Isi Kandungan

Tidak dapat dinafikan aktiviti larian kini menjadi salah satu kegiatan riadah kesihatan yang paling popular di kalangan generasi muda. Lihat sahajalah di pelbagai acara larian yang dianjurkan di seluruh negara pasti cukup ramai sekali golongan remaja dan orang muda yang turut serta mengambil bahagian.

Tapi pernahkah korang berdepan dengan keadaan bila sedang berlari rasa mudah penat dan kaki juga cepat lenguh dan sakit. Kalau ikutkan hati mahu berlari lebih jauh lagi tapi apakan daya keringat badan tidak mengizinkan. Terus rasa macam nak putus asa saja, bukan?

Tapi pernahkan korang bertanya pada diri sendiri adalah teknik dan persediaan sebelum melakukan larian selama ini betul? Seorang pengguna Twitter yang juga peminat aktiviti larian, @WehPaih telah berkongsi pengalaman dan sedikit tip bagaimana untuk membuat larian dengan betul dengan cara slow & steady.

Jejaka Ini Kongsi 6 Tip Elak Cepat Penat & Sakit Kaki Bila Jogging

Ads

Ikuti perkongsian beliau di bawah. Ready, set… go!

1. Sebelum nak jogging pastikan korang mulakan dengan memanaskan badan. Bukan apa, kalau tiba-tiba korang terjah berlari terus ia boleh buatkan kaki kekejangan otot.

Jejaka Ini Kongsi 6 Tip Elak Cepat Penat & Sakit Kaki Bila Jogging

Ads

2. Aktiviti larian tak memerlukan peralatan sukan yang banyak. Korang hanya perlu ada sepasang kasut larian yang sesuai. Pastikan tidak terlalu ketat dan longgar bagi elakkan kaki melecet. Boleh dapatkan saiz sebenar atau true to size di kedai-kedai sukan.

Jejaka Ini Kongsi 6 Tip Elak Cepat Penat & Sakit Kaki Bila Jogging

3. Buatlah aktiviti apapun harus dimulakan dari bawah. Begitu juga dengan larian, mulakanlah dengan langkah kecil. Ini bagi mengurangkan risiko kaki korang berasa sakit. Apa yang penting? Ya, slow & steady!

Jejaka Ini Kongsi 6 Tip Elak Cepat Penat & Sakit Kaki Bila Jogging

Ads

4. Untuk enjoy aktiviti larian yang baik korang perlu menjaga cara pernafasan dengan baik. Elakkan kepala tunduk ke bawah tetapi jangan pula terlalu mendongak.

Jejaka Ini Kongsi 6 Tip Elak Cepat Penat & Sakit Kaki Bila Jogging

5. Bagaimana nak dapatkan kelajuan atau pace yang baik dan sesuai? Jika kamu berasa boleh bernafas dengan baik dan tidak tecungap-cungap semasa berlari, you’re doing the right thing! Jika berasa tidak cukup nafas, perlahankan pace  dan kembalikan pernafasan dengan betul. Sekali lagi, apa yang penting? Slow & steady!

Jejaka Ini Kongsi 6 Tip Elak Cepat Penat & Sakit Kaki Bila Jogging

6. Ya, kadangkala rasa teruja bila berlari itu buatkan kita tak sedar kita jadi semakin gelojoh dengan kelajuan. Untuk permulaan jangan gelojoh. Fokus kepada sejauh mana kamu mampu berlari kerana pembakaran kalori bergantung kepada jarak dan denyutan jantung.

Jejaka Ini Kongsi 6 Tip Elak Cepat Penat & Sakit Kaki Bila Jogging

7. Diharap perkongsian dari saudara @WehPaih dapat membantu korang mendapatkan larian yang lebih baik dan sempurna di masa akan datang.

Ingat… SLOW & STEADY!

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI