Salah langkah, padah jawabnya.
Itulah yang berlaku kepada Naib Juara pertandingan ratu cantik Miss Dubai 2019, Kristina Dukhina setelah dirinya ‘kantoi’ memiliki lebih setengah kilogram (kg) dadah jenis mephedrone semasa serbuan pihak polis di apartmen mewah miliknya.
Serbuan yang dilakukan di Moscow, Rusia menyaksikan Dukhina, 36 yang juga merupakan pemilik sebuah agensi peragaan bernama Black Sea Models ditahan setelah dia disyaki terlibat dalam pengedaran dadah.
Jika menurut Kanun Jenayah Persekutuan Rusia, Dukhina boleh berdepan hukuman penjara selama 20 tahun akibat kesalahan tersebut. Ini kerana Dukhina juga sedang disiasat berhubung penyediaan dadah secara haram untuk dijual.
Sebagai info, selain memegang gelaran Naib Juara Miss Dubai 2019; Dukhina juga pernah memenangi sebuah pertandingan ratu cantik Grand Prix Miss Federation disusuli sebuah pertandingan ratu cantik Rusia pada 2020.
Tinjauan REMAJA pada akaun Instagram milik Dukhina mendapati dia telah lama tidak mengemaskini akaun; dengan kali terakhir dia memuat naik foto adalah pada bulan Februari lalu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.