Jenis Darah-Darah Yang Perempuan Wajib Ambil Tahu

Share

Dah jadi tanggungjawab seorang perempuan untuk mereka tahu hal-hal yang berkaitan dengan kaum wanita, lebih-lebih lagi mengenai darah wanita.

Kami pasti masih ramai yang keliru dan mungkin tidak tahu tentang perkara-perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan semasa datangnya ‘darah-darah’ tersebut.

Berikut merupakan perkongsian dari elhumawy tentang huraian ringkas mengenai darah wanita. Jangan ambil mudah, semoga pekongsian ini dapat memberi manfaat untuk kita semua.

1. Darah haid

Hukum haid

a. Haram dan tidak sah solat sama ada solat fardhu/sunat (termasuk solat jenazah). Tidak perlu diqadha’

b. Haram dan tidak sah melakukan sujud tilawah

c. Haram dan tidak sah melakukan sujud syukur

d. Haram dan tidak sah melakukan tawaf sama ada tawaf fardhu/sunast

e. Haram dan tidak sah puasa fardhu/sunat. Namun, puasa di bulan Ramadan wajib diqaha’

f. Haram iktikaf/duduk di dalam masjid

g. Haram masuk/lalu (tanpa berhenti/duduk) dalam masjid jika bimbang mengotori masjid

h. Haram membaca al-Quran dengan niat sebagai bacaan al-Quran

i. Haram menyentuh mushaf

j. Haram dan tak sah mandi wajid serta berwudhuk sebelum darah berhenti (suci)

k. Haram disetubuhi suami walaupun berlapik

l. Haram digauli (berseronok-seronok) oleh suami antara pusat hingga lutut tanpa berlapik

m. Haram bagi suami menceraikan isteri ketika sedang haid. Namun, talak tersebut jatuh/sah

2. Darah nifas

Sekurang-kurang nifas adalah satu lahzah (sedetik), sebanyak-banyak nifas adalah 60 hari 60 malam dan kebiasaannya adalah 40 hari.

Hukum nifas

Ulamak telah sepakat tentang hukum nifas adalah sama dengan semua hukum yang berkaitan darah haid.

3. Darah istihadhah

Darah yang keluar bukan pada hari-hari haid dan nifas. Ia merupakan darah penyakit yang keluar melalui urat di hujung rahim yang dikenali sebagai ‘azil.

Hukum istihadhah

Darah ini tidak mewajibkan mandi, wajib bersolat dan berpuasa

Perempuan istihadhah hendaklah melakukan perkara-perkara tersebut sekirannya nak bersolat:

– Membasuh darah tersebut
– Memakai pad dan seumpamanya
– Segera untuk berwudhuk. Disyaratkan wudhuk tersebut dilakukan setiap kali solat fardhu, dilakukan selepas waktu solat itu masuk dan muwalat (berturut-turut)
– Wajib segera bersolat selepas perkara-perkara di atas dilaksanakan

4. Darah tolq

Hukum tolq

Tidak dianggap nifas tetapi ia adalah darah kotor. Solat diwajibkan ke atasnya semasa meneran atau melahirkan anak iaitu sebelum bayi keluar sempurna sekalipun dirinya berdarah. Oleh itu, solat tersebut wajib diqadha’ sekiranya tidak dapat mengerjakannya ketika itu.

Diharap perkongsian ilmu ini dapat memberi pencerahan khususnya untuk golongan wanita memahami situasi yang pernah atau bakal mereka lalui. Untuk kaum lelaki pula, tak salah kalau korang pun ambil tahu tentang perkara ini. Satu hari nanti pun korang akan berkahwin kan?

Sama-samalah kita menuntut ilmu untuk kebaikan bersama.

Published by
Noor Ain Norman