Baru-baru ini, penyanyi dan juga anggota kumpulan terkenal, Jeongyeon TWICE menarik perhatian peminat dan juga orang ramai apabila mengaku pernah bekerja sambilan di sebuah kafe semasa hiatus.
Menerusi sebuah video yang dimuat naik di Youtube Channel ‘The Inspector’ episod ketujuh yang menampilkan pelakon dan penyanyi, Kangnam sebagai tetamu jemputan. Beliau memberitahu bahawa dia kini sedang mengendalikan sebuah kafe.
Kredit: The Inspector
Dalam pada itu, Jeongyeon atau nama sebenar Yoo Jeong-yeon dengan pantas mengungkapkan bahawa dia pernah bekerja sambilan di sebuah kafe dan kenyataan itu telah mengejutkan Kangnam.
“Awak kan selalu jalani kehidupan yang sibuk. Bekerja sambilan, pergi sekolah, ikut pertandingan, dan sekarang selalu buat persembahan di stadium. Awak sepatutnya dah tulis buku tau!” – Kangnam
Ads
Apabila ditanya sama ada Jeongyeon masih ingat untuk membuat minuman di kafe, dia mengaku “Ini pertama kali saya cerita tetapi ketika saya berhenti dari sebarang aktiviti (TWICE) kerana gangguan panik yang saya hidapi. Saya bekerja sambilan buat sementara waktu di kafe yang dimiliki oleh kawan saya”.
Kredit: The Inspector
Kangnam yang mendengar ketika itu berkata, “Jadi, awak bukan duduk diam di rumah tetapi masih terus sibukkan diri juga ya”.
“Saya juga mula bekerja dari 6 pagi hingga 4 petang,” tambah penyanyi yang berusia 28 tahun itu.
Ads
Dalam pada itu, disebabkan populariti yang diraih Jeongyeon bukan sahaja di Korea Selatan malah di persada antarabangsa, Kangnam juga sempat bergurau “Wah! Awak sangat bekerja keras. Mesti susah untuk kawan awak tu! Berapa banyak kawan awak kena bayar gaji awak? Mesti dia hampir muflis”.
Ads
Pelantun lagu TT, What is Love? dan Fancy itu juga sempat mengklarifikasi bahawa rakannya yang juga pemilik kafe itu memahami keadaannya pada ketika itu dan dia sangat berterima kasih kepada rakan berkenaan.
Sekadar info, Jeongyeon pernah memutuskan untuk hiatus daripada aktiviti bersama TWICE pada tahun 2020 kerana gangguan panik. Dia kembali melanjutkan aktiviti bersama kumpulan K-Pop itu pada Jun 2021 tetapi terpaksa mengundurkan diri semula sekali lagi selepas dua bulan kemudian yang menimbulkan kebimbangan dalam kalangan peminat.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dahulu, ya mungkin bola sepak dilihat sebagai sukan yang didominasi oleh pemain, pegawai dan penonton lelaki.
Namun zaman dah berubah. Perempuan juga memainkan peranan penting dalam memastikan bola sepak dunia berkembang secara positif. Malah, kategori bola sepak wanita pun sudah diiktiraf di peringkat sukan tinggi di seluruh dunia.
Jadi persoalannya, kenapa penyokong bola sepak perempuan perlu dilabel dan dipandang rendah. Silap tu bro, korang belum tahu siapa mereka yang sebenar.
01
Kami Tak Pandang Pemain
Instagram: Elizabeth Tan
Walaupun ramai yang menuduh penyokong perempuan hanya berminat dengan pemain bola sepak yang ‘helok’ di atas padang, sebenarnya perkara itu tak benar sama sekali. Well at least, tak semua perempuan seperti itu.
Apa yang membuatkan seorang pemain bola sepak. kelihatan ‘helok’ di mata perempuan adalah ketangkasan mereka untuk menandingi pasukan lawan dan skil membawa bola di padang.
Cuba bayangkan semasa Piala Dunia tempoh hari, ketika Portugal menentang Sepanyol, Ronaldo telah direkodkan berlari pada kepantasan 34km/j. Fuh, mana perempuan tak kagum dengannya.
02
Err, Kami Pun Tahu Fakta Bola Sepak
Instagram: Diana Danielle
Kita dah berada pada tahun 2018 lah bro.
Perempuan pun kisah untuk mengambil tahu mengenai analisis bola sepak sebelum dan selepas perlawanan. Bola sepak bukan hanya sukan semata-mata, ia pun melibatkan sains, skil dan sejarah.
Jadi, kalau seorang penyokong perempuan itu sudah lama mengikuti bola sepak, jangan terkejut jika dia boleh sembang lagi ‘kencang’ macam pundit dengan korang.
