Rasanya, fenomena mengamalkan pemakanan madu semakin menjadi-jadi dalam kalangan orang kita. Lebih-lebih lagi sejak ramai yang menyedari kebaikan memakan sekali sarang lebah kerana manfaatnya lebih banyak sekaligus mendapat nikmat yang tidak terhingga saat mengunyah sepah madu itu sendiri.
Untuk tujuan perubatan, ramai jelas tentang manfaatnya untuk memulih (sebagai penawar) serta mencantikkan fizikal luar dan dalaman manusia.
Tapi katanya ‘Manuka Honey’ dari New Zealand ini lagi berkhasiat. Betul ke?
Berbeza daripada madu yang lain, ternyata Madu Maduka punya khasiat berlipat kali ganda yang cukup istimewanya, selain harganya cukup membuatkan korang berfikir banyak kali untuk membelinya.
Kenapa Mahal?
Madu Manuka dihasilkan dari nektar bunga pokok Manuka yang tumbuh liar di hutan yang masih lagi subur dan tidak tercemar di New Zealand.
Ads
Spesies berbeza tumbuhan itu tumbuh di bahagian lain dunia namun ia tidak menghasilkan bunga diperlukan dalam pembuatan madu, menjadikan Manuka lebih mahal dengan balang kecil dijual sehingga ratusan dolar.
Khasiat Madu Manuka
Madu Manuka popular kerana kandungan dan nutrisi yang boleh menyembuhkan pelbagai penyakit, dari penyakit ringan hingga yang serius. Jika madu biasa mengandungi besi, kalsium, kalium dan beberapa jenis vitamin B, madu Manuka miliki khasiat lain yang bermanfaat.
Kajian yang dijalankan oleh pakar madu lebah dan juga seorang pakar mikrobiologi yang tersohor, Dr. Peter Molan dari Unit Penyelidikan Madu, University of Waikato, New Zealand selama lebih daripada 25 tahun mendapati bahawa Manuka mempunyai kelebihan yang tiada pada madu lain iaitu mengandungi agen antibakteria “UMF”.
Ads
10 Khasiat lain Madu
Mengurangkan Angin Dalam Badan – Jika anda mengalami kembung perut ataupun perut rasa kurang selesa, minumlah segelas air suam bersama madu. Serta-merta anda dapati angin semakin kurang dan rasa selesa.
Meningkatkan Sistem Imunisasi – Madu asli mengandungi enzim, vitamin dan mineral. Ianya mempunyai kesan anti bakteria luaran serta dalaman sekaligus meningkatkan sistem ketahanan diri.
Membuang Toksin – Daripada mengambil kopi, cuba amalkan minum air suam yang hangat bersama madu setiap pagi, kalau boleh ketika perut masih kosong. Jangan lupa, hirisan lemon untuk memberikan tenaga sepanjang hari.
Kulit Makin Cantik – Ini semua orang tahu, amalan minum madu setiap hari baik untuk kulit anda. Apabila banyak toksin disingkirkan melalui perkumuhan, darah dan oksigen dapat berjalan dengan lancar dalam tubuh badan. Malahan juga, menjadikan kulit cantik dan semakin berseri.
Kulit Wajah Cerah – Madu mempunyai banyak ciri-ciri antibakteria dan anti-kulat. Itu sebabnya, minum campuran madu bersama ais suam hangat membantu menyembuhkan jerawat dan mencegah jerawat. Malahan juga, membantu mendapatkan kulit yang cerah dan sempurna.
Awet Muda – Khasiat yang terkandung di dalam madu dikatakan dapat menentang radikal bebas. Ia bersifat antipenuaan. Minum madu bersama perahan lemon atau madu bersama air suam. Ia bukan sahaja melawas malah membantu membuang toksin dalam tubuh.
Mengurangkan Berat Badan – Setiap kali rasa mahu makan benda yang manis, ambil sahaja madu kerana manisnya datang daripada gula secara semulajadi. Untuk pengetahuan anda, madu juga dapat mengurangkan 64% kalori dalam badan.
Pulihkan Sakit Tekak – Anda batuk dan sakit tekak? Cuba minum madu bersama air suam, ianya akan melegakan rasa gatal pada tekak. Begitu juga jika anda demam, amalan ini dapat mengurangkan panas dalam badan.
Daya Ingatan – Manfaat madu yang lain adalah madu akan meningkatkan fungsi otak. Cuba untuk mengambil madu secara rutin satu sudu makan sebelum tidur, maka daya ingat anda semakin tajam.
Bibir Hitam – Bagi anda yang mengalami masalah bibir gelap atau hitam, sapukan madu pada bibir setiap malam. Sebaik sahaja bangun tidur, bersihkan bibir dengan air suam. Lakukan secara konsisten sehingga.
Berita baik untuk penduduk Lembah Klang, Comvita, pengeluar Madu Manuka No. 1 New Zealand yang mempunyai hampir lima dekad pengalaman profesional dalam penternakan lebah, telah membuka kedai pertamanya di Malaysia yang bertapak di Pavilion Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Sejak permulaannya pada tahun 1974, Comvita telah berkembang menjadi sebuah syarikat Madu Manuka terkemuka dan dipercayai ramai di New Zealand yang berteraskan penyelidikan sains dengan budaya warisan yang kukuh.
