Selain program realiti TV, pertandingan nyanyian masih lagi menjadi natara platform mencungkil bakat baru nyanyian yang tetap popular. Malah, ramai penyanyi-penyanyi yang sudah mencipta nama kini memulakan karier muzik mereka dengan pertandingan nyanyian.
Melihatkan potensi besar bakat-bakat nyanyian di Malaysia, pengedar dan jenama audio terkenal iaitu Hot Gadgets Distributions Sdn. Bhd. bersama JBL Malaysia dan Sunway Velocity Mall telah menganjurkan pertandingan nyanyian JBL Rising Star Singing Competition 2018.
Pertandingan ini sebenarnya telah bermula sejak bulan Mac yang lalu di mana peserta-peserta dipilih menerusi uji bakat secara online. Sambutan yang diterima amat menggalakkan dengan menyaksikan lebih 800 orang peserta daripada usia 16 sehingga 30 tahun mendaftar untuk menyertai pertandingan ini.
Selepas dipilih seramai 18 orang perserta telah layak ke peringkat separuh akhir.Dan daripada jumlah 18 orang ini seramai 10 orang finalis telah terpilih dan layak ke pertandingan akhir yang diadakan pada 23 Jun 2018 yang lalu di Sunway Velocity Mall.
Selain bertanding untuk merebut hadiah keseluruhan yang bernilai RM100,000 dalam bentuk barangan dan wang tunai, peserta-peserta juga berentap bagi membawa pulang beberapa kategori istimewa yang lain seperti nugerah Penyertaan Dalam Talian Paling Popular dan Anugerah Persembahan Terbaik.
Sepuluh finalis JBL Rising Star yang terpilih adalah Charlotte Ardelle Felix, Faysal Bin Md Saad, Lee Kar Yee, Vishal A/L Gopinathan, IIham Mudzaffar bin Abd Mutek, Karyn Ong Kai Lin, Vanessa Van Huizen, Clinton Chua Han Yong, Nurul Ashikin Binti Rosnan, dan Dennis Ooi Wen Xian.
Dan selepas kesemua peserta mempersembahkan persembahan masing-masing, pihak juri yang terdiri daripada juri professional penyanyi terkenal, penulis lagu dan penerbit muzik, Hanz Guo Wen Han, penyanyi, pencipta lagu dan YouTuber, Jenn Chia dan penyanyi lagu ‘Jampi’, Hael Husaini telah memilih Clinton Chua Han Yong sebagai Juara JBL Rising Star Singing Competition 2018. Clinton membawa pulang hadiah berupa RM50,300 dalam bentuk wang tunai dan hadiah.
Manakala tempat kedua pula digonggol oleh Charlotte Ardelle Felix dan tempat ketiga oleh Nurul Ashikin Binti Roslan. Mereka masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai dan barangan bernilai RM18,400 dan RM9,800. Anugerah Persembahan Terbaik juga diraih oleh Clinton Han Yong dan Anugerah Penyertaan Dalam Talian Paling Popular pula dimenangi oleh Vanessa Van Huizen.
Tahniah REMAJA ucapkan kepada kesemua pemenang. Semoga suatu hari nanti kita dapat melihat mereka bakal menjadi penyanyi popular tanah air yang mewarnai industri seni negara.