Dilaporkan hampir 10,000 jemaah tabligh menghadiri Ijtimak Tabligh pada penghujung Februari lalu. Seakan menjadi mimpi ngeri ijtimak yang dihadiri oleh 5000 warga tempatan itu di mana dua darinya disahkan positif Covid-19.

Di sebalik mimpi ngeri tersebut, ternyata gelombang kedua Covid-19 di Malaysia bermula apabila Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Sri Dr Adham Baba dalam sidang akhbar sebentar tadi mengesahkan dari 673 kes positif Covid-19 di Malaysia, 423 darinya adalah mereka yang menghadiri Ijtimak Tabligh berkenaan.

Ads
Jemaah Ijtimak Tabligh Meninggal Dunia, Peserta Tabligh  Catat 423 Kes Dari 673 Kes Covid-19
Dr Adham Baba

Jemaah Ijtimak Tabligh Meninggal Dunia, Peserta Tabligh  Catat 423 Kes Dari 673 Kes Covid-19

Ads

Namun kematian pertama dicatat melibatkan seorang lelaki berusia 34 tahun dari Johor yang mula mengalami demam mulai 5 Mac 2020. Beliau mendapatkan rawatan di Hospital Perma Johor Bharu pada 12 Mac 2020 setelah dikesan positif Covid-19 dan terus dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi. Beliau disahkan meninggal dunia hari ini.

Ads

So memandangkan Malaysia sudah mencatat dua kematian dalam satu hari, adalah lebih baik ambil langkah berjaga-jaga ya. Langkah kawalan  Pergerakan yang pihak kerajaan umumkan semalam harus dipatuhi.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI