Berpeluang menjejakkan kaki ke Tanah Suci Makkah adalah impian setiap muslim. Ramai yang berpeluang menunaikan ibadah umrah dan haji mengakui, dalam banyak-banyak lokasi di dunia, berada di bumi penuh baraqah ini adalah satu kenikmatan yang tidak terhingga.

Memandangkan Makkah didatangi jutaan manusia dari seluruh pelusuk dunia, sudah tentu kota ibadah ini sentiasa penuh. Biasanya selain mengerjakan ibadah umrah, jemaah berpeluang mengadakan lawatan sepanjang 12 hari berada di sana. Namun mulai hari ini, berkuat kuasa serta merta tiada lagi lawatan luar terutama ke ladang kurma yang biasa dilakukan oleh syarikat pengendali umrah.

Kementerian Umrah dan Haji Arab Saudi dilaporkan mula melarang semua kegiatan lawatan ke beberapa tempat bersejarah semasa menunaikan umrah, berkuat kuasa serta-merta. Bukan saja tiada lawatan ke ladang kurma, menziarahi Jabal Thur, Jabal Noor (Gua Hira’) dan beberapa lokasi lain kerana Kerajaan Arab Saudi ingin mengelakkan ibadah bidaah yang mula menular.

Langkah berkenaan terpaksa diambil setelah ia mendapati terdapat segelintir pengunjung melakukan perkara yang dianggap “syirik dan tahayul” di tempat-tempat tersebut.Menurutnya lagi, pernah berlaku juga insiden apabila para pengunjung mengalami kecederaan semasa cuba memanjat bukit dan ada kalanya yang membawa maut akibat tidak mengutamakan aspek keselamatan.

Jemaah Lakukan Ibadah Khurafat & Bidaah Di Tanah Suci, Ibarat “Nila Setitik Rosak Susu Sebelanga”
Ramai mengambil kesempatan menziarahi Gua Hira’ tempat Nabi Muhammad menerima wahyu pertama di sini

 

Jemaah Lakukan Ibadah Khurafat & Bidaah Di Tanah Suci, Ibarat “Nila Setitik Rosak Susu Sebelanga”
Larangan turut diperluas ke ladang kurma kerana ada jemaah melakukan ibadah bidaah dan syirik di sini

Baca perkongsian dari Grup Mutawwif ini mengenai larangan yang dikenakan ini berkuat serta merta. Jika ingkar denda akan dikenakan.

BERITA SEDIH DARI TANAH SUCI MEKAH & MADINAH KEPADA BAKAL JEMAAH UMRAH & HAJI.

Ads

Bermula semalam , Khamis, 19 April,
Dah tak boleh melawat tempat-tempat ziarah ni, larangan oleh kerajaan Saudi.

Saya dapat info ni, daripada HQ Andalusia semalam. Muassasah hantar notis melalui fax. Bagi semua departure, Ziarah Luar Kota Mekah & Kota Madinah perlu keluarkan aturcara berikut :-

Larangan melawat :

❌ Ziarah Luar Madinah – keluarkan dari aturcara program ke LADANG KURMA.
❌ Ziarah Luar Mekah – keluarkan dari aturcara program ke JABAL THUR, JABAL NOOR (GUA HIRA’).
❌ Ziarah Thaif – keluarkan dari aturcara program ke BANI SA’AD, MASJID KU’, MASJID IBNU ‘ABBAS.

Ads

Bagi pakcik makcik, abang kakak, yang belum pergi ke tanah suci, peluang ziarah ke tempat peninggalan sejarah (atsar Rasulullah saw dan sahabat) dah semakin berkurang. Sekadar boleh tengok dari jauh, dalam bas sahaja.

Alasan larangan:

  1. Ada jemaah India, buat tawaf keliling pokok di perkampungan Bani Sa’ad di Thaif, untuk mengelakkan perkara khurafat dan bida’ah.

Tak dibenarkan lagi jalan-jalan / ziarah-ziarah ni. Hanya fokus Masjidilharam dan Masjid Nabawi sahaja.

Ads
  1. Terlampau ramai di ladang kurma, dan tertumpu pada satu2 ladang kurma sehingga menyesakkan jalan sampai tertutup jalan.

[PERINGATAN] kepada yang sedang pergi, jangan buat perkara pelik-pelik, tingkah laku kalian menjejaskan orang lain.

Walaupun ada disebut khusus jemaah India, tidak dapat dinafikan, ada juga segelintir daripada jemaah Malaysia dan Indonesia pun ada melakukan perkara pelik-pelik. Usap itu dan ini. Belum kira yang pergi ambil toyol dan lain-lain.

P/s : Sesiapa yang langgar arahan akan didenda Sr5000.

Credit to semua group MUTAWWIF & Ustaz Amir Hidayat for the picture.

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI