Minggu pertama dalam bulan Mei kembali lagi bagi tahun ini and that can only mean one thing and one thing ONLY..
Acara MET GALA!
Perhimpunan fesyenista yang terdiri daripada warga majalah Vogue Amerika Syarikat, selebriti paling berstail dan berpengaruh serta pereka-pereka fesyen terkemuka ini amatlah dinanti-nantikan pada setiap tahun. Ia berikutan tema fesyen berbeza yang memberikan cabaran menarik untuk pereka fesyen menampilkan busana-busana menarik rekaan mereka dan tahun ini juga tidak jauh bezanya.
Tema pada acara 2023 adalah ‘Karl Lagerfeld: A Line of Beauty” yang mendedikasikan penghormatan kepada mendiang Karl Lagerfeld yang merupakan bekas pengarah kreatif jenama Chanel, Fendi, Karl Lagerfeld dan seorang ikon fesyen secara amnya.
Menariknya bagi edisi kali ini, semakin ramai barisan selebriti dari Korea Selatan yang menerima jemputan. Jika pada tahun 2021, Rose Blackpink dan CL telah menerima penghormatan untuk berjalan di karpet merah Muzium Metropolitan New York itu.
Tahun ini, tiba giliran beberapa lagi nama-nama besar dunia hiburan K-pop. Menerajui barisan selebriti berkenaan ialah ahli kumpulan Blackpink, Kim Jennie.
Kemunculan pempengaruh rasmi jenama Chanel ini telahpun dijangkakan sejak tema pameran pada tahun ini diumumkan beberapa bulan lalu. Ini kerana Jennie ialah segelintir daripada pempengaruh generasi terakhir yang sempat bekerjasama dengan Karl Lagerfeld sebelum beliau menghembuskan nafas terakhir.
Ads
Kim Jennie.
Jennie menyarungkan gaun pendek vintaj yang dipilih daripada koleksi arkib tahun 1990 dan dirinya kelihatan cukup chic dengan dandanan rambut retro ke belakang dan tata rias minimal persis gadis Perancis.
Turut berjalan di karpet merah MET Gala pada tahun ini ialah Jackson Wang daripada kumpulan Got7 dalam persalinan serba hitam lengkap dengan kaca mata serta sarung tangan kulit hitam.
Jackson Wang.
Selain mereka berdua, pelakon Song Hye Kyo yang baharu memperolehi anugerah Pelakon Wanita Terbaik bagi peranan beliau dalam drama The Glory juga telah menerima jemputan.
Namun, beliau memilih untuk menggayakan set blaus dan skirt labuh rona ‘blush’ jenama Fendi dan ia telah ditata gayakan oleh Kim Jones.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Lawatan negara Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol ke London pada minggu ini telah menyaksikan momen persilangan budaya pop antarabangsa yang paling penting dalam sejarah industri hiburan K-pop.
Ini setelah kumpulan Blackpink yang dianggotai oleh Jennie, Rosé, Lisa dan Jisoo menjadi kumpulan gadis pop pertama dari Asia yang dijemput untuk menjejakkan kaki ke Istana Buckingham. Kali terakhir sebuah kumpulan gadis pop diiktiraf sebegitu rupa adalah pada tahun 1997 menerusi Spice Girls yang mencipta fenomena pada waktu itu.
Dalam ucapan Raja Charles sewaktu acara santapan berlangsung, baginda mengangkat sumbangan kumpulan Blackpink khususnya kepada kerajaan dan budaya Korea Selatan di peringkat antarabangsa. Malah, baginda juga sempat menyebut keempat-empat nama ahli kumpulan itu dalam ucapannya. Wow!
Bukan setakat itu, baginda juga memuji sumbangan Blackpink terhadap usaha mengangkat kelestarian alam sekitar.
“it is especially inspiring to see korea’s younger generation embrace the cause. i applaud jennie, jisoo, lisa and rosé, better known collectively as blackpink, for their role in bringing the message of environmental sustainability to a global audience as ambassadors…” pic.twitter.com/caoPth2yGE
“Beta memuji Jennie, Jisoo, Lisa dan Rosé, yang lebih dikenali secara kolektif sebagai Blackpink, di atas peranan mereka dalam menyampaikan mesej kelestarian alam sekitar kepada khalayak global sebagai duta untuk Presidensi COP 26 U.K; dan kemudiannya sebagai wakil untuk U.N. (Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu) Matlamat Pembangunan Mampan,” titahnya.
