Hiburan

Jenna Ortega & Johny Depp Dikatakan Sedang Hangat Bercinta? Jarak Usia 40 Tahun Jadi Perhatian!

Share

Khabar angin yang mengatakan pelakon muda, Jenna Ortega, sedang bercinta dengan bintang terkenal Hollywood, Johnny Depp, semakin hangat diperkatakan.

Ramai peminat terkejut apabila mengetahui tentang hubungan mereka, terutamanya apabila memikirkan jarak usia yang begitu besar antara kedua-duanya.

Jenna Ortega & Johny Depp

Terbaru, akhirnya pelakon Jenna Ortega bersuara dan menjawab khabar angin dirinya sedang hangat bercinta dengan aktor kontroversi, Johny Depp.

ktres jelita yang berusia 21 tahun itu menepis khabar angin tersebut dan percaya bahawa dakwaan itu mungkin tercetus selepas dia dan Johny, 61 dikhabarkan terbabit dalam filem Beetlejuice.

”Ia mengarut sehingga saya sendiri tak boleh nak ketawa. Saya tak pernah bekerjasama dengan Johny. Tolong jangan sebarkan fitnah dan jangan ganggu kami.”

Sementara itu, jurucakap Depp turut tampil menafikan dakwaan tersebut dan menjelaskan dia tidak mempunyai hubungan istimewa dengan Jenna. Malah mereka berdua juga tidak pernah bertemu.

” Dia tidak pernah jumpa atau bercakap dengannya. Dia tidak terbabit sebarang projek dengannya atau ada niat itu.

Dia terkejut dengan tuduhan tidak berasas dan khabar angin memfitnah itu yang bertujuan mencalar reputasi serta karier pelakon terbabit.” ujar beliau.

**Jauh sangat beza umur tu kan…

BACA LAGI :Penyokong Jepun Tular Di Piala Dunia 2022, Kutip Sampah Sampai Stadium Bersih! 

Sumber: USA Today

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagramTikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Nana