Menurutnya, dia sendiri mengakui bahawa markah mereka semua hampir sama, namun yang terselamat adalah yang terbaik di kalangan yang terbaik.
“Jadi cabaran untuk kali ini mungkin ada kelebihan untuk segelintir finalis yang memang pencipta kandungan, pandai bercakap ataupun yang berani.
“Mungkin juga menjadi kekurangan kepada yang tidak biasa dengan semua ini atau tidak berani dengan kawasan yang gelap dan sunyi.
Ads
“Tetapi yang kita utamakan adalah menyelesaikan tugasan yang diberi mengikut piawaian yang disediakan. Boleh dikatakan markah di antara mereka tidak jauh pun beza, cumanya yang selamat adalah yang terbaik di kalangan yang terbaik,” katanya.
Bagi mentor dan juri tetap Hero Dewi Remaja 2023, Scha Al Yahya pula, dia turut mengakui agak sukar untuk membuat keputusan pada cabaran bagi kali ini memandangkan setiap finalis telah melakukan sehabis baik mereka.
“Saya setuju dengan apa yang Fikry perkatakan, apabila kita dah sampai episod yang hujung-hujung ini, tugasan kita adalah untuk penyingkiran jugalah. Tidak mungkinlah kita nak membawa semua ke final.
Ads
“Tetapi markah secara totalnya semua rapat dan hampir sama. Jadi, kita hanya pilih yang terbaiklah. Saya rasa ia bergantung juga kepada usaha tuah dan rezeki kita. Insya-Allah yang terbaik itu akan menonjol,” ujarnya.
Mengulas lanjut, isteri kepada pengacara terkenal, Awal Ashaari itu antara finalis yang sangat memberi kesan kepadanya adalah Hero Jaysong kerana dia merupakan salah seorang peserta yang konsisten dalam setiap cabaran.
“Bersama dengan mereka setiap minggu, saya terkejut ada yang sangat berpotensi tetapi tiada rezeki. Jadi, saya berdoa agar mereka tidak berputus asa.
“Antara yang meninggalkan kesan bagi saya ialah Jaysong kerana dia sangat konsisten dan juga seorang pencipta kandungan. Malangnya rezeki terhenti di minggu ini,” jelasnya.
Ads
Bukan itu sahaja, hos dan penyampai radio Hitz FM, Keanu Azman yang turut ditugaskan sebagai juri jemputan pada minggu ini memaklumkan hasil video Hero Jay Iskandar dan Dewi Myra telah memberi impak yang sangat besar buatnya, sehingga finalis tersebut berjaya mencuri hati juri untuk diserap masuk semula.
“Sebenarnya, Myra dan Jay Iskandar. Dua video mereka yang memberi impak yang sangat besar bagi saya. Ia kerana, saya sukakan pencipta kandungan yang menyentuhkan emosi juga.
“Mereka bukan sahaja memberi informasi mengenai rumah tersebut, namun mereka juga memberi emosi dan pengalaman visual kepada penonton,” katanya.
Saksikan Hero Dewi Remaja 2023, Jumaat, 10.00 malam di Astro Ria dan Strim di Astro GO dan teruskan mengundi finalis kegemaran anda di https://bit.ly/47L8Mbw bagi memilih Hero Favourite & Dewi Favourite serta undi pasangan kegemaran anda sebagai Best Chemistry Duo.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Peluang untuk muncul dalam program Darah Muda kelolaan Bernama pada malam ini meletakkan Dewi Remaja 2019, Shaza Bae diletakkan di ‘kerusi panas’ ketika membincangkan soal gender.
Dengan tajuk ‘Jual Rupa atau Bakat’, minoriti masyarakat masih memandang barisan juara Dewi Remaja sebelum ini sebagai golongan yang hanya mempunyai rupa paras tetapi tidak boleh menyumbang ke arah lain.
Hakikatnya, stigma itu semakin berubah apabila Dewi Remaja sudah memasuki musim ke-11 pada tahun lalu.
Masyarakat semakin bijak menilai dan membezakan personaliti yang hanya bergantung pada rupa dan personaliti yang mempunyai pakej lengkap untuk bertahan bagi tempoh lama.
Malah, wanita sekarang bukan lagi golongan yang sekadar ingin mencantikkan diri tetapi mereka adalah golongan yang mampu menyumbang kepada keluarga, masyarakat dan negara.
