Kelab bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) berjaya melakar sejarah dalam saingan Liga Juara-Juara Asia apabila berjaya menumpaskan jaguh kelab bola sepak Korea Ulsan Hyundai 2-1 dalam aksi terakhir Kumpulan I semalam.
Kemenangan itu sekali gus menjadikan JDT muncul juara kumpulan selepas mengutip 13 mata daripada enam aksi dan meletakkan Kawasaki Frontale di tangga kedua dalam carta.
JDT memperoleh kemenangan selepas pemain pertahanan Ulsan Hyundai, Park Yongwoo menghadiahkan satu gol selepas dia tertampan bola ke gawang sendiri di hujung permainan.
@feetz_04 Jdt raya awal hari ini 🤭 kami rakyat malaysia turut berbangga 👍🏻 #johordarultakzim #afc #acl #fypシ ♬ Fire On Fire – Sam Smith
Rata-rata rakyat Malaysia berasa bangga atas kejayaan ini walaupun mereka bukanlah warga Johor. Warganet turut menumpang gembira kerana JDT berjaya membuktikan bahawa pasukan bola sepak Malaysia antara yang terbaik di Asia.
Dilihat Tengku Mahkota Johor (TMJ) turut menangis gembira apabila pasukannya berjaya mengalahkan kelab dari Korea itu.
Apa-apa pun tahniah sekali lagi diucapkan kepada JDT dan semoga terus bersemangat serta memperoleh kejayaan di perlawanan kalah mati nanti.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.