Jelaskan Isu Sambal Tumpah, Fakta-Fakta Cukup ‘Clear’ Khairul Aming Buat Netizen Kagum

Share

Siapa tak kenal Khairul Aming kan? Korang semua mesti selalu tengok dia dekat media sosial, beliau terkenal dengan video masakannya yang dimuatnaik ke akaun Instagram miliknya dan tiap kali bulan puasa, mesti akan ada video “30 hari 30 resepi” daripada Khairul Aming. Malah, anak jati Kelantan ini juga giat melebarkan sayap menerusi perniagaan sambal.

ARTIKEL BERKAITAN : Setahun Setengah Berniaga, Khairul Aming Buka Kilang Kedua. Jualan Sambal Cecah RM14 Juta

Baru-baru ini, usahawan muda ini tampil menjelaskan isu sambal yang dikirim kepada pelanggan tumpah sewaktu proses penghantaran. Hal ini juga membuatkan jenama sambal ‘Nyet’ milik influencer terkenal Khairul Aming telah mendapat kritikan pertama selepas banyak maklum balas positif diterima sebelum ini.

Produk Sambal Nyet Berapi memikat selera rakyat Malaysia.

Cadangan itu diberikan selepas pembeli tersebut menerima bungkusan sambal yang tertumpah dengan minyak banyak. Oleh itu, dia mencadangkan Khairul Aming agar menambah kotak bagi pembungkusan sambal berkenaan.

Isu sambal tumpah

Disebabkan video yang dikongsi oleh seorang pengguna TikTok menjadi perbualan di media sosial, Khairul Aming telah tampil menjelaskan isu tersebut.

Khairul Aming menerusi TikTok miliknya telah tampil memohon maaf dan menjelaskan beberapa faktor utama menyebabkan dirinya tidak menggunakan kotak bagi pembungkusan yang sedia ada.

 

@khairulaming Ini penjelasan kenapa kita tak pakai extra kotak untuk sambal nyet. Maaf di atas kebocoran sambal dan terima kasih @CikguSamm| Coach Biz & Produk for the feedback! 😊 #makanlokal #sambalnyet ♬ original sound – Khairulaming

1 .Kadar kerosakan yang rendah

Menurutnya, berdasarkan data penjualan selama seminggu pihaknya telah menjual sekitar 25,000 botol, namun pada setiap minggu isu seperti minyak tertumpah ini sangat jarang berlaku dan sekiranya ia terjadi hanya melibatkan 2 ke 3 botol seminggu sahaja.

Katanya kadar kerosakan bagi sambal tersebut adalah sekitar 0.012% bagi 25,000 botol yang dijual dalam seminggu di mana ini menunjukkan kadar yang sangat rendah bagi pihaknya untuk menambah kotak tambahan pada pembungkusan sambal berkenaan.

2. Kecekapan masa

Bagi membalut satu bungkusan parcel ia membabitkan sebanyak 1 minit 5 saat dan sekiranya menambah kotak ia akan memakan lebih banyak lagi masa kerana perlu membentukkan kotak terlebih dahulu sebelum membuat bungkusan.

Oleh itu, proses tambahan seperti kotak ini akan menyebabkan bungkusan bagi pelanggan yang lain tergendala kerana kesan yang berterusan.

3. Kos

Tambahnya lagi, antara sebab lain lagi adalah kos kerana satu kotak mungkin memakan belanja lebih kurang 30 sen, 50 sen atau RM1.00 bergantung kepada saiznya. Jadi sekiranya dalam seminggu mereka menjual sebanyak 25,000 botol ia bersamaan dengan 13,000 bungkusan.

Bagi menggunakan 13,000 kotak bagi pembungkusan ia akan menjadikan satu pembaziran yang kurang efisyen kerana kadar kerosakan yang sangat rendah.

4. Memudahkan urusan courier

Faktor yang terakhir adalah untuk memudahkan urusan courier kerana dalam sehari mereka akan mengeluarkan 2,000 parcel untuk dibawa keluar oleh pekerja tersebut.

Jelasnya lagi, dengan menggunakan kotak ia akan menyukarkan bagi proses penyusunan di dalam guni kerana ia perlu disusun dengan tinggi dan susah untuk dikendalikan.

Walau bagaimanapun, Khairul Aming turut memaklumkan satu kelemahan yang dimiliki pihaknya adalah setiap pembungkusan sambal itu dikendalikan oleh manusia maka ada masanya terlepas pandang jika ada kesilapan di beberapa proses.

Minta diberitahu jika terima sambal yang rosak

“Sekiranya ada pembeli yang dapat sambal yang pecah, tertumpah atau apa-apa isu sekalipun, tolong beritahu kami.

“Kami ada menyediakan poskad di sambal itu, dan di belakang poskad ada nombor khidmat pelanggan. Boleh hubungi kami, dan kita akan ganti semula dengan sambal yang baharu,” jelas Khairul Aming.

Dia dalam masa sama turut berterima kasih kepada pembeli itu kerana telah memberi maklum balas serta memohon maaf berhubung sambal bocor tersebut dan meminta untuk menghubungi pihaknya bagi penggantian yang baharu.

Komen Netizen

Ramai yang kagum dan puji cara Khairul Aming mengendali isu krisis sebegini dan ramai juga yang mengatakan bahawa Khairul Aming boleh dijadikan sebagai contoh baik buat peniaga diluar sana tentang cara perniagaannya dan cara beliau mengatasi krisis sebegini.

Mereka juga mengatakan bahawa itulah pentingnya ilmu buat golongan muda yang ingin menjadi influencer ataupun entrepreneur kerana dapat menyelesaikan masalah dengan lebih bijak.

Sangat menginspirasikan bukan? Sebab tu kalau nak jadi usahawan kena ada ilmu, baru boleh berjaya macam Khairul Aming ini.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Nana