Selepas 18 tahun hubungan percintaan pasangan selebriti Hollywood ini terputus, Jennifer Lopez dan Ben Affleck akhirnya melangsungkan perkahwinan dan kini sah bergelar suami dan isteri.
Menurut sumber, pasangan selebriti itu berkahwin pada Sabtu lalu, berdasarkan lesen perkahwinan yang difailkan di Clark County, Nevada.
J Lo dan Ben bertemu pada Disember 2001 di set drama komedi ‘Gigli’ dan menjalinkan hubungan persahabatan selepas itu. Menjelang November 2002, kedua-duanya mengambil keputusan untuk mengikat tali pertunangan, namun menangguhkan perkahwinan mereka pada September 2003.
Hubungan pasangan selebriti Hollywood ini mendapat perhatian meluas pihak media, namun membatalkan pertunangan mereka secara rasmi pada Januari 2004.
Selepas 17 tahun, akhirnya cinta mereka bertaut kembali dan ini merupakan perkahwinan kali keempat buat J Lo dan kedua bagi Ben Affleck.
Ads
Pelakon lelaki itu melamar J L0 pada bulan April dan selepas beberapa bulan mengambil keputusan untuk berkahwin secara rasmi.
J Lo sebelum ini pernah berkahwin dengan Ojani Noa, Cris Judd dan Marc Anthony dan mempunyai anak kembar Max dan Emme, manakala Ben Affleck pernah berkahwin dengan pelakon Jennifer Garner dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Violet, Seraphina dan Samuel.
Ads
Wah, meriahlah keluarga mereka selepas ini kerana sudah dikurniakan anak yang ramai. Hiks! Semoga perkahwinan pasangan selebriti ini kekal dan bahagia hingga ke akhirnya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
https://www.youtube.com/watch?v=t8CUdP77dPE
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Satu-persatu bekas peserta pertandingan nyanyian Big Stage telahpun berganjak dari alam bujang ke perkahwinan biarpun masih berada di usia muda.
Terbaru, penyanyi Sakit Hati iaitu Syafiq Farhain telah mendedahkan bahawa dirinya kini telahpun bergelar seorang suami selepas desas-desus bertiup kencang dalam kalangan peminatnya yang percaya dirinya sudah berpunya.
Syafiq, 28 yang ditemui di majlis berbuka puasa ajurag syarikat pengurusannya, MVM dan Rusa Music berkata dirinya tiada niat pun untuk merahsiakan pernikahan mereka. Namun atas dasar selesa untuk tidak berbicara secara berlebihan mengenai perihal peribadi, Syafiq memilih untuk berdiam diri selama ini dan enggan mendedahkan tarikh pernikahannya.
“Saya tidak mahu merahsiakan dan tidak juga menghebahkan. Bila saya mendirikan rumah tangga dan sebagainya, tidak perlu diperbesarkan.
“Jika ada datang berjumpa dan bertanya sama ada saya sudah berkahwin saya pasti menjawab (sudah berkahwin) dengan jujur.
“Saya berkahwin dengan gadis pilihan yang juga sekampung dengan saya iaitu Terengganu. Senang hendak pulang beraya nanti. Kami berkenalan pun sudah lama sebelum saya bergelar artis lagi. InsyaAllah, majlis resepsi juga dalam perancangan,” ulas anak kepada penyanyi lagenda, Saleem itu.
Syafiq, 28 dalam pada itu menidakkan tindakan tidak menghebahkan berita pernikahan adalah disebabkan enggan ‘saham’-nya jatuh selepas ini. Namun, Syafiq sudah bersedia sekiranya ia akan sedikit-sebanyak memberikan impak terhadap kerjaya.
“Awalnya, saya merancang hendak umumkan berita pernikahan dalam satu majlis. Tetapi nampaknya ia terlebih dahulu berjaya dihidu media. Saya berharap agar semua pihak mendoakan yang baik-baik buat kami sekeluarga,” pinta Syafiq.
Tahniah kami ucapkan kepada Syafiq Fahain dan isteri!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jujurnya, tidak semua orang boleh memahami karakter Abang Long dan Kak Long di dalam sesebuah institusi keluarga.
Kebiasaannya yang kita dengar, anak sulung ini dikaitkan dengan sikap-sikap seperti garang, tegas dan kadangkala menakutkan! Kalau diminta untuk menegur anak sulung dalam mana-mana keluarga, pastinya kita akan berfikir dua kali sebelum memberanikan diri.
Tapi, tahukah korang bahawa tidak semua anak sulung mempunyai sikap sedemikian. Walaupun dari luarannya kelihatan dominan dalam pergaulan, anak sulung juga mempunyai banyak lagi ‘lapisan’ keperibadian dalam diri mereka yang patut korang tahu.
Berikut REMAJA senaraikan 10 karakter berdasarkan pemerhatian kami terhadap ‘Si Sulung’ yang berada di sekeliling kita.
Matang
Ini sudah semestinya! Biasalah anak pertama kan, wajib ada keperibadian ‘abang-abang’ ataupun ‘kakak-kakak’ tu. Tengok sahaja seperti watak Kak Ros yang terkenal menerusi siri animasi Upin-Ipin. Matang betul beliau dalam mendidik adik kembarnya itu.
2. Mudah Memaafkan
Dari azali, salah satu tugas anak sulung adalah untuk memimpin adik-adiknya ke arah kebaikan. Kalau mak abah tiada, memang yang sulunglah akan dicari. Namun mereka tidaklah garang tidak bertempat. Sekalipun adiknya melakukan kesilapan, mereka akan mudah memaafkan. Tapi jangan dicucuk sarang tebuan berulang kali tau! Anak sulung pun ada had kesabarannya!