*
Lalu, pengendali program iaitu Suhaimi Muhammad dan Irfan Faruqi bertanyakan soal diskriminasi terhadap wanita di Malaysia sekarang, terutamanya faktor gaji yang tak seimbang walaupun berkebolehan.
Kata Shaza, “Ya betul. Saya juga pernah terbaca mengenai isu gaji lelaki masih tinggi berbanding wanita di Malaysia. Diskriminasi dari segi itu, mungkin kita masih di takuk yang sama.
“Tetapi, saya merasakan Malaysia sedang bergerak maju ke arah yang lebih baik untuk tidak meletakkan wanita di tangga kedua hanya disebabkan jantinanya. Saya sendiri merasakan diri saya perlu bekerja lebih keras lagi selepas memenangi gelaran Dewi Remaja.
“Ini kerana saya memilih bukan saja bidang seni hiburan sebagai kerjaya tetapi juga bidang pendidikan sebagai seorang pensyarah separuh masa. Saya sedang belajar untuk selarikan kedua-dua bidang ini.”
*
Jika wanita sekarang semakin ke hadapan dari segi karier, bagaimana pula jika lelaki mengambil tanggungjawab sebagai seorang sura rumah (house husband)?
“Saya masih sedikit tradisional untuk hal ini. Bagi saya jika wanita giat bekerja, lelaki juga perlu giat bekerja.
“Sama ada gaji sama tinggi atau lelaki lebih rendah daripada perempuan, itu bukanlah persoalannya. Yang penting lelaki harus turut sama memberi (contribute) dalam rumah tangga. Malah, lelaki perlu memberi lebih lagi daripada perempuan,” kata Shaza.
Bagaimana pula persoalan remaja di Malaysia yang melihat duit itu penting sebelum mampu berkahwin. Jika si lelaki tidak mampu untuk memberi sepenuhnya kepada majlis perkahwinan seperti yang diidam-idamkan oleh wanita, adakah itu bermakna dia masih tak ditakdirkan untuk menamatkan zaman bujang?
“Realistiknya, wang itu memang perlu kalau nak berkahwin.
“Tapi jika ada komunikasi, persefahaman dan betul-betul mencintai, segalanya boleh dibawa berbincang. Jika kahwin sebabkan duit saja, lebih baik tak perlu (kahwin).”
*
Sejak awal kemunculan dalam pencarian Dewi Remaja 2019 lagi, Shaza begitu meminati personaliti wanita dari Makassar Indonesia iaitu Najwa Shihab. Najwa yang merupakan pembaca berita dilihat Shaza mempunyai persamaan dengan dirinya.
“Saya ini seorang yang suka bercerita dan Najwa juga begitu. Dia menyentuh semua isu; hiburan, sedikit hal politik dan ekonomik serta isu semasa juga.
“Dan saya juga ingin sekali juga untuk menjadi berjaya seperti beliau. Kalau Najwa boleh, perempuan lain semuda saya juga boleh.”
Korang boleh menonton temu ramah penuh Shaza Bae bersama program Darah Muda di bawah:
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Beberapa minggu yang mencabar bagi sebahagian besar masyarakat di Malaysia dek bencana banjir besar di beberapa buah negeri telah membuatkan ramai tampil ke hadapan bagi menyantuni mangsa yang terlibat.
Terbaru, empat orang finalis pencarian Hero Remaja 2021 telah ke empat buat daerah di Pagang sempena misi Misi Khas Bantuan Banjir Pahang yang dikendalikan oleh Skuad Hero Muda Prihatin pada 5 Januari hingga 6 Januari 2022 lalu.
Ini termasuklah di daerah Chenor, Jerantut, Temerloh dan Mentakab.
Empat finalis terlibat iaitu Alif Haiqal, Aryan Naim, Farhan Nordin dan Syazani Zainal telah menyertai lebih 30 orang sukarelawan lain yang tampil proaktif, turun padang dan menghulurkan bantuan pascabanjir
Misi ini juga secara tidak langsung adalah peluang terbaik bagi mereka yang terlibat untuk mengajak lebih ramai remaja serta belia tempatan untuk menyertai lebih banyak misi sedemikian rupa pada masa akan datang; atas niat keprihatinan dan semangat perpaduan masyarakat di negara ini.
Kongsi Penganjur Skuad Hero Muda Prihatin iaitu Waffiy Norazmi, selain meringkan bebanan mangsa; misi di Pahang yang disertai empat finalis tersebut sedikit-sebanyak menghiburkan wajah-wajah mereka yang berada di sana yang bergelar peminat finalis Hero Remaja 2021.
