Selalu tengok kawan-kawan sering sangat pergi becuti, kadang timbul juga tanda tanya banyak betul duit dorang.
Bila tanya, katanya “Ala, beli tiket flight murah je”. Tapi kita cari sendiri tak jumpa pula. Macam mana mereka kata boleh dapat tiket murah?
Nah, sebenarnya ada trik yang perlu korang tahu untuk dapatkan tiket flight dengan harga yang jauh lebih murah.
Bagi yang dah selalu travel, mungkin ini juga cara yang dilakukan oleh mereka.Kalau nak travel dengan jimat, jom ikut tip ni.
1. Awal vs Akhir
Bagi yang menggunakan perkhidmatan syarikat penerbangan berikut, ini trik yang mungkin boleh membantu korang untuk mendapatkan harga tiket murah.
Air Asia = tempah awal (6-12 bulan)
Malaysia Airlines = tempah akhir (kurang dari 1 bulan)
2. Book pada hari Selasa dan Rabu
Selasa dan Rabu adalah hari terbaik untuk beli tiket flight kerana majority syarikat penerbangan akan tetapkan sistem tempahan pada hari Selasa jam 7 malam.
Ini kerana mereka menganggap ramai yang akan menempah tiket pada hari minggu dan berdasarkan statistik, terbukti kebanyakan orang hanya belek-belek harga tiket pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad.
3. Follow media sosial dan website rasmi syarikat penerbangan
Jika korang memang follow page syarikat-syarikat penerbangan seperti di Facebook, Twitter, dan Instagram, senang la untuk update setiap promosi yang mereka buat.
4. Cari ‘Best Deal’ untuk penerbangan Antarabangsa
Selalunya, syarikat penerbangan akan tawarkan best deal kira-kira 11 hingga 12 minggu lebih awal untuk penerbangan antarabangsa. Waktu ni la kena selalu check harga tiket kalau nak yang murah. Dah dapat flight ticket murah, jangan lupa pula check harga hotel yang berkualiti dan paling penting superb murah.
Guna kod promo ini
5. 12 tengah malam
Ramai juga yang dah tahu waktu-waktu tertentu syarikat penerbangan akan membuka promosi online mereka. Jadi, ada yang sanggup tak tidur sebab promosi ni hanya akan bermula pada jam 12 tengah malam.
6. Lapangan terbang alternatif
Ramai yang tak tahu lapangan terbang Adisumormo (Solo) dengan Bandara Adisujipto (Yogyakarta) hanya terpisah dengan jarak 30 minit penerbangan.
Contohnya, lihat pada promosi di atas, tiket penerbangan KL ke Yogyakarta berharga RM79 berbanding KL ke Solo RM59. Kos di antara Solo ke Jogja pula adalah serendah RP10ribu (RM4).
Jadi penting untuk korang tahu juga jarak di antara lapangan-lapangan terbang mengikut destinasi. Kemudian, pilih promosi yang sesuai dan paling penting, menjimatkan.
7. Clear cookies di browser
Clear kan terlebih dahulu cookies pada handphone, laptop atau PC sebelum melawat website penerbangan 30 hari sebelum tu. Melalui cookies ni, sistem tempahan syarikat penerbangan akan menganggap korang dah tengok website mereka berulang kali.
Sistem tempahan akan menetapkan harga yang sama walaupun korang dah masuk website tu berulang kali. Kadang-kadang, harga lebih tinggi pun ada. So, amalkan la tabiat clear kan cookies ni pada browser internet korang.
8. Buat perbandingan harga
Nak murah kenalah rajin sikit. Jangan malas untuk bandingkan harga tiket di website-website yang lain. Jangan terkejut kalau korang terjumpa harga tiket yang jauh lebih murah daripada syarikat penerbangan yang sama.
Berikut adalah search engine yang kerap digunakan untuk travel:
a. Skyscanner
b. CheapFlight
c. Momondo
d. Kayak
e. Google Flight
f. Ita Software
9. Kejar harga bukan DESTINASI
Teringin sangat nak pergi Jepun. Tiket ke Tokyo (RM329) dan Osaka (RM299). Jadi, kenapa perlu pilih Tokyo saja sebab setiap destinasi penerbangan mempunyai keunikan dan kelebihan yang tersendiri. So, buatlah pilihan dengan bijak.
10. Jadi pelanggan setia
Orang yang setia akan selalu ada ganjarannya. Cewah, hiks! Kesetiaan kepada sesebuah syarikat penerbangan pastinya lebih berbaloi apabila kita mendapat reward, keistimewaan penumpang dan lain-lain.
11. One-way ticket
Apabila menempah tiket, syarikat penerbangan pasti tahu yang kita akan pulang. Time ni la dorang nak ‘pau’ kaw-kaw. Untuk mengaburi mata mereka, tempah promosi satu arah dan untuk tiket penerbangan balik, dibuat selepas itu.
Mungkin agak renyah sikit tapi usaha ni dapat menjimatkan kos tiket penerbangan yang sememangnya menjadi kos utama setiap kali travel.
Bila dah tahu tip-tip ni rasanya nak pergi bercuti sebulan sekali pula. Hiks!
Sumber: utanujan.blogspot.my