Jenis-Jenis Oat Yang Korang Perlu Tahu Kalau Nak Diet Dengan Betul

Share

Ramai yang memilih oat sebagai makanan diet kerana menganggap ia sangat bagus untuk menurunkan berat badan.

Memang benar, tapi korang perlu tahu ada beberapa jenis oat sebelum memilih untuk dijadikan makanan diet.

Berikut merupakan perkongsian daripada Cikgu Diet Official tentang jenis-jenis oat yang perlu korang tahu bagi sesiapa yang mahu berdiet.

1. Instant oat

Foto: Cikgu Diet Official

Oat paling banyak diproses. Ia dimasak terlebih dahulu, kemudia dikeringkan, digelek, dilenyek dan dipotong kepada kepingan halus bagi tujuan memudahkan untuk dimasak. Oat jenis ini boleh direndam bersama air panas dan terus boleh dimakan.

2. Quick oat

Foto: Dad’s Oats

Biasanya, quick oat ini adalah instant oat yang dipotong kurang halus berbanding instant oat. Tempoh masaknya juga lebih lama, lebih kurang 2-3 minit.

3. Rolled oat

Foto: Bake With Yen

Merupakan oat yang dah dilenyek, tapi belum dimasak semasa pemprosesannya. Rolled oat lebih tebal daripada quick oat. Cara masak juga perlu lebih lama, lebh kurang 5-7 minit.

4. Steel cut oat

Foto: Healthline

Oat yang paling kurang diproses. Oat ini dipotong kasar dan tidak dilenyek daripada bijirin oat yang dipanggil oat groat. Bila dikunyah, rasanya kenyal dan rasa seperti kacang rebus. Cara masaknya agak lama, sekitar 20-30 minit sebelum boleh dimakan.

Pilihan sesuai untuk diet

Kalau korang perhatikan cara pemprosesan oat ni hanya melibatkan fizikal saja tanpa tambahan bahan lain. Kandungan nutrisi keempat-empat oat ini juga sebenarnya hampir sama.

Cuma, perbezaan paling ketara adalah kadar penyerapan ke dalam tubuh. Semakin halus oatmeal, semakin cepat diserap ke dalam badan dan semakin cepat ditukar kepada gula.

Ini kerana semasa diproses kandungan fiber dan nutrient dalam bijirin oat akan terbuang sekali dan menyebabkan indeks glisemik antara oat-oat ini berubah.

Ada yang kata bila kita makan instant oat dan quick oat, penyerapan gula adalah lebih dahsyat daripada minum air bergas. Mencanak naik gula dalam darah. Itu yang bila makan oat, tapi tak kenyang, selera makan tak berkurang, craving dan berat tak turun.

Mesti korang pernah rasa kan?

So guys, kalau korang nak diet, sebaiknya pilih rolled oat atau boleh cuba steel cut oat. Glisemik indeks rolled oat dan steel cut adalah sederhana, iaitu 58 sama kategori dengan brown rice.

Manakala glisemik indeks instant oat dan rolled out adalah 83, hampir sama seperti nasi putih.

Jadi, sekarang korang dah faham kan oat mana yang sesuai dimakan kalau sedang berdiet? Lepas ni janganlah bising pula kalau berat tak turun. Hiks!

Sumber: (1)

 

 

Published by
Noor Ain Norman