03
Kenapa Kena Fokus Kepada Kami Je?
Instagram: Zeera Azizi
Kami perasan, kamera begitu gemar untuk memfokuskan lensa mereka kepada penyokong perempuan di stadium pada beberapa perlawanan melibat Malaysia, kebelakangan ini.
Mungkin, ‘terlebih banyak fokus’ kepada penyokong tersebut sambil menyatakan komen yang terus-terang begitu seksis.
Tak semua penyokong perempuan berpakaian seksi seperti mereka. Dan jika ada pun penyokong berpakaian seperti itu, itu adalah hak masing-masing. Kenapa kena screenshot dan muat naik di media sosial macam tak pernah tengok perempuan sebelum ini?
04
Lepak Bola, Tak Nak Ajak
Instagram: Ben Ali
Kami pun nak tengok juga perlawanan di kedai mamak, kenapa kena pinggirkan penyokong perempuan dan katakan “Ini sports lelaki lah.” ?
Mungkin ada perempuan yang tak gemar untuk menonton 90 minit penuh perlawanan bola sepak. Tapi tak semua sebegitu.
So kalau korang tahu mana-mana kawan atau adik serta kakak korang sendiri yang sukakan bola sepak, tak salahkan untuk mengajak mereka sekali untuk menonton di luar. Jangan risau, mereka tak akan merengek nak balik awal punya.
Haa girls, TEPUK!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selain ‘didendangkan’ dengan pelbagai kontroversi, dan perkara yang menggemparkan industri hiburan tanah air, tahun ini juga telah meninggalkan seribu satu catatan manis buat anak-anak seni yang berjaya mencapai kejayaan tersendiri dalam industri ini.
REMAJA mengimbau detik kejayaan insan seni yang menyerlah sepanjang tahun 2022, malah mampu mengukir senyuman bangga dengan pelbagai pencapaian yang dilakar.
Populariti yang diraih juga menyaksikan Meerqeen dan Anna Jobling berada dalam individu paling tinggi carian di Google bagi 2022.
Anna baru-baru ini turut sempat menzahirkan terharu apabila menjadi antara 10 personaliti di Malaysia yang tersenarai, namun yakin carian tersebut dibuat untuk perkara positif berkaitan perjalanan kerjaya seninya.
Selain itu, impak populariti yang diraih menerusi drama bersiri fenomena Melur Untuk Firdaus, Meerqeen kini menuai hasil paling bermakna apabila buat pertama kalinya muncul sebagai hero menerusi sebuah naskhah terbitan Indonesia berjudul Modus Operandi.
Penglibatannya dalam naskhah drama online tersebut merupakan satu daripada beberapa lagi tawaran yang diperoleh pemilik nama sebenar, Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam itu dari negara jiran.
Nuha Bahrin & Naufal Azrin
Penyanyi baharu, Nuha Bahrin dan Naufal Azrin terus meraih perhatian orang ramai apabila lagu dan video muzik Casablanca hasil duet mereka, telah mencipta fenomena apabila menjadi karya Malaysia pertama yang mengungguli carta teratas Spotify Viral 50 Global dan Spotify Viral 50 Indonesia, pasa tahun ini.
Bukan itu sahaja, menerusi aplikasi TikTok dan Instagram, lagu terbitan Universal Music Malaysia dan Bee GoodMedia itu mencetuskan fenomena tersendiri apabila dijadikan muzik latar bagi kebanyakan video dihasilkan pengguna laman sosial.
Muzik video rasmi Casablanca dimuat naik di saluran YouTube Masyhur mencecah lebih 25 juta tontonan dan dilayari mencecah lebih 22 juta di Spotify.
Kini, kedua nama figura muda yang sudah itu terus melonjak naik sehingga dikenali di negara seberang itu bakal melancarkan single terbaharu mereka, pada tahun hadapan sebagai buah tangan baharu buat peminat mereka.
Aina Abdul
Dalam bidang muzik tanah air, antara nama yang menyerlah sepanjang 2022 adalah penyanyi Aina Abdul. Namanya sentiasa tersenarai dalam sorotan tahunan.
Selain itu, penyanyi lagu popular Semalam itu kekal menyerlah dan selesa pada kedudukan tersendiri. Seakan tidak tergugat, Aina terus cemerlang, termasuk merangkul trofi Vokal Terbaik, AJL36 menerusi lagu Sepi.
Beralih kepada fesyen yang diperagakan figura ini, Aina memang terkenal dengan fesyen di luar kebiasaan dan ‘pelik’ setiap kali menghadiri acara hiburan. Setiap warganet selalu ternanti-nanti apa pula yang akan ditampilkan penyanyi bersuara emas ini ketika menghadiri majlis atau melakukan persembahan.
