
Yeke orang kata mewarna rambut boleh ubah penampilan agar kelihatan lebih segar, cantik, mempesona malahan lebih vogue?
Trend rambut 90-an tiba-tiba kembali ‘in’ dikalangan anak muda masa kini. Kali ini tiba pula trend mewarnakan rambut ala ‘chunky highlights’ yang menjadi pilihan ramai selebriti dan influencer selepas Jennie Blackpink tampil dengan rambut stail ini.
Untuk info warna ‘chunky highlight’ ini kelihatan seperti warna honeycomb keemasan dengan highlight di garisan rambut depan. Satu yang menarik dengan stail ini membuatkan muka besar dan bulat kamu kelihatan kecil, memberi kelainan pada penampilan.
Ini stail rambut terbaru Jennie Blackpink yang jadi ikutan seluruh dunia.
Rata-rata peminat Jennie teruja dengan penampilan terbaru salah seorang ahli kumpulan Blackpink ini.
.
.
.
Memang nampak cool kan…sampai artis Filipina pun terikut trend ‘chunky highlight’ ni.
Tapi sebelum korang nak ikut trend ni, lebih baik korang dapatkan nasihat colorist terlebih dahulu. Nanti takut jadi lain pula…hehe
Kalahkan Dwayne Johnson, Putera William dinobat Lelaki Botak Terseksi Di Dunia

Definisi kacak mungkin berbeza mengikut persepsi setiap individu. Ada yang menganggap bahawa lelaki botak itu kacak, tapi ada pula yang merasakan bahawa seorang lelaki tampan itu adalah yang sentiasa berambut lebat,kemas dan bergaya.
Kalau nak ikut taste masing-masing memang susahlah korang nak define maksud kacak tu.
Jadi, ini adalah senarai 10 lelaki botak paling kacak di dunia menurut The Sun . Dan hasil kajian daripada pakar bedah kosmetik Longevita mendapati bahawa Putera William digambarkan sebagai ‘seksi’ dalam blog dan artikel dalam talian di internet. Ia juga berdasarkan survey yang telah dilakukan secara meluas.
Jom kita tengok siapa lelaki botak paling handsome didunia..
- Prince William – 17.6m
- Mike Tyson – 8.8m
- Jason Statham – 7.4m
- Pitbull – 5.4m
- Michael Jordan – 5.3m
- Floyd Mayweather – 4.3m
- John Travolta – 3.8m
- Bruce Willis – 3.3m
- Dwayne Johnson – 2.6m
- Vin Diesel – 2.3m
Amacam, onz tak onz? Ada tak crush korang dalam senarai ni? Hiks!
Sumber : The Sun
Gimme The Mic Malaysia: “Saya Mungkin Tersasar Masa Nyanyi Tapi Tak Pasti Tentang ‘Slang'” Mofanora Terima Penyingkiran Dengan Hati Terbuka

Peserta, Mofanora menghadapi saat yang mengecewakan apabila diumumkan tersingkir pada minggu keempat dari program Gimme The Mic Malaysia yang berlangsung di Pusat Konvensyen CIDB, Cheras pada Ahad.
Meskipun keputusan itu tidak mengejutkannya, Mofanora tetap menerima keputusan itu dengan hati terbuka dan pengalaman berada dalam pertandingan ini merupakan satu perjalanan baru dan memberi peluang kepada dirinya untuk terus belajar dan berkembang dalam dunia muzik.
“Saya mungkin tersasar sedikit malam tadi dan penyampaian nyanyian saya tidak sampai kepada juri dan penonton. Ajai ada sebut tentang slang dalam nyanyian tapi saya tidak yakin sama ada saya benar-benar mempunyai slang atau tidak”
Menurut Mofanora atau nama sebenar Mohd Faudzi Nor Rahim (52), beliau mengaitkan masalah ‘slang’ disebabkan pengalamannya menyanyi dalam bahasa Inggeris lebih banyak yang mungkin mempengaruhi penyampaiannya ketika menyanyi dalam bahasa Melayu.
Walau bagaimanapun, Mofanora yang membawakan lagu Suci Dalam Debu (Iklim) mengakui kesilapan peribadi dan menyedari bahawa mungkin dia tidak sepenuhnya melepaskan emosi dalam nyanyiannya.
“Saya akan terus mencuba nyanyikan lagu sama berulang kali hingga saya temui versi yang sesuai dengan diri saya,” ujarnya.
Jelasnya lagi, persembahan malam tadi tidak menyurutkan semangatnya dan dia bercadang untuk terus mencuba dan mengeksplorasi lagu-lagu yang lebih mencabar pada masa akan datang.
Sementara itu, TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia akan diteruskan lagi dengan 13 orang perserta pada minggu kelima. Juara TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia akan membawa pulang wang tunai bernilai RM10,000 daripada Astro, kira-kira RM9,300 (AS$2,000) daripada Tiktok selain tawaran projek lagu single tajaan Astro dan Rocketfuel.
Sementara Enam peserta terbaik pula bakal dipilih mewakili Malaysia untuk bersaing dalam saingan Gimme The Mic Global bersama peserta negara lain seluruh dunia.
Kesemua peserta diadili juri tetap iaitu Ajai, Yuna, Hael Husaini dan BCL dari Indonesia.
TikTok LIVE Astro Gimme The Mic Malaysia bakal bersiaran selama lapan minggu setiap Ahad jam 9.00 malam di Astro Ria dan On Demand. Penonton juga boleh strim di Astro Go dan sooka.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
‘Pre-Listening’ & ‘Pre-Judging’ Lain, Ketua Juri AJL38 Sangkal Dakwaan Pemenang Dipilih Awal