Selain Blackpink, Raja Charles turut memuji sumbangan Korea Selatan kepada budaya Britain termasuklah populariti drama bersiri Squid Games, kumpulan BTS dan naskah filemografi Bong Joon-ho.
Kehadiran Blackpink di Istana Buckingham juga mengujakan para peminat mereka, Blinks di seluruh dunia disebabkan stail busana eksklusif yang disarungkan oleh setiap ahli.
Tampil memperagakan gaun hitam bertekstur lengan puff dan clutch daripada koleksi resort 2024 Christian Dior, Jisoo kelihatan cukup elegan bak kerabat diraja.
Sementara itu, Rosé yang dilihat sempat berbual dengan Raja Charles selepas acara santapan memakai gaun baldu hitam tanpa tali untuk dipadankan dengan aksesori rambut bow pada rambutnya.
Jennie pula tampil berbeza daripada ahli kumpulannya dalam busana serba putih berlengan panjang. Biarpun kelihatan agak ringkas, tetapi ia sinonim dengan estetika Jennie disebabkan potongan off-the-shoulder.
Tidak ketinggalan Lisa, satu-satunya ahli yang memilih busana berwarna terang daripada Georges Hobeika. Gaun jenis tulle bermanis yang dipadankan dengan tumit tinggi platform emas matelik itu membuatkan penyanyi lincah itu cukup menyerlah dan ramai membandingkan pesona Lisa dalam busana ini dengan Princess of Wales, Kate Middleton.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Soompi, Getty Images
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Difahamkan, Nadhir bakal pulang ke kampung halaman di Kuala Kangsar, Perak bagi menyambut Aidilfitri bersama keluarga tercinta tahun ini.
Namun, apa yang lebih menarik perhatian peminat adalah pengakuannya yang dia masih belum mempunyai teman istimewa buat masa sekarang.
Perkongsian tersebut pantas mendapat reaksi di ruangan komen apabila ramai peminat meluahkan rasa syukur dan gembira mendengar jawapan daripada aktor berusia 28 tahun itu. Malah, ada yang sempat berseloroh ingin mencuba nasib untuk menawan hati Nadhir.
“Okay! Boleh terus maju ke depan sebab dia belum ada ehem ehem,” komen seorang pengguna.
“Lega tiada lagi, kalau tak saya menangis dah kalau ada,” tambah seorang peminat.
“Rasa nak balik Kuala Kangsar lah tahun ini. Kenapa lah tak letak Kuala Kangsar itu sebelah Johor, senang sikit nanti Nadhir nak balik,” seloroh seorang lagi pengikutnya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: TikTok MeriPergiBulat
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Usaha, Doa, Tawakal. Tiga perkara ini disemat rapi dalam jiwa pemilik nama Che Aiman Ameer Bin Che Kamarudin dalam memburu impiannya. Kini usai bergelar juara Hero Remaja 2023, permulaan langkah anak seni ini dijangka bakal memberi kejutan kepada setiap mata yang memandang.
teksADRIANA SYAURAH fotografiHAIKAL SHUIB konsep FZ AIMMAN arahan seni & susunan grafikAZNIZA AZIZ penolong penyelarasFATH ABU BAKAR suntingan fotoHEZRY ROKMANpenerbit & suntingan videoSURIA NUR AMIRA videografiSUFYAN MARHABAN & EZZAT SHUKRI solekan ARY MUZAMER dandanan AYANG KAMELL persalinan SACOOR BROTHERS, SACOOR BLUE, MONKI & ZAIMI ZULKAFLI lokasiSOL STUDIO
Pentas akhir pencarian Hero Dewi Remaja 2023 melabuhkan tirainya pada akhir Disember lalu dengan menyaksikan Aiman Ameer dinobatkan sebagai juara Hero Remaja 2023 setelah mengenepikan tujuh lagi finalis berbakat.
Sedari episod awal Hero Dewi Remaja 2023, Ameer sudah diramal menjadi di antara pesaing paling sengit bagi finalis-finalis lain apabila sering mendominasi tugasan yang diberikan dan tidak pernah sekalipun berada di tangga tercorot. Jelas terbukti; dedikasi, fokus dan misi yang digenggam oleh Ameer tidak lari dari landasan.
Blazer Sacoor Blue Seluar Sacoor Brothers Kasut LR LARRIE Men Brown Trendy Business Slip On Shoes Jam Tangan (Milik Aiman Ameer)
PERMULAAN BERGELAR ANAK SENI
Di hamparan kehidupan, kadang-kala kita dihadapkan dengan simpulan yang sukar dijangka, terutama apabila membicarakan tentang pemilihan kerjaya. Bagi jejaka berusia 24 tahun ini, impian memiliki tiket sebagai anak seni bermula apabila dia menyambung pengajian dalam jurusan Pengurusan Logistik di Politeknik Metro Johor Bahru.
