Dispatch telah melaporkan bahawa ahli kumpulan Big Bang, G-Dragon dan Jennie Blackpink dikatakan telah menjalin hubungan selama setahun.
Menurut laporan mereka, Dispatch berkongsi bahawa mereka telah menyaksikan G-Dragon dan Jennie bertemu secara diam-diam. Kedua-dua selebriti itu sering bertemu di kediaman mereka.
Dispatch menjelaskan bahawa G-Dragon mempunyai tempat letak kenderaan peribadi dan lif peribadi untuk penthousenya, yang dapat digunakan Jennie tanpa perlu mengesahkan identitinya. Jadual harian Jennie yang biasa adalah mengunjungi rumah G-Dragon setelah aktivitinya selesai pada hari itu. Dia kemudian akan pulang ke rumah dan kemudian mengulangi jadual yang sama keesokan harinya.
Menurt sumber lagi, hubungan ini telah diketahui oleh pihak pengurusan mereka dan pengurus Jennis akan membawanya ke rumah G-Dragon atau pengurus G-Dragon akan membawa Jennie ke rumah enyanyi lelaki itu.
Pada 31 Januari, ketika hari berlangsungnya konsert Blackpink secara online “The Show”, Jennie dilihat meninggalkan rumah G-Dragon pada waktu pagi dan terus ke lokasi rakaman konsert tersebut. kereta G-Dragaon juga dilihat turut ada di tempat letak kereta lokasi konsert Blackpink.
Sumber terdekat mengatakan ramai orang di YG Entertainment sudah dapat menghidu perhubungan mereka dan ibu Jennie sendiri bersyukur kerana ada yang menjaga anaknya itu.
Walau bagaimanapun, YG Entertainment menjelaskan bahawa mereka tidak dapat mengesahkan apa-apa mengenai kehidupan peribadi artis naungan mereka. Pihak YG juga meminta agar orang ramai memahami situasi mereka.
Wah, jika benar apa yang dilaporkan, mesti ramai peminat selebriti ni happy kan?
Sumber: Soompi