Tiada apa yang menyedihkan dalam kehidupan manusia kecuali saat perpisahan berlaku iaitu kematian. Ia bermakna perpisahan kekal di alam abadi dan yang tinggal adalah seribu kenangan.
Dalam keadaan dunia dilanda wabak COVID-19, pastinya ada keluarga yang dalam kesedihan apabila disahkan positif. Lagi sedih jika berlaku kematian dan ahli keluarga tidak dapat bertemu buat kali terakhit.
Namun perkongsian dari Ali Russia di fb ini benar-benarnya menginsafkan di mana jenazah seorang pesakit COVID-19 iaitu Haji Suhaimi bin Abdul Aziz dimuliakan Allah taala. Semasa hayatnya tubuhnya agak berisi namun ketika kematiannya tubuhnya jadi kecil, tampak muda seakan berusia 20 an dan lebih mengharukan jenazahnya amat ringan.
Bacalah perkongsian ini. Moga Allah mengampuni dosa-dosa kita dan selamatkanlah pesakit yang masih bertarung nyawa di ICU kala ini.
Covid19 Dan Cerita Dari Isteri
Kisah As Syahid korban Covid19 dari Melaka.
Al Fatihah – Diceritakan oleh isteri Allahyarham.
“Keadaan arwah Suhaimi 15hb tu baik baik aje selera makan ada, cuma demam kejap panas kejap sejuk.
Solat jemaah ngan dia Asar, Magrib dan Isyak. 16hb lepas makan antibiotik dan beberapa jenis ubat lagi dia dah tak de selera makan, mulai muntah, cirit birit. 17hb Xray telah diambil.
Hari ni dia semput lendir banyak dalam paru paru dan oksigen susah nak masuk, dalam paru paru hanya 88 – 90.
Dia demam lagi dan saya beberapa kali lapkan dengan kain basah bila sejuk dia minta maaf ngan saya sebab katanya disebabkan dia saya pun dapat virus.
Saya kata syukur la saya pun virus ni, dapat satu bilik ngan dia, tolong jaga dia, ambil temperature , buatkan air.
Doctor kata saya bole jadi Nurse da, kalau sakit biasa biasa mesti dipisahkn lelaki dan perempuan kan.
18hb dia duduk sebelah saya tengok keluar tingkap dia kata nampak banyak kubur kat sana, saya tengok tu bumbung bangunan aje.
Hati tu ada terdetik sepert nak ada perpisahan.
Lepas Zohor dia tidur mengigau saya bangun dan dengar apa yang dia cakap, sangat jelas seperti sedang bagi Bayan, katanya “Tiada yang dapat selamatkan kita selain dari Allah Lailahaillah Muhamadurrasulullah” dengan tangan yang diangkat seperti Syahadah.
Sebelum Asar keadaan dia susah nak bernafas walaupun guna oksgen lalu saya panggil Doctor, Doctor kata kena bawak ke bilik sebelah sebab ada Mesen Pernafasan.
Saya cuma pesan ucap kalimah Syahadah bang dan itulah ucapan terakhir yang saya dengar dari mulut dia sebelum ditidurkan.
19hb keadaan agak stabil, Doctor tukar ubat lain setelah minta izin dari saya, ada sedikit lebih baik dari semalam.
20hb diambil Xray ianya menunjukkn keadaan semakin merosot.
10.30 malam Doctor suruh saya tengok suami sebab bila bila masa jer jantung suami boleh berhenti.
Masa tengok tu badan dia besar, ye la macam yang biasa tengok saya kata saya redho jika dia pergi meninggalkn saya dan saya maafkan dia.
Kul 1.30 pagi Doctor kejut saya dan kata mereka tak dapat selamatkan pakcik jantungnya sudah berhenti.
Saya pergi tengok dia untuk kali terakhir.
Bila saya tengok rasa macam tak percaya, tubuhnya kurus mcm budak umur 20an, wajah bersih, badan takde lebam lebam, rupa pun macam budak muda.
Saya redho, jenazah pun ringan dan kain kapan yang salah potong katanye kecil tapi Alhamdulillah cukup cukup aje.
Pengurusan jenazah pun mudah Alhamdulillah.
Lupa pulak sape yang ada tengok dalam tv atau youtube nampak macam besar aje jenazah kan, tu dia orang dah letak kapas banyak.
Adik ipar tolong angkat nak mandikkan dari dalam van tu dia kata ringan bole angkat 2 org.”
Wallahualam
Al Fatihah
Semoga Allah Taala merahmati roh beliau dan memberi kesabaran kepada keluarga yang ditinggalkan …amin