Meskipun jiwa meronta-ronta untuk bergelar anak seni, Ameer dengan rela hati berusaha menamatkan pengajian tersebut demi memenuhi hasrat ayahnya.
“Kalau ikutkan sejurus selepas habis SPM, saya mahu terus fokus bidang freelancing, sambil menempa nama tapi disebabkan ingin lunaskan hasrat ibu bapa, saya tamatkan jua.
“Lepas habis diploma, ayah suruh sambung degree pula. Tapi ketika itu, saya berkeras dengan parents. Saya nak buat benda yang saya minat, so slowly saya cuba buktikan kepada mereka,” terangnya sebaik penulis duduk melayan telatahnya yang sedang dirias jurusolek, Ary Muzamer.
Dalam melodi kebebasan yang diciptakan sang juara ini, dirinya mula berjinak-jinak di media sosial pada tahun 2017 untuk berkarya.
“Sejak 2017, saya mula aktif membuat content terutamanya dengan kembar saya, Ammar. Buatpun sekadar suka-suka sahaja pada awalnya sebelum tersedar content yang saya lakukan itu boleh generate income.
“Waktu umur 18 tahun, saya sudah mula dapat job dengan cara ini. Meskipun ketika itu dibayar rendah tapi saya tidak kisah kerana minat yang mendalam.”
Persalinan Sacoor Brothers Kasut LR LARRIE Men Black Smart Side Designed Closed Lace Business Shoes
GELOMBANG AKSI PENCETUS MINAT
Keindahan dan keunikan setiap individu sering kali bersarang daripada sejarah hidup dan pengalaman peribadi mereka. Bagi Ameer pula, minatnya yang mendalam terhadap genre aksi bukan sekadar suatu pilihan, bahkan ia berpunca daripada minat yang disemai sejak kecil.
“Kenapa saya selalu mention mengenai minat saya terhadap genre aksi adalah kerana sejak kecil lagi, saya banyak luangkan masa untuk tonton movie action bersama adik beradik yang lain.
“Adik beradik saya ada 8 orang kesemuanya dan 6 daripada kami adalah lelaki. Tidak sahlah kalau sepanjang kami membesar, kami banyak habiskan masa menonton cerita aksi.
“Abang sulung pula dulu belajar silat, second brother pula masuk kelas boxing dan Muay Thai. Adik beradik yang lain pun aktif mewakili sukan olahraga sampai ke peringkat negeri. Memang kami semua lasak-lasak orangnya (ketawa),” jelasnya.
Menariknya, meskipun Ameer tidak pernah menuntut secara profesional daripada mana-mana guru seni bela diri, minatnya terhadap sukan aksi terus berkembang. Filem-filem aksi yang ditontonnya sejak kecil kian menjadi sumber inspirasi dan motivasi untuknya terus memperkemaskan skil tanpa sempadan.
“Bagi saya, aksi bukan sekadar pukulan dan tendangan sahaja. Ia juga menitipkan elemen keberanian, kecekalan dan semangat untuk tidak mudah menyerah.
“Saya mungkin tidak pernah belajar secara formal tetapi melalui kisah hidup saya dan pengalaman bersama keluarga, saya dapat memahami erti sebenar aksi,” tutur Ameer penuh yakin.
Persalinan Sacoor Brothers
DARI AWAN BIRU KE GELANGGANG HERO DEWI REMAJA 2023
Perjalanan hidup semua insan tidak akan terlepas dengan membuat pilihan sulit. Bagi Ameer, berlakon bukan sahaja sekadar hobi, ia juga merupakan medium untuk mengekspresikan diri dan berkongsi kisah terhadap mata yang melihat.
Cuma sudah tersurat untuk Ameer terlebih dahulu berkhidmat sebagai anak kapal terlebih dahulu. Satu kerjaya yang meskipun menarik tetapi semakin lama semakin jauh dari pangkuan hatinya.
Lantas, Ameer nekad mempertaruhkan kerjaya stabil itu awal 2023 demi mengejar peluang menyandang gelaran Hero Remaja.
“Saya sedar yang minat untuk bertugas sebagai anak kapal itu mulai pudar dan working environment pun tak seiring dengan jiwa. Maka saya ambil keputusan untuk berhenti. Tidak sangka pula, mak saya menyokong keputusan tersebut kerana berjaya percaya saya boleh pergi jauh dalam industri seni.”
