara itu, istilah ‘Perdana Menteri Caretaker’ yang digunakan Tan Sri Muhyiddin Yassin pula kata pakar merujuk kepada perlaksanaan tugas oleh beliau berdasarkan nasihat YDP Agong dan Peguam Negara. Seorang Perdana Menteri Caretaker mempunyai keterbatasan kuasa tanpa mempunyai jemaah menteri atau kerajaan bersamanya. Ini bermaksud, beliau tidak boleh meluluskan peruntukan kewangan besar dan tidak boleh membuat keputusan utama untuk Malaysia.
Kata Perdana Menteri kelapan Malaysia itu pada sebelah petang tadi, beliau tidak lagi perlu ke pejabat milik Perdana Menteri untuk melaksanakan tugasnya ituu. Beliau akan berkhidmat untuk menasihati YDP Agong sekiranya baginda memanggilnya menghadap.
*
Kesimpulannya, penggunaan istilah Interim dan Caretaker ini pada asasnya adalah sama saja.
Sebagai jawatan yang bersifat sementara, ia tidak sama sekali menyerupai kuasa seperti Perdana Menteri biasa yang dilantik mengikut Perkara 43(2)(b) dalam Perlembagaan.
Sebaliknya, seorang Perdana Menteri ‘Interim’ atau ‘Caretaker’ dilantik mengikut kuasa YDP Agong secara umum mengikut Perkara 32(1) dan Perkara 39 untuk menguruskan pentadbiran negara dan melancarkan proses pelantikan Perdana Menteri baharu sementara menunggu tarikh tersebut.