Bagi misi pertama Skuad Hero Muda Prihatin ini, mereka berjaya mengagihkan bag bantuan, dapur gas dan toto kepada lebih 20 buah rumah di empat buah daerah tersebut. Kongsi Waffiy, selepas ini mereka bakal meneruskan misi tersebut di lokasi berlainan termasuk ke negeri Kelantan dan Johor yang turut terkesan dengan bencana banjir.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hadir sebagai pendatang baru yang semakin meningkat namanya dalam industri lakonan, Meerqeen kini boleh tersenyum lebar apabila satu-persatu naskah sentuhannya ‘menjadi’ dan diminati ramai.
Terbaru, Meerqeen mendedahkan kepada REMAJA baru-baru ini bahawa tidak lama lagi, dirinya bakal menyertai sebuah produksi di Indonesia bagi menjalani penggambaran sebuah filem.
“Selepas Melur Untuk Firdaus (musim kedua), akan ada satu langkah kanan saya ke industri luar. (Ia) salah satu (projek) terbesar dalam kerjaya saya setakat ini.
“Filem. Saya akan jayakan sebuah filem bergenrekan seram. Pelakon-pelakon pun hebat-hebat belaka.. dari sana (ketawa). Pengarah juga seorang yang power juga. Saya tidak sabar dan teruja menantikannya. Doakan saya yang terbaik,” ujar Meerqeen.
Pemenang tempat ketiga pencarian Hero Remaja 2020 itu juga menggambarkan bahawa peluang yang diterimanya ini adalah hasil usahanya serta pasukan yang sentiasa bergiat aktif bagi memastikan kalendar tahunan Meerqeen tidak dibiarkan sepi tanpa projek terbaru. Antara percubaan awal mereka untuk menembusi pasaran Indonesia adalah menerusi drama bersiri web, Modus Operandi.
“Sedikit sebanyak mereka telah ‘nampak’ kelibat saya menerusi siri web yang dihasilkan oleh sebuah produksi Indonesia.
“Sebagai seorang pendatang baharu di sana, bagi apa-apa projek lakonan baharu tentunya saya perlu memberikan 200 peratus usaha dan tenaga. Jadi dengan usaha yang saya berikan menerusi projek pertama tempoh hari, ada rezeki lain yang sampai. Alhamdulillah,” luahnya lagi.
Mengenai persediaan Meerqeen sebelum melangkah masuk ke set penggambaran filem tersebut, dia mengakui ia memerlukan tempoh persediaan yang agak panjang demi memastikan segalanya sempurna dari pelbagai sudut.
“Orang cakap, I will go all out for this time. Saya sudah ‘bercuti’ sebentar dari April hingga Ogos demi memberi fokus kepada satu naskah ini sahaja. Tempoh yang agak lama ini perlu agar saya boleh ‘membuang’ karakter daripada projek lakonan terdahulu dan benar-benar menghayati sisi karakter baharu yang peminat belum pernah lihat sebelum ini daripada saya.”
@remaja.my Kalau korang dah ‘petak’ nak pilih baju apa untuk pergi open house nanti, bolehlah cuba koleksi PUMA Raya – Memori Aidilfitri ni 💙 Lelaki perempuan ada, bukan sahaja didatangkan dalam satu warna. Boleh lah matching-matching untuk couple! 😍 Dapatkannya di stor PUMA seluruh negara ataupun kunjungi laman web https://rebrand.ly/SS23HariRayaMY-Remaja #PUMAMY#PUMARAYA#majalahremaja#remaja#remajamalaysia♬ original sound – Remaja
Tanpa ingin mendedahkan sebarang spoiler, Meerqeen bagaimanapun berkongsi bahawa projek filem ini memerlukan dia berdedikasi untuk memperolehi fizikal tegap di gym dan menguasai teknik seni mempertahankan diri selain memperbaiki lagi skil lakonannya.
“2023 adalah tahun untuk kita sama-sama menyaksikan naskah-naskah yang ‘jelita’ daripada saya. Banyak kejutan dan ‘buah tangan’ yang ingin saya berikan kepada anda semua,” simpulnya.
Sama-sama kita nantikan update terbaru daripada Meerqeen, okay!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Isu peminat fanatik yang tidak 'merestui' hubungan percintaan yang terjalin antara bintang K-pop dari Korea Selatan bukan satu isu yang baharu timbul.Sejak era generasi...