3. Tidak Kedekut
Kalau nak cari member yang ‘ringan tangan’ nak belanja korang, haa.. cari terus anak sulung! Hehe.. kami yakin mereka ini murah hati orangnya. Bila korang gembira dibelanja, mereka pun mudah ‘auto’ gembira.
4. Garang Tapi..
Jangan salah faham, anak sulung memang wajib tegas. Tapi tegas mereka itu ada substance. Mereka pun bukanlah suka sangat nak membebel, sometimes your actions are just NOT IT. #Hamikkau
5. Penyayang
Untungnya bila menjadi anak sulung, mak ayah pastinya telahpun memupuk kasih sayang terhadap mereka sejak kecil lagi. Maklumlah, anak pertama kan. Mereka secara tidak langsung juga terikut-ikut dengan cara didikan awalnya itu. Sebab itulah mereka penyayang orangnya. Sekali mereka dah sayang, susah untuk mereka padamkan perasaan itu dan move on begitu sahaja.
6. Happy Go Lucky
Biar betul?! Yang sulung bersifat happy go lucky? Well kalau korang tak tahu, anak sulung ini bijak mencari peluang untuk menceriakan diri mereka tanpa perlu melibatkan orang ramai. Nak bercuti? Okay kumpul duit sendiri. Nak makan sedap? Pergi seorang pun boleh ‘layan’. Independent-lah katanya. Yang penting, sekalipun mereka dibelengu masalah peribadi atau di tempat kerja, anak sulung tidak akan mudah terbawa-bawa dengan emosi negatif.
7. Walaupun Bersedih, Tetap Mampu Tersenyum
Tak mudah sebenarnya korang dapat melihat anak sulung menangis di hadapan khalayak ramai. Sebarang perasaan sedih hanya dipendam je di sebalik senyuman. Mungkin kerena mereka sudah terbiasa berdikari dan berdiri di atas kaki sendiri, kadangkala mereka juga mempunyai ‘ego’ untuk tidak ingin menampakkan diri lemah.
8. Ada Satu Lagi Benda Dia Enggan Tunjuk, Iaitu..
Jangan tak tau, anak sulung pun tahu bermanja ya! Tapi tak kan lah mereka nak tunjuk. No, no.. bagi mereka biarkan sahaja karakter manja itu terserlah pada diri anak bongsu. Mereka bermanja hanya bila dengan orang tertentu sahaja.
9. Amboiii, Anak Sulung Pun..
Ingatkan anak bongsu je ada perangai degil, anak sulung pun tak kurang degilnya juga. Selalunya, mereka memang akan beralah pun but that can take some time. Bila mereka dah reda, hilanglah kedegilan.
***
Haa, setuju tak anak-anak sulung semua dengan semua personality trait ini? Hehe..
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bercinta bertahun-tahun, tapi bila ajak kahwin ada saja alasan yang diberi.
Itulah sebab kalau nak pilih pasangan, kita perlu cari yang betul-betul serius dan ikhlas sehingga menjadi ikatan yang sah.
Dah jadi impian setiap wanita untuk mengakhiri kehidupan single mereka dengan lelaki yang dicintai. Tapi buka topik soal kahwin, mulalah macam-macam alasan yang lelaki berikan.
Nak tahu apa alasan popular mereka kalau nak elak daripada cerita pasal kahwin? Check this out!
1. Tak sedia
Klise sangat.
Ini adalah antara alasan paling popular yang diberikan kalau nak elak daripada kahwin cepat. Bila lelaki kata belum bersedia, maksudnya mereka masih belum ready untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang suami.
So, kalau korang boleh bersabar dengan lelaki macam ni, tunggu je la ye..
2. Tak ada duit
Kalau benar mereka sedang berusaha mengumpul duit tetapi masih tak cukup lagi, then alasan ni boleh korang terima. Tapi, kalau mulut je cakap tak ada duit, perbelanjaan harian tetap nampak mewah, mungkin mereka memang tak bersungguh-sungguh untuk kahwin lagi.
3. Nak fokus kerjaya
Rajin bekerja tu bagus. Namun kalau kerjaya dijadikan alasan untuk tidak berkahwin, rasanya alasan ni memang tak boleh pakai. Kenapa, kalau orang dah kahwin tak boleh jadi hebat dalam kerjaya ke?
4. Tak serasi
Jangan tak tahu.. yang dah bertahun-tahun bercinta pun akan cuak bila cakap pasal nak kahwin. Ada je lelaki yang bagi alasan ‘kita tak serasi’. Sabar je lah..
5. Tak puas enjoy
Kalau pasangan masih muda, tak pelik jika mereka kata masih tidak puas untuk hidup bebas. Mana taknya, kehidupan berumah tangga ni tak sama macam hidup bujang. Mereka sudah tak bebas untuk berjalan ke sana-sini
Apa susah, bawa la anak bini sekali kan? Haha!
6. Awak terlalu baik untuk saya
Biasa kan dengar alasan macam ni? Ya, kami pun tak tahu kenapa ada individu masih memberikan alasan klise ini. Baik sangat salah, kalau jahat lagilah orang tak suka kan? Acaner tu?
Apapun, ini hanyalah beberapa alasan yang selalu diberi oleh pasangan, bila mereka belum mahu atau langsung tak nak kahwin dengan korang. Senang cerita, kalau dah tak nak tu, ada saja alasan yang direka.
So, kalau dah asyik bagi alasan sama je, move on saja la. Kumbang bukan seekor, bunga bukan sekuntum. Gitchuuu!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!