“Kita tidak buat jugding awal seperti yang ditomahkan kepada kita..”
Acapkali malam kemuncak Angerah Juara Lagu melabuhkan tirainya, pasti ada sahaja yang melontarkan pelbagai spekulasi terhadap sistem penjurian yang dipraktikkan oleh barisan juri yang dilantik oleh penganjur.
AJL ke-38 semalam tidak terkecuali apabila ramai netizen di media sosial mendakwa bahawa para pemenang telah diputuskan lebih awal dari malam pertandingan. Kata mereka, tidak hairanlah ramai yang boleh meramalkan keputusan dengan tepat lalu sedikit sebanyak mencacatkan elemen kejutan dalam penentuan pemenang bagi setiap trofi yang dipertandingkan.
Mengulas dakwaan ini dalam sidang media semalam, pengarah dan konduktor muzik berkaliber, Datuk Mokhzani Ismail yang dilantik sebagai Ketua Juri menjelaskan wujud perbezaan antara sesi ‘pre-listening’ di mana para juri mendengar 12 buah lagu yang dipertandingkan dengan teliti dan ‘pre-judging’ seperti yang didakwa netizen.

“Juri mengupas lagu-lagu tersebut dalam bentuk notation semasa pre-listening.. bukan pre-judging; untuk kesemua 12 buah lagu ke dalam bentuk notation supaya kesemua juri-juri faham tentang kaedah lagu, form lagu, struktur, chord, changes dan genre.
“Itu sangat penting kerana kita mempertandingkan kesemua jenis lagu yang diletakkan ke dalam satu pertandingan.
“Desas-desus mengatakan kita ada pre-judging. Tidak sama sekali. Saya sebagai Ketua Juri menyangkal dakwaan sebegitu,” tegasnya.

Tambah Datuk Mokhzani lagi, sukar untuk para juri terdiri daripada diri beliau bersama-sama Datuk Wah Idris, Datuk Acis, Azlan Abu Hassan, Jari, LY, Noryn Aziz, Ad Samad, Efry Arwis dan Adlin Aman Ramlie untuk meneliti kesemua kriteria selepas 12 buah lagu dipersembahkan dek waktu yang suntuk.
Oleh itu, proses pre-listening tersebut memainkan peranan yang cukup penting.
“Masing-masing diberikan tanggungjawab supaya malam ini kita akan mendapat satu jawapan yang tepat.
“(Tapi) kita tidak buat judging awal seperti yang ditomahkan kepada kita kerana mustahil. Melodi mungkin boleh buat (penjurian awal) tapi apa yang kita lihat dalam kriteria adalah melodi, lirik, gubahan dan vokal.
“Vokal pula kadang bertukar. Dalam audio lain, ada pula penyanyi gantian.. sudah lain. Itu kita ambil kira,” ujarnya.
ARTIKEL BERKAITAN: Air Mata Iringi Kemenangan Amir Jahari Di AJL-38, Aina Abdul Sambar 3 Trofi – REMAJA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.