Kalau sebelum ini kecoh di media sosial yang jenama Zara bakal menutup beberapa stor di seluruh dunia disebabkan Covid-19
Terbaru, label terkenal ini dikhabarkan berkolaborasi dengan Sony melancarkan kasut sneakers. Dua jenama besar ini mengeluarkan sneakers yang bertemakan Playstation generasi pertama iaitu lebih kurang selepas 25 tahun konsol pertama PlayStation dilancarkan.
Wow, betul-betul mengimbau kenangan ni.
Sneakers tersebut memiliki design yang lebih kurang dengan game yang booming di era ’90-an itu. Confirm peminat Playstation teruja dengan sneakers ini.
Sneakers berwarna kelabu itu memiliki motif seperti Playstation 1 dengan empat simbol utama iaitu segitiga, O, X, dan kotak yang merupakan tombol konsol PlayStation.
Ads
Design tombol ‘power’ yang ikonik pula berada di bagian belakang kasut. Manakala gelembung udara yang ditempatkan di bahagian bawah tumit berfungsi memberikan kesan yang selesa untuk pemakainya.
Ads
Kasut unik tersebut khas untuk korang yang kaki bersize kecil dengan ukuran maksimum US 7 atau 37,5. Sneakers dengan design Playstation old school tersebut dijual dengan harga US$ 50 atau lebih kurang RM 213.
Sebelum ini, Sony Playstation juga pernah berkolaborasi dengan Nike merilis Air Force 1 x PlayStation pada tahun 2018.
Jadi, kami yakin pasti ramai mereka yang membesar di zaman PlayStation bakal berlumba-lumba untuk mendapatkan kasut ini. Oh ya, buat korang yang membesar pada zaman yang sama game manakah yang paling mengimbau nostalgia korang semasa bermain PS1?
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kehadiran pelakon dan pengacara, Mira Filzah di dalam industri seni tanah air berlaku secara tidak disengajakan.
Menurut si cantik manis itu sewaktu diundang ke program Next To Neelofa yang dikeudara semalam di saluran Astro Ria, Mira mengimbas kenangan langkah pertama sebagai seorang selebriti bermula daripada percubaan di uji bakat pencarian Dewi Remaja!
Ya, pemilik nama penuh Nur Amirah Filzah binti Badioezaman ini pernah menjadi peserta pertama yang hadir di uji bakat pencarian Dewi Remaja 2014/2015 di mana salah seorang juri bertugas pada waktu itu tidak lain tidak bukan adalah penyandang gelaran itu sendiri, Noor Neelofa.
“I tak tahu jika you ingat ataupun tidak tetapi I pernah pergi ke uji bakat Dewi Remaja..,” soal Mira. Melihatkan kepada reaksi Neelofa, jelas beliau tidak begitu mengingati pernah mengadili Mira yang mencuba nasib pada tahun 2014.
“Masa itu, nombor I adalah 001 sewaktu uji bakat. You tanya soalan dekat I.. fasal charity atau something. I pun jawab dan I dapat kad bintang tu. Tetapi pada waktu itu I tidak dapat Top 20 yang disenarai pendek.”
“Jadi I pernah join (Dewi Remaja) tetapi itu pun suka-suka (memandangkan) I hanya di (kampus) UiTM Shah Alam. Bolehlah, pergi saja suka-suka. Tiada niat pun nak popular atau berlakon selepas itu. Perlahan-lahan, tawaran yang datang dekat I,” imbas Mira yang cantik mengenakan busana serba merah rekaan Davis Paul Lister (DPL) KL.
Kerjaya lakonan Mira kemudian bertitik-tolak bersama Majalah Hijabista untuk sebuah projek kolaboratif dengan jenama syampu. Ia kemudiannya dijadikan sebagai drama digital berjudul Dunia Lola.
Pada ketika itu, Mira masih memberi fokus sepenuhnya pada pengajian dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Perniagaan Antarabangsa di UiTM. Mira bukan hanya mementingkan soal pendidikan, malah dia juga ingin memenuhi hasrat ibunya yang ingin melihat Mira bergelar graduan.
Hanya sesudah menyiapkan tesis, Mira mendapat kebenaran daripada ibunya untuk menerima tawaran drama televisyen di bawah produksi Zeel Production.
Balas Neelofa, permulaannya dalam industri sedikit berbeza daripada Mira. Neelofa terpaksa ‘menyorokkan’ kelibatnya sewaktu cuba menembus masuk ke dalam industri menerusi bidang peragaan dan tentunya, pencarian Dewi Remaja 2009/2010.
“Kan masa Dewi Remaja dahulu, dia tak bagi tahu kami (adik-beradik) masuk industri seni langsung. Setiap kali bertanding dan diberikan cabaran (Dewi Remaja) ataupun perlu buat kemunculan di apa-apa acara, (saya akan beritahu) ada ‘college event daddy’. Haa begitu,” kongsi ibu kepada Muhammad Bilal itu.
