Sekilas pandang kelihatan seperti gerabak kereta api subway di kota metropolitan New York.
Siapa sangka, gerabak khas jenama streetwear popular, Carhartt ini sebenarnya muncul di Kuala Lumpur!
Jenama workwear dari Amerika Syarikat, Carhartt baru-baru ini tidak melepaskan peluang untuk membaluti beberapa buah gerabak MRT dengan paten grafiti jingga yang membentuk nama ‘Carhartt WIP’ di sisi badannya.
Turut kelihatan, emblem berbentuk ‘C’ dan banner yan tertera dengan logo serta poster jenama berkenaan di bahagian dalam gerabak. Memang Carhartt mendunia ya di Kuala Lumpur!
Apapun, pastinya peminat Carhartt tidak ingin melepaskan peluang untuk merakamkan video Reels & TikTok masing-masing di dalam gerabak berkenaan.
Menurut Carhartt, gerabak khas itu berada di laluan MRT Kajang dan ia beroperasi seawal jam 6 pagi hingga 12 tengah malam pada setiap hari.
Tidak cukup sekadar itu, Carhartt turut menyambut pembukaan stor keduanya di The Exchange TRX pada minggu lalu.
Tidak hairanlah sejak kebelakangan ini, ramai warga kota perasan akan kemunculan dinding berbalut poster hitam putih tidak jauh dari tapak Menara Merdeka 118.
Kongsi Carhatt, ia adalah sebahagian daripada projek ‘visual take over’ mereka bagi mempromosikan pembukan stor kedua Carhartt di The Exchange TRX pada 5 Januari lalu.
Jangan ada yang terfikir untuk membawa pulang poster-posterCarhartt ini sudahlah hehe.
Bagi meraikan pembukaan stor kedua Carhartt WIP di Malaysia ini, mereka melancarkan set edisi terhad baju T dan sweatshirt Kuala Lumpur-Work In Progress TRX yang hanya boleh didapati di sini.
Terletak di aras dua Plaza The Exchange TRX, stor Carhartt ini mempunyai keluasan melebihi 1,700 kaki persegi dan direka khas oleh pereka dalaman dari Milan, Andreacaputo mengikut nilai estetika jenama tersebut.
ARTIKEL BERKAITAN: Pening Nak Pilih! 5 Jenama Sneakers Muncul Dengan Kolaborasi Terbaru Bulan Ini – REMAJA
FOTO: Carhartt WIP Malaysia
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.