Ads
Sempena pembukaan kedai pertamanya di Pavilion Bukit Jalil, Comvita menjemput orang ramai untuk menyertai acara ‘Journey of Health and Taste’ untuk alami rahsia terbaik di Aotearoa New Zealand.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Jika sebelum ini kecoh di media sosial tentang kontroversi yang melanda selebriti Janna Nick kerana dikatakan menghina artis K-pop, kini nama Nazim Othman pula jadi trending di laman Twitter ekoran daripada terkena tempiasnya.
Nazim dilihat memberikan komen di salah sebuah hantaran di @jannanickstudios yang ditulis sebagai LISA BLACKPIG bagi menggambarkan salah satu karakter dalam karyanya yang digambarkan karakter gadis gedik.
Dalam komen tersebut, Nazim meninggalkan komen “Lisa Black whattttt???? Dan Janna membalas dengan jawapan seperti bunyi khinzir berserta emoji kepala haiwan tersebut.
Ramai peminat K-pop mula berang kepada Janna sehinggakan selebriti itu mennyahaktif akaun media sosialnya gara-gara dikecam oleh netizen.
Walau bagaimanapun, Nazim Othman turut mengeluarkan kenyataan meminta maaf kerana komennya itu telah disalah tafsir. Nazim turut menjelaskan bahawa dia tidak bermaksud untuk menghina atau tidak hormat pada sesiapa, sebaliknya dia komen kerana seperti tidak percaya dengan apa yang dilihatnya itu.
Tindakan Nazim ini mendapat pujian peminat selebriti K-pop kerana mereka menganggap bahawa Nazim bersikap professional walaupun netizen bukannya menyalahkan dirinya.
Apa-apa pun kami mengharapkan agar situasi ini dapat diselesaikan dengan segera kerana ia hanya memberi gambaran negatif terhadap negara dan masyarakat kita.
Kalau disebut ‘Pergi ke kedai membeli cincau..’, mesti ramai yang faham maksud pantun sekerat in ikan. Hiks! Sejak kebelakangan ini, nama cincau sering menjadi sebutan masyarakat di Malaysia dan tidak semena-semena ia jadi popular pula.
Cincau sebenarnya merupakan sejenis makanan seperti agar-agar yang diperoleh daripada pokok dalam keluarga daun pudina. Ia digunakan di China dan negara Asia Tenggara sebagai pencuci mulut serta dibuat dalam minuman.
Terdapat dua jenis cincau yang didapati serata Nusantara, iaitu cincau hitam yang lazimnya dijumpai di Malaysia dan Singapura, serta cincau hijau yang lebih dikenali di Indonesia.
Dalam proses membuat cincau, tumbuhan ni dipercayai dimasak dengan campuran tepung tapioca atau serbuk agar-agar supaya menjadi jeli cincau.
Namun begitu, sebenarnya banyak khasiat yang terdapat pada cincau, cuma masyarakat kita sering menambah gula yang banyak dalam minuman cincau.
Antara khasiat-khasiat cincau yang mungkin ramai tidak pernah tahu adalah seperti berikut:
• Berupaya mengawal paras kolesterol
• Antioksidan
• Kurang kalori
• Tinggi serat
• Boleh mengawal paras gula
Jadi selepas ini, jangan hanya tahu pergi ke kedai membeli cincau, korang pun kena tahu khasiatnya sekali okay? Hiks!
Dua penyokong fanatik sukan badminton tanah air baru-baru ini mendapat perhatian apabila sanggup menempuh perjalanan jauh dan hadir ke Porte De La Chapelle Arena untuk memberikan sokongan padu kepada kem badminton negara di Sukan Olimpik Paris 2024.
Bukan sekadar memberi sokongan, malah mereka juga hadir dengan gaya dan penampilan unik apabila tampil mengenakan pakaian kreatif yang direka khas menggunakan bulu tangkis.
Menerusi satu video temubual bersama wartawan Astro Arena, dua penyokong fanatik memberitahu bahawa proses menyiapkan pakaian istimewa yang direka sendiri itu mengambil masa selama dua bulan untuk disiapkan.
“Kalau dikira bermula dengan saya beli bulu tangkis, baju jaket dan seluar ini mengambil masa kira-kira dua bulan untuk disiapkan. Sebab kami mulakan dengan fikir tentang rekaan dahulu, nak potong bulu tangkis dan kemudian perlu dijahit”
“Semuanya saya buat sendiri bersama sahabat saya. Apa yang paling penting adalah tulisan Malaysia dibahagian belakang jaket!”
Dalam pada itu, mereka juga meletakkan harapan kehadiran mereka di Paris dapat menyaksikan detik sejarah atlet Malaysia merangkul pingat emas pertama negara dalam temasya berprestij itu.
“Kami berada di sini untuk beri sokongan pada Malaysia, Olimpik hanya empat tahun sekali dan saya sangat sukakan badminton. Saya harap Malaysia boleh merangkul pingat emas!”
Sekadar info, skuad badminton negara mencipta magis apabila mengekalkan momentum positif di temasya Sukan Olimpik 2024 Paris. Kemenangan dicipta apabila beregu wanita negara Pearly Tan-M. Thinaah berjaya melayakkan peluang mereka ke suku akhir Sukan Olimpik 2024 selepas menumpaskan pasangan keenam dunia Mayu Matsumoto-Wakana Nagahara dari Jepun pada aksi Kumpulan A.
Sumber: Astro Arena
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ratu cantik Malaysia, Rashmita Rasindran tampil membanggakan negara apabila dinobat sebagai juara pertandingan Miss Charm 2024 yang melabuhkan tirainya pada hujung minggu lalu.Bertempat di...