Apapun, kedua-dua jelitawan ini sudah pun berjaya dalam laluan masing-masing dan mempunyai jutaan pengikut yang sentiasa penyokong hala tuju mereka baik dalam kerjaya seni mahupun dalam bidang perniagaan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Mesti ramai yang tahu tentang Black Friday dan Boxing Day, sales gila-gila yang ramai orang tunggu. Namun, menurut perkongsian dari Anas Abd Rahman rupa-rupanya dalam setahun ada dua lagi dua sales yang gempak di Eropah.
Tapi setahun hanya dua kali sebab sale ini mengikut musim disana. Satu pada Summer Sales dan yang kedua, Winter Sales.
.
Biasanya waktu ini harga barangan memang drop juga cuma bezanya tidak terlalu pack, ramai dan perlu berkerumun seperti Black Friday dan Boxing Day. Kalau dua sales ni memang korang kena datang awal pagi, beratur panjang dan promosi akan berlansung dalam sehari itu sahaja.
Tahun ini dijadualkan di France Winter Sales jatuh pada 8 Januari sehingga 6 Februari 2020. Summer Sales pula pada 24 Jun sehingga 22 Julai 2020.
Wah, sempat lagi ni kalau korang nak kejar Summer Sales.
.
Sales yang mengikut musim Winter dan Summer ini terbahagi kepada tiga fasa iaitu;
Cuma biasanya, makin dekat dengan tarikh penghujung sales, makin tak banyak barang. Hujung-hujung ni biasanya banyak dah tak ada, kalau handbag pun tinggal warna yang dah tak boleh matching, kasut saiz besar dan baju pula tinggal yang design biasa-biasa.
Tapi, ia terpulang pada cara dan style berbelanja masing-masing. Ada orang yang memang ada keperluan nak beli beg tangan jenama tertentu dengan model tertentu, memang kena datang awal sebelum kehabisan stok.
.
Ada juga yang shopping bukan sebab keperluan tapi nak ambil peluang masa harga barang murah. Tak kisah kalau datang masa fasa ketiga pun, yang penting bagi golongan ini adalah harga murah berbanding model dan jenis yang kita memang nak. So, time tu grab je apa yang ada walaupun tak berapa berkenan.
Kalau korang berpeluang untuk pergi ketiga-tiga fasa tersebut, janganlah lepaskan peluang. Kalau dah alang-alang sampai, boleh la merasa pengalaman berada di hari sales mereka kan. Mungkin peluang macam ni hanya dapat sekali seumur hidup.
Tapi sekiranya korang memang berduit, bolehlah pergi setiap tahun. Hiks!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Atas dasar simpati kepada rakyat Palestin, penyanyi popular, The Weeknd atau nama sebenar, Abel Tesfaye, 33, melalui organisasi miliknya, XO Humanitarian Fund menderma AS$2.5 juta (RM11.65 juta) untuk bantuan makanan.
Sumbangan dihulurkan penyanyi kelahiran Toronto, Ontario, Kanada itu difahamkan mencukupi untuk 4 juta bekalan makanan kecemasan kepada rakyat Gaza yang terjejas.
Baru-baru ini, Program Makanan Dunia (WFP), Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menyatakan sumbangan itu mampu membiayai 820 tan metrik bungkusan makanan, selain dikatakan mampu diagihkan kepada lebih 173,000 rakyat Palestin untuk tempoh dua minggu.
Pengarah WFP Timur Tengah, Afrika Utara dan Rantau Eropah Timur, Corinne Fleischer dalam satu kenyataan berkata, bantuan itu sangat diperlukan di Gaza.
Katanya, ini berikutan krisis yang berpunca daripada pengeboman berterusan tentera Israel terhadap kumpulan militan Hamas.
“Konflik ini mencetuskan malapetaka kemanusiaan yang di luar jangkaan. WFP bekerja sepanjang masa untuk memberikan bantuan di Gaza, tetapi skala besar diperlukan untuk menangani tahap kelaparan terdesak seperti kita lihat.
“Pasukan perlukan keselamatan dan akses kemanusiaan yang berterusan serta sokongan tidak putus penderma demi mencapai lebih ramai mangsa semampunya.
“Kami berterima kasih kepada Abel untuk sumbang sangat bermakna buat rakyat Palestin. Kami berharap Abel menjadi contoh lain untuk menyokong usaha kami,” katanya.
Terdahulu, Tesfaye dilantik sebagai Duta Muhibah WFP sejak Oktober 2021 dan berterusan menyokong pelbagai misi murni persatuan itu.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bermula sebagai pelakon cilik yang menghiasi layar televisyen, bakat Sweet Qismina sebagai pelakon memang tak boleh disangkal lagi.Terbaru, Sweet Qismina berkongsi dirinya berjaya menurunkan...