Siapa yang tak kenal dengan penyanyi kelahiran tanah air yang bertaraf antarabangsa seperti Zee Avi ini? Mendengar sahaja suara dia sudah tahu kita siapa pemiliknya menggambarkan betapa uniknya vokal yang dimiliki oleh anak seni ini.
Terkini, Zee Avi atau nama sebenarnya Izyan Alirahman ini dipercayai selamat mendirikan rumah tangga dengan pasangan pilihannya sendiri iaitu Kenji Makano.
Menerusi tinjauan di laman Instagram, Zee Avi turut memuat naik gambar berinai dan mengenakan busana pengantin.
Majlis akad nikah pasangan tersebut dilaporkan berlangsung di sebuah surau di Ampang. Kami difahamkan, Kenji Makano merupakan warganegara Jepun yang kini didakwa menetap di Malaysia. Pasangan tersebut dilihat menggayakan busana serba putih ketika majlis akad nikah itu berlangsung.
Jejaka Jepun Jadi Pilihan
Sebelum ini melalui laporan Xtra, Zee Avi tidak terlepas dengan soalan mengenai jodoh pilihan. Hampir 15 tahun tinggal di luar negara, pasti ramai yang menyangka pelantun lagu ‘Kantoi’ ini lebih selesa mendekati jejaka dari luar berbanding lelaki tempatan. Ujar Zee Avi, dia mencari lelaki yang unik. Lebih penting, individu tersebut perlu sekepala dengannya dan sangat memahami kerjaya sebagai anak seni.
Congrats, Zee Avi dan pasangan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.