Walau acap kali menerima pelbagai reaksi mengenai persalinan yang digayanya, namun penyanyi lagu Terus Hidup itu tidak pernah mengambil pusing kata-kata mereka dan sentiasa berfikiran positif. Bagus Aina ini.
Janna Nick
Lagu Gatal nyanyian pelakon, penyanyi dan pengacara popular, Janna Nick yang juga merupakan hasil Aepul Drama Band telah menjadi fenomena dan kegilaan pengguna TikTok, termasuk Thailand, Russia serta Indonesia.
Nama semakin menjadi bualan ramai, Janna menzahirkan rasa bangga apabila lagu tersebut menjadi antara lagu Melayu paling banyak digunakan di aplikasi TikTok sepaniang tahun ini.
Meniti kejayaan daripada Gatal, ia sekaligus menjadikan pencapaian tersebut sebagai pemangkin semangatnya untuk terus berkolaborasi dengan komposer yang berpotensi mencipta fenomena sama.
Malah, bintang antarabangsa, Psy yang cukup popular dengan lagu Gangnam Style turut memuat naik video menggunakan Gatal sebagai latar muzik.
Walaupun kekasih pelakon kacak, Dini Schatzmann itu menerima kecaman dek kerana mutu persembahan vokalnya, namun kejayaan lagu Gatal membuatkan dirinya lebih berkobar-kobar meneruskan karier muzik.
Shazz Zainuddin
Dunia hiburan kita semakin mengembang dan semakin ramai yang melibatkan diri di dalam dunia YouTube. Bukan sahaja para lelaki malahan para wanita juga terlibat dalam mengeluarkan idea dan menghasilkan video yang menarik minat orang ramai.
Bagi pengguna tegar aplikasi Youtube sudah pastinya mengenali gadis Youtuber cantik jelita ini. Penampilan yang bersahaja dan petah bercakap malah rajin melayan setiap pengikutnya, ia sekaligus mengangkat nama baik Youtuber popular Malaysia, Shazz Zainuddin, sebagai Youtuber paling popular dan berpengaruh dalam negara ini.
Terbaharu, Shazz meraih kejayaan apabila menjadi Youtuber top 1 wanita paling Boom! dengan mendapat undian sebanyak 23.26 peratus. Kini, jumlah ‘subscribers’ lebih 637 ribu pengguna platform tersebut. Wah, semakin mendunia Shazz sekarang ya.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Penyanyi pop, Shawn Mendes menyifatkan spekulasi dan khabar angin selama ini berkenaan orientasi seksualnya sebagai sesuatu yang memberi tekanan mendalam kepadanya.
Sewaktu menjayakan persembahan konsert di Denver, Amerika Syarikat pada Isnin lalu, Shawn berkata khabar angin yang menyatakan dia berkemungkinan meminati kaum sejenis biarpun menjalin hubungan secara terbuka dengan pasangan wanita seperti Camila Cabello sebagai satu bentuk ‘pencerobohan’ terhadap kehidupan peribadinya.
Dalam hantaran video yang sempat dirakam oleh peminatnya itu, Shawn juga mengaku dirinya sedang bergelut dengan perihal seksualiti.
Penyanyi berusia 26 tahun ini belum berkesempatan untuk menerokai siapakah dirinya yang sebenar kerana telah sibuk bekerja sebagai seorang penyanyi sejak usia belasan tahun.
Shawn Mendes
“Saya rasakan ia adalah sesuatu yang mengarut kerana saya rasa seksualiti adalah sesuatu yang kompleks dan sukar untuk melabelnya.
“Yang sebenarnya mengenai hidup dan seksualiti saya adalah, man, saya masih cuba menerokainya seperti orang lain. Adakala saya tidak pasti (mengenai orientasinya) dan adakala saya pasti.
“Dan (perbuatan menyebarkan khabar angin) terasa seperti satu bentuk pencerobahan terhadap sesuatu yang amat peribadi bagi saya,” katanya ketika salah satu segmen pada konsert berkenaan.
Shawn kemudian meneruskan persembahannya menerusi lagu berjudul The Mountain yang belum pernah diperdengarkan kepada peminatnya. Menariknya, lagu berkenaan mengandungi lirik tertentu yang merujuk kepada spekulasi mengenai orientasi seksualnya.
Pihak yang mewakili Shawn buat masa ini belum memberikan respon terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh Shawn itu.
Misompuru yang membawa maksud keramaian menjadi judul yang dipilih bagi album terbaru juara Anugerah Juara Lagu ke-39, Marsha Milan!Marsha ketika ditemui REMAJA baru-baru ini...