
Kini permintaan terhadap produk pembasmi kuman kini mendapat tinggi, sejak wabak COVID-19 semakin menular di seluruh dunia dan mencatat pertambahan kes baru.
Justeru itu, menurut laporan Financial Times, LVMH, syarikat induk jenama mewah terkemuka dunia seperti Louis Vuittton, Dior, Givenchy dan banyak lagi ini telah mengubah suai kilang pengeluaran dan pembuatan pewangi milik mereka dan kini mengeluarkan hand sanitizer.
Setakat minggu lalu, dikhabarkan LVMH sedia mengedarkan sekitar 12 tan metric cecair pembersih tangan tersebut secara percuma kepada 39 buah hospital awam di Perancis.
Keputusan untuk menghasilkan sanitizer ini juga dibuat oleh syarikat tersebut dengan sangat pantas, tidak sampai sehari selepas mereka membuat cadangan kepada pihak berkuasa. Lebih memburukkan keadaan, Paris pada ketika ini turut dilanda kekurangan gel sanitizer dan sudah ada yang menjual semula sanitizer pada harga yang lebih tinggi.
Menurut kenyataan dari LVMH, syarikat itu akan menggunakan semua kemudahan mereka di Perancis yang sebelum ini dikhaskan untuk pengeluaran wangian dan kosmetik untuk membuat gel pembasmi kuman bermula pada hari Isnin, 16 Mac. Lebih tepat, ia akan menggunakan kemudahan di mana pewangi untuk Dior, Guerlain, dan Givenchy dibuat.
Difahamkan, buat masa sekarang, syarikat itu hanya membekalkan sanitizer tangannya kepada pegawai kesihatan di Perancis buat masa ini. Wakil LVMH enggan mengulas lanjut tentang kemungkinan mengeksport cecair berkenaan keluar negara.
Bagus insiatif yang dilakukan oleh LVMH, syarikat induk jenama mewah terkemuka dunia ini. Harapnya lebih banyak syarikat yang mengikut cara mereka membantu masyarakat dunia.
“Seperti Lepaskan Anjing Tersepit”, Bila Orang Dah Bantu Kau Kebas Motor Dia Pulak

Kasihan brader ini. Niatnya cuma nak membantu tetapi tak sangka, akhirnya dirinya yang menjadi mangsa kepada orang dibantunya. Kata pepatah, seperti melepaskan anjing tersepit. Itulah nasib seorang remaja apabila terpaksa tanggung kerugian lebih RM10,000 selepas motosikal jenis Y125ZR dan barangan berharga miliknya dilarikan seorang pemuda, kelmarin.
Mohd Haikal Amilrudin, 17, berkata, dalam kejadian kira-kira 9 pagi, dia menumpangkan lelaki berkenaan tanpa menyedari orang yang membantunya melarikan motosikal dan telefon pintar model iPhone 6S serta dompet yang mengandungi dokumen peribadi. Menceritakan kejadian, Haikal berkata, dia berjumpa dengan pemuda lingkungan 20an berkenaan di hadapan sebuah restoran di bandar ini.
“Ketika itu saya baru pulang dari bekerja sebuah premis serbaneka 24 jam. Lelaki itu merayu untuk menumpang dengan alasan kakinya cedera. Saya nampak lelaki itu berjalan terhincut-hincut jadi bersimpati untuk menumpangkannya. Pada mulanya dia duduk di belakang lepas tu beralih tempat sebab alasan kakinya sakit,” katanya.


Menurutnya, selepas bergerak kira-kira 200 meter, lelaki terbabit memberikan alasan untuk turun di sebuah perhentian bas.
“Memang ada rasa tak sedap hati tapi fikirkan kakinya sakit, saya pun turun.Tiba-tiba lelaki itu terus memecut. Saya sempat tarik baju lelaki itu tapi dia berjaya terlepas,” katanya di sini, semalam.
Haikal berkata, semua barangan diletakkan dalam sebuah beg di dalam raga motosikal terbabit. Dia juga mengakui terkilan kerana motosikal nombor pendaftaran CDV 2267 itu baru digunakan selama setahun dan masih berbaki pinjaman. Katanya, lelaki berkenaan memakai jaket berwarna merah hitam dengan fizikal sedikit berisi dan berkulit sawo matang.
“Memang kecewa sebab niat nak membantu tetapi berkesudahan begini. Saya harap sangat motosikal itu ditemui semula sebab itu saja pengangkutan utama untuk pergi bekerja,” katanya telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh pada hari sama.
Pada geng-geng Remaja di luar sana dan kalau ternampak motosikal dengan nombor pendafraran CDV2267, lapor segera ke balai polis ya. Moga brader ini dapat semula motosikalnya yang hilang selain barangan lain yang turut dilarikan perompak tersebut.
