Sebelum ini, REMAJA pernah melaporkan mengenai bekas pesserta Indonesian Idol 10 dan program Rising Star Indonesia 3 yang khabarnya bakal membuat kemunculan bersama sebuah kumpulan K-pop baru ditubuhkan, tidak lama lagi.
Sejak bulan Oktober 2022, warga k-poppers Indonesia sudah sakan menjulang nama Muhammad Zayyan. Ini susulan pengenalan dirinya sebagai salah seorang anggota trainee di sebuah syarikat label Korea Selatan.
Pada waktu itu, jejaka berusia 23 tahun ini disebut-sebut akan melakukan debut
menerusi sebuah grup penyanyi lelaki bernama OCJ Newbies.ARTIKEL BERKAITAN: Pernah Gagal Mara Di Indonesian Idol, Semangat ‘Trainee’ Zayyan Buatkan K-poppers Indonesia Bangga – REMAJA
Setelah hampir enam bulan berlalu, Zayyan kini secara rasminya diumumkan sebagai salah seorang anggota grup K-pop. Begitupun, nama kumpulannya itu bukan lagi OCJ Newbies tetapi kini dikenali sebagai Xodiac.
Rata-rata warganet Indonesia menggambarkan perasaan bangga mereka apabila Rayyan akhirnya akan merealisasikan impiannya sebagai seorang penyanyi di persada seni hiburan antarabangsa.
Walaupun jalan yang perlu ditempuhinya sebelum ini agak sukar, Rayyan membuktikan bahawa peluang menyertai beberapa pertandingan realiti nyanyian sebelum ini merupakan pengalaman bermakna yang membuatkan dirinya lebih matang.
Menarik mengenai Rayyan, jejaka beragama Islam ini dilahirkan dengan nama penuh Muhammad Rifki Fahri Zayyan pada tanggal 23 Februari 2000.
Selepas dirinya menemui titik noktah dalam beberapa pertandingan nyanyian yang disertainya di Indonesia, Zayyan tidak melepaskan impian sebagai seorang penyanyi apabila dia memulakan sebuah saluran YouTube bernama ZYYN dan memuat naik video nyanyian lagu-lagu berbentuk cover di platform dalam talian.
Jika korang menggemari bakat dan rupa kacak Zayyan, jangan lupa mengekori langkah permulaannya sebagai seorang penyanyi K-pop di akaun media sosial rasmi grup Xodiac @xodiacofficial
dan YouTube Xodiac Official sebelum tarikh debut rasmi kumpulan itu pada 25 April ini.Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.