Jemaah Tabligh Diberi Penghormatan Oleh Petugas Hospital Thailand Berkat Doa Mereka

Share

Pandemik COVID-19 yang melanda dunia kala ini mengakibatkan hampir dua juta orang dijangkiti. Amerika Syarikat mencatat jumlah kematian agak tinggi lebih dari 26,000 orang mengatasi China tempat bermulanya virus ini tersebar.

Malah di Malaysia sendiri, walau kadar kematian hanya 84 orang dengan 5182 orang dijangkiti (statistik semalam), kerajaan berusaha keras mengekang penuluran ini dengan mengadakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sudah memasuki fasa ketiga.

Berbicara mengenai pesakit positif COVID-19, kita pasti terkenangkan begitu banyak cerita-cerita positif mengenai jemaah tabligh. Bukan saja ruang wad kedengaran alunan al-Quran setiap masa malah solat jemaah turut dilakukan di hospital tempat mereka mendapat rawatan. Malah berbanding kluster kayangan, kluster tabligh dipuji oleh barisan doktor kerana mudah menurut kata, bercakap lemah lembut dan banyak lagi kebaikan mereka tunjukkan hingga urusan mengambil SWAB mereka menjadi mudah.

Ternyata, apa yang berlaku di Malaysia, hal yang sama berlaku pada jemaah tabligh dari Thailand apabila mereka yang sudah sihat, sudah menjalani kuarantin 14 hari diberi penghormatan oleh petugas Thailand iaitu Samutprakan Hospital. Viral video menyaksikan berpuluh petugas hospital memberikan penghormatan buat mereka.

Yalah, orang baik pasti ramai sayangkan. Mungkin berkat doa kluster ini sehingga mereka menerima pengiktirafan tertinggi dari petugas yang mengiringi dari keluar hospital hingga sampai ke pintu bas. Rasa terharu menyaksikan ini di  mereka selesai menjalani kuaratin 14 hari. Ternyata Islam mengangkat darjat tinggi untuk hambaNya.

Published by
Almaswa Haji Che Ros