Ini Kisah Makcik Viral Semalam! Staff Pusat Beli Belah Dakwa Anak Hantar Tapi Lepak Di Food Court

Kes-kes sebeginilah yang sering membuatkan timbulnya persepsi negetif bagi individu yang benar-benar susah. Tidak dinafikan ramai yang cuba mengambil “peluang” atas simpati orang ramai tetapi jika ia hanyalah “lakonan” semata untuk meraih simpati, ia sukar diterima.
Perkongsian Cikgu Fadli Salleh yang “turun padang” mencari makcik tersebut selepas kisahnya tular turut mendapat satu perkongsian dari pekerja di pusat membeli belah tersebut yang mendakwa makcik itu dihantar oleh seorang anaknya yang agak dewasa namun kemudian lepak di food court selama beberapa jam sebelum bergerak balik ke destinasi mereka.
Bacalah kisah dikongsi oleh Cikgu Fadli ini.
Semalam, viral kisah mak cik duduk meminta sedekah di Giant Batu Caves. Suami kena berhenti kerja sejak bulan 7 yang lepas.
Katanya, dia ada anak Tingkatan 3 yang terpaksa diberhentikan sekolah kerana miskin.
Ramai sangat orang tag aku kat post tentang mak cik ni memandangkan lokasi tu dekat dengan aku.
Hari ni aku ke Giant Batu Caves mencari mak cik ini. Melilau aku cari kat parking kereta, tempat gambar dia diambil ini. Tak jumpa.
Aku pun pergi ke pintu utama, berjumpa staff Giant yang berdiri di situ check suhu pelanggan keluar masuk. Aku tunjuk gambar ni dan bertanya.
Staff tu senyum sahaja bila aku tunjukkan gambar mak cik ni lantas berkata,
"Hari ni saja dah 4 orang datang tanya saya tentang mak cik ni".
Belum sempat dia bercerita panjang, datang seorang lelaki berkopiah pakai facemask menegur,
"Cikgu Fadli ke ni?" soalnya memandangkan aku pun pakai facemask.
"Aah. Abang siapa ya?"
Dia buka sedikit facemask dan perkenalkan diri,
"Saya Ustaz Firdaus dari Lembaga Zakat Selangor, katanya seraya menunjukkan kad kuasa.
"Oh ustaz. Terima kasih banyak bantu saya dalam kes-kes tercicir yang Dana Kita kenal pasti sebelum ini. Ustaz pun cari mak cik ni ya?"
"Ya cikgu. Dah lama saya tunggu kat sini. Tak nampak pun bayangnya. Sebaik isu viral dan kami dapat tahu, saya terus ke sini untuk siasat", balasnya.
"Sama la saya pun. So macam mana mak cik ni bang? Selalu ke dia datang sini?" soalku pada staff Giant pula.
"Cikgu. Mak cik tu memang selalu ke sini. Seminggu tu acap kali juga datang. Dan bukan dia datang seorang.
Dakwa Anak Hantar tapi lepak di Food Court
Anak dia hantar. Anak dia dah besar. Anak dia lepak je kat food court sampailah mak dia ke sana untuk pulang. Susah nak kata cikgu.
Kalau betul susah, banyak je pihak boleh bantu. JKM ada, Pusat Zakat ada, NGO ada. Tapi entahlah. Saya nak cakap lebih-lebih pun payah," balasnya.
Aku senyum sahaja. Kes yang orang ramai tular setelah hanya dengar kisah sebelah pihak memang ramai yang silap sebenarnya.
Ada kes suami isteri sambil riba anak-anak duduk termenung di stesen minyak, buat-buat dalam kesusahan. Bila orang tanya minta duit nak isi minyak dan makan saja katanya. Cerita macam-macam jenis kesusahan.
Orang bagilah. Kasihan kot. Siap dia bagi nombor akaun lagi. Orang tulis cerita dia, letak nombor akaun.
Rakyat Malaysia punya baik hati pergi derma sampai beribu-ribu dia dapat. Diam seminggu dua, lepas tu tu pergi cari stesen minyak lain pula. Pun buat kisah sedih yang sama. Dapat lagi duit mudah.
Setelah di siasat rupanya laki bini penagih dadah. Semua cerita direka-reka untuk dapat duit mudah dapat hisap dadah dan main judi online. Ramai terkena.
Kes mak cik ni aku tak katalah dia tipu. Tidak. Cuma langkah pertama yang aku ambil kalau jumpa dia tadi aku nak suruh dia naik kereta dan tunjuk rumah dia.
Nak tengok keadaan rumah dia benar susah atau tidak. Jika betul miskin tak ada peti sejuk tak ada mesin basuh aku nak bantu belikan.
Nak jumpa suami dia yang katanya dibuang kerja tu. Ada je peluang pekerjaan boleh aku tawarkan.
