Jennifer Lopez Hadapi Detik Cemas Bila Tiba-Tiba Blackout Semasa Konsert…

Share

Bayangkan tengah seronok layan konsert tiba-tiba lampu semua terpadam dan keadaan jadi gelap gelita.

Itulah yang terjadi kepada penyanyi, Jennifer Lopez atau lebih dikenali sebagai JLo apabila konsertnya, Its My Party di Madison Square Garden terpaksa di jadualkan semula setelah kota New York menghadapi blackout,

Ahad lalu.

Suasana cemas itu turut dikongsi oleh penyanyi lagu Love Don’t Cost A Thing itu di laman Instagramnya.

“The party’s not over til I say it is. See you tonight, NYC!!!!!!!! See what went down when the lights went out. Link in my bio #Blackout #ItsMyPartyTour,” tulisnya. 

Dalam perkongsian lain pula, kelihatan Jlo meluahkan kekesalannya apabila tidak dapat beraksi di ‘kampung halamannyaa’ itu.

“Mereka suruh saya turun dari pentas, saya sedang menunggu di situ dan nampaknya satu kota blackout dan di juga di sini (Madison Squre Garden) semasa konsert sedang dijalankan. Sebenarnya, kami baru sahaja mulakan konsert ini.

“Sekuriti meminta agar semua orang kosongkan premis secara perlahan-lahan dan berhati-hati dan itulah yang akan kita lakukan. Saya sayangkan anda semua dan minta maaf sangat-sangat sebab perkara ini terjadi semasa momen kita bersama,” katanya lagi.

Namun, pihak penganjur pantas bertindak dan konsert tersebut dijadualkan berlangsung pada malam semalam. Penyanyi itu juga turut memuat naik video mengenai konsert itu.

Oh wow! Susah betul nak buat konsert di New York ya!

Published by
Khaleeda