Luar Negara

Jenama Tupperware Sedia Fail Permohonan Muflis Selepas 80 Tahun Operasi

Share

Siapa tidak kenal dengan jenama Tupperware, jenama bekas plastik dan produk dapur kesayangan mak-mak kita.

Malah, jenama ini telah menjadi sebahagian penting dalam kehidupan ramai orang di seluruh dunia, termasuk di Malaysia

ARTIKEL BERKAITAN: Inilah Lelaki Yang Buat Korang Kena Marah Kalau Bekas Tupperware Hilang

Jika sebelum ini ada ura-ura yang mengatakan bahawa syarikat yang sudahpun wujud selama 80 tahun ini sedang berdepan masalah hutang meningkat dan kemerosotan penjualan. Terkini,  Tupperware dilaporkan  sedia fail permohonan muflis!

Persediaan untuk menfailkan permohonan untuk diisytiharkan muflis itu turut akan disusuli dengan rundingan bersama beberapa pihak yang memberikan pinjaman kepada jenama itu.

Earl Tupper, pengasas jenama Tupperware.

Ia termasuklah cara untuk menguruskan hutang berjumlah lebih USD 700 juta.

Sebelum ini, peminjam telah memberikan sedikit ruang kepada Tupperware selepas melanggar syarat-syarat perjanjian hutang. Bagaimanapun perniagaan jenama itu terus merosot.

Tupperware dikatakan sudah bertahun-tahun memberi amaran tentang keupayaannya untuk meneruskan perniagaan. Pada Jun lepas, syarikat itu merancang untuk menutup kilang tunggalnya di Amerika Syarikat dan memberhentikan kira-kira 150 pekerja.

5 fakta menarik mengenai jenama Tupperware:

  1. Revolusi Penyimpanan Makanan: Tupperware dikenali sebagai pelopor dalam teknologi penyimpanan makanan sejak diperkenalkan pada tahun 1946. Bekas plastiknya direka khas untuk kedap udara dan mampu mengekalkan kesegaran makanan lebih lama.
  2. Dicipta oleh Seorang Ahli Kimia: Tupperware dicipta oleh Earl Tupper, seorang ahli kimia yang berjaya mencipta plastik tahan lasak dan fleksibel, yang pada asalnya digunakan untuk penutup botol.
  3. Kaedah Penjualan Unik: Tupperware terkenal dengan sistem “Tupperware Party,” iaitu kaedah penjualan secara langsung di mana produk ini diperkenalkan dan dijual melalui acara sosial di rumah, yang menjadi popular terutamanya pada tahun 1950-an.
  4. Reka Bentuk Inovatif: Produk Tupperware sering dilihat sebagai ikon reka bentuk. Banyak produknya telah memenangi anugerah reka bentuk kerana kombinasi fungsionaliti, ketahanan, dan estetik yang menarik.
  5. Mesra Alam dan Tahan Lama: Tupperware menjadi pilihan ramai pengguna kerana ia mesra alam. Produk-produk ini direka untuk tahan lama dan mengurangkan keperluan penggunaan bekas plastik pakai buang, menjadikannya lebih lestari untuk alam sekitar.

P.S: Mesti ramai ‘mak-mak’ sedih..

BACA LAGI: Kucing Kesayangan Hilang, Kilafairy Tawar RM 2,000 Sebagai Ganjaran – REMAJA

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?

Ikuti TelegramInstagramTikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

IKLAN