Keputusan untuk berhenti daripada kerjaya yang telah dipegangnya lama bukanlah sesuatu yang mudah. Apatah lagi pada saat itu, jejaka berketinggian 170cm ini masih belum mengetahui sekiranya pencarian Hero Remaja bakal menjelang tidak lama lagi.
Namun, panggilan hati dan cinta terhadap seni mendorong Ameer untuk mengambil langkah berani mati itu. Baginya, Hero Dewi Remaja 2023 adalah platform yang cukup sempuna untuk mendedikasikan diri kepada minatnya selama ini. Tempoh tanpa punca pendapatan tetap itu pula diambilnya untuk terus berpandangan positif dan memperluaskan ilmu dalam bidang lakonan.
“Hero Dewi Remaja 2023 adalah antara motif terbesar dan pembakar semangat saya untuk berhenti (kerja sebagai anak kapal). Alhamdulillah, saya diterima masuk dan bermulalah perjalanan saya sebagai Aiman Ameer, seorang anak seni,” katanya penuh semangat.
Sut Sacoor Brothers Kasut (Aiman Ameer) LR LARRIE Men Brown Classic Business Boots Kasut (Nurel Baharin) LARRIE Black Classic Mules
BUKAN BEBANAN TAPI SATU TANGGUNGJAWAB
Sebaik sahaja namanya diumumkan sebagai juara Hero Remaja 2023, jejaka ini dengan penuh rendah hati segera bersujud syukur di atas pentas. Akuinya gelaran yang diterima pada tanggal 29 Disember 2023 itu hadir dengan tanggungjawab berat.
“Sejujurnya, saya percaya dengan kebolehan diri untuk menggapai gelaran juara itu tapi saya cuba untuk tidak over-confident. Jika kita expect terlalu tinggi, then apabila kita gagal mendapatkan benda itu, kita akan jatuh terduduk.”
Menyedari bahawa gelaran juara bukan sekadar suatu beban sebaliknya merupakan tanggungjawa yang harus digalas, Ameer bersiap sedia menjadi sisi terbaik dirinya bagi memberi impak positif kepada masyarakat.
“Menjadi ikon kepada khalayak remaja adalah suatu perkara yang saya perlu pegang erat. Niat saya untuk sertai Hero Remaja memanglah bagi membuka pintu sebagai pelakon baharu. Tetapi saya sematkan juga misi mengubah mindset orang ramai yang sering mengatakan Generasi Z lemah sikap dan semangatnya sebenarnya lemah.
“Pengaruh yang ada pada saya selepas ini akan cuba saya gunakan bagi mengajak generasi yang lebih muda dari saya menjadi the best version of themselves,” tambahnya lagi.
FROM ZERO TO HERO
Rasa terharu dan bersyukur masih terus mengalir dalam diri Ameer biarpun sudah seminggu beliau meraikan kemenangan sewaktu penggambaran kali ini berlaku. Manakan tidak, dirinya sudah merasai setiap titik peluh, air mata dan jatuh bangun sebelum dikurniakan kemenangan tersebut.
“Dari tahun 2020, Ameer bergerak sebagai freelancer selama tiga tahun dan perjalanan ulang-alik dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur sudah sinonim dengan saya semata-mata untuk mengejar job ketika itu.”
“Disebabkan minat, meski payment job itu rendah pun Ameer sanggup buat biarpun kadangkala pulangannya tidak bawa balik modal disebabkan kos.”
“Pernah satu ketika saya terpaksa menumpang teduh di surau berdekatan ketika menjalani penggambaran kerana hotel dan AirBnb semua fully booked pada ketika itu. Pengalaman sebegini sangat berharga dan membuatkan saya lebih bersyukur dengan setiap peluang yang diberikan. Jelas, Allah itu Maha Mendengar.
“Kita semua akan dapat the right thing at the right time. Sebab itu, Allah berikan saya gelaran juara pada usia dan saat ini.
“Seandainya saya dimurahkan rezeki selepas ini, setidaknya saya akan lebih menghargai kemanisan momen itu kerana hanya saya mengertai apa yang terpaksa dilalui selama ini,” katanya.
‘FAMEERLY’ LEBIH DARI SEKADAR PEMINAT
Dalam dunia sosial media yang semakin berkembang, pengaruh dan sokongan peminat mampu membawa kesan mendalam. Bagi Ameer, hubungan dengan peminatnya sudah ibarat sebuah keluarga yang cukup akrab dan dari situlah gelaran Fameerly itu hadir.
“Saya terkejut juga sebab orang yang tidak kenal Ameer pun banyak menyokong selama ini. Betul juga apa orang cakap, sometimes our biggest fan is a stranger and our biggest enemy is our closest friend. Tapi Alhamdulillah setakat ini tiada lagi kawan tikam belakang,” kongsi Ameer, mengungkapkan betapa pentingnya hubungan yang dibina dengan peminatnya.
Kasut LARRIE Men’s White New Look Smart Sneakers
NEXT STEP FORWARD
Berakhirnya gelanggang Hero Dewi Remaja 2023 bukanlah tiket untuk Ameer menarik nafas lega, kini jejaka ini sedang mencatur langkahnya dengan penuh teliti untuk tampil di skrin besar.
Sempat berkongsi dengan REMAJA mengenai perkembangan terbarunya, Ameer mengumumkan dirinya sedang terlibat dalam penggambaran drama yang akan disiarkan tidak lama lagi.
“Sejujurnya saya amat nervous kerana saya masih mencari-cari lagi apa yang saya boleh pelajari daripada sesuatu job itu. Rasa teruja juga membuak kerana saya tidak sabar melihat sejauh mana saya boleh perbaiki diri dan see the growth as anak seni,” kongsi Ameer, membuka tirai sebagai pemain industri.
“Saya menyimpan impian untuk menjayakan pelbagai jenis karakter kerana saya hargai versatiliti dalam berkarya. Ya saya pernah luahkan impian untuk menjadi hero aksi tetapi saya juga enggan memilih sekiranya ada kebebasan untuk bereksperimen dengan naskah berbeza.
“Karakter yang serius boleh, comedic pun saya minati. Dalam perihal ini, Zizan Razak saya jadikan sebagai benchmark kerana saya percaya saya turut memiliki kualiti humor and spontaneous side dalam diri,” ungkapnya, menyoroti cita-cita dan inspirasinya untuk menjadi seorang pelakon yang serba boleh.
“Mana tahu satu hari nanti saya boleh bergandingan bersama Tracie Sinidol. Saya mula melihat Tracie berlakon menerusi babaknya berlakon bersama Fimie Don dan dari situ Ameer mula menyimpan impian nak berlakon bersamanya.”
FIZIKAL BUKAN SEGALANYA
Lumrah seorang manusia untuk sentiasa mencari titik kelemahan individu lain. Belum pun panas mengisi kerusi selaku juara Hero Remaja 2023, segelintir pihak sudahpun mengkritik fizikalnya yang dikhabarkan tidak cukup sempurna di mata mereka terutama dalam soal ketinggian.
Ameer menegaskan hanya pencapaian dan dedikasinya sebagai pelakon mampu menutup mulut pengkritik rawak di ruang media sosial.
“Wait and see sahaja. Lihat outcome yang bakal saya persembahkan”
“Ameer tak bothered sebab saya rasa ketinggian saya sederhana, tidaklah sebegitu pendek bagi saya. Jadi ia bukan satu isu pun yang terlintas di kepala. Saya tahu ‘barang’ yang ada dalam diri dan kemampuan saya. Kenapa kita nak menjadi judgemental dan melihat luaran semata?” tegasnya lagi.
Persalinan Sacoor Brothers Kasut LR LARRIE Men Black Classy Full Patterned Business Footwear
Perjuangan ikhlasnya bagi membuktikan kemampuan dirinya ini turut dikongsi oleh para pengikut yang menghantar pesanan peribadi di media sosial untuk berterima kasih kerana kejayaannya sebagai juara Hero Remaja 2023 telah menjadi titik inspirasi bagi mereka yang pernah merasa putus asa dalam mengejar impian.
“Alhamdulillah ramai yang DM dan berterima kasih kerana mereka merasakan kemenangan saya tempoh hari sudahpun ibarat menjatuhkan tembok penghalang kepada ramai lagi yang berkongsi aspirasi sama. Ada yang nak give up untuk menjadi pelakon sebabkan isu ketinggian sedangkan mereka power berlakon.
“Sedikit sebanyak, feedback mereka itu turut memberi semangat buat saya untuk mengandakan usaha saya bagi memberikan yang terbaik buat mereka yang melihat saya dari jauh. Perjuangan ini bukan milik saya seorang lagi tetapi dikongsi kami bersama yang ikhlas ingin mara ke hadapan,” simpulnya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagramdan TikTokrasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Nama Kasih Iris Leona mungkin sudah tidak asing lagi dalam dunia media sosial tempatan.
Dalam satu hantaran di Instagram Story baru-baru ini, anak kepada pelakon...