Nak jumpa anak dia Tingkatan 3 kononnya yang terpaksa berhenti sebab miskin, aku nak urus sampai budak tu sekolah semula.
Lepas tu aku nak contact Zakat Selangor agar dapat pula bantuan bulanan.
Itu semua dalam kepala aku dah. Memang itu perancangan aku. Dan memang begitu cara aku bergerak dan menghulur bantuan.
Aku takkan terus transfer duit bila baca kes begini. Bukan begitu aku bergerak. Kena siasat betul-betul.
Dan hari ini bila siasat, banyak benda yang meragukan.
- Ada anak besar datang ambil, lepak kat food court main telefon, makan-makan sementara mak siap kutip sedekah.
- Sumber tak rasmi mengatakan dia tinggal di Taman Maluri. Jauh tu Taman Maluri ke Batu Caves kutip sedekah. Kenapa tak supermarket berdekatan rumah? Ada keraguan besar di sini.
- Ada orang kata, mereka pernah jumpa mak cik ni kutip sedekah merata-rata. Pernah ditemui di Wangsa Maju bawa kisah yang sama. Lagi meragukan.
Namun aku tak adalah nak tuduh mereka ini sindiket atau berpakat cari duit mudah. Belum nak tuduh begitu sebab aku tak jumpa orangnya.
Jadi kepada sesiapa yang jumpa mak cik ni, ada info lengkap tentang alamat dan no phone dia, tolong panjangkan pada Pusat Zakat Selangor.
Kami nak turun siasat dan jika sah keluarga ini memang memerlukan bantuan, pasti kami akan bantu. Pasti!
Harap tulisan ini menjelaskan situasi sebenar dan page-page tersohor yang share kisah mak cik ni semalam share juga post aku ini sebagai penjelasan pada audiences mereka.
Tidak banyak tapi sentiasa. Tidak ramai tapi ada. Tidak kaya tapi cakna. Itulah
Dana Kita
Yang benar,
Mohd Fadli Salleh.
Presiden Pertubuhan Kebajikan Dana Kita.
#MFS
Alhamdulillah, Arab Saudi Umum Buka Semula Makkah 31 Mei Ini Dengan Norma Baharu

Pasti ramai yang sudah mendapat panggilan haji tahun ini sudah bersedia. Namun di sebalik wabak COVID-19 yang menyerang seluruh dunia, pasti kita akan tertanya-tanya adakah kerajaan Arab Saudi akan memberikan kebenaran ibadah ini dilakukan tahun ini kerana wabak ini masih lagi mengganas.
.
Ada berita baik untuk semua umat Islam, Arab Saudi baru-baru ini umum akan buka semula Makkah bermula 31 Mei ini dengan syarat operasi yang lebih ketat bagi membolehkan penduduk kembali kepada kehidupan biasa namun dengan norma baharu.
Akan melaksanakan dua fasa pelan penyesuaian dengan membenarkan proses keluar masuk Makkah dilakukan dari jam enam pagi hingga tiga petang.
.
Fasa kedua yang akan bermula pada 21 Jun ini akan membenarkan penduduk Makkah untuk berada di kawasan awam bermula jam enam pagi hingga lapan malam.
Manakala solat Jumaat dan solat berjemaah di Masjidil Haram akan diteruskan dengan mengikut langkah keselamatan sedia ada.
Namun perniagaan seperti kafe dan kedai gunting rambut masih lagi belum dibenarkan beroperasi, manakala majlis perkahwinan dan pengebumian hanya boleh dihadiri maksimum 50 orang.
6 Mac lalu, Arab Saudi mengumumkan Masjidil Haram dan Masjid Nabawi akan ditutup sejam selepas solat Isyak dan akan dibuka sejam sebelum solat Subuh setiap hari sebagai langkah mencegah wabak COVID-19 di sana.
.
Turut menggantung kesemua lawatan umrah termasuk bagi warga penduduknya pada 4 Mac lalu, operasi pembersihan secara meluas itu merupakan satu langkah yang belum pernah diambil sebelum ini dan sebagai langkah pencegahan sementara.
Sehari kemudian, kerjaan itu mengumumkan kawasan tawaf di Masjidil Haram dibuka semula untuk jemaah bukan umrah dengan penekanan kepatuhan pada prosedur pencegahan daripada semua pekerja Masjidil Haram untuk melayani pelawat.
Mulai Ahad lalu, Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud mengarahkan perintah berkurung di seluruh negara itu dilonggarkan dari jam sembilan pagi hingga lima petang, kecuali Makkah dan kawasan yang sebelum ini melalui fasa kuarantin.
Adakah ini sinar dan petanda umat Islam dapat menunaikan umah dan haji buat masa terdekat? Mari la kita berdoa bersama-sama ye..
